Makanan Pilihan Untuk Kulit Muka Lelaki Agar Flawless & Kacak!

Share

Berikut beberapa makanan yang mampu memberi nutrien penting untuk kulit.

#1: Sayur hijau dan merah

Sayur mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh, untuk itu sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran, khususnya sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini kerana di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.

#2: Daging merah

Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.

#3: Ikan

Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Selain itu, dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.

#4: Kacang hijau

Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.

#5: Makanan dari gandum

Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.

#6: Yogurt

Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.

#7: Beras merah

Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.

#8: Avokado

Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.

#9: Bawang putih

Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.

#10: Tauhu

Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.

Published by
Team Maskulin