Berikut beberapa makanan yang mampu memberi nutrien penting untuk kulit.
#1: Sayur hijau dan merah
Sayur mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh, untuk itu sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran, khususnya sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini kerana di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.
#2: Daging merah
Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.
#3: Ikan
Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Selain itu, dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.
Ads
#4: Kacang hijau
Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.
#5: Makanan dari gandum
Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.
Ads
#6: Yogurt
Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.
#7: Beras merah
Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.
Ads
#8: Avokado
Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.
#9: Bawang putih
Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.
#10: Tauhu
Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1.REDKEN FULL IMPACT BODIFYING AND THICKENING SHAMPOO
Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut nipis, syampu ini adalah penyelesaiannya. Dengan teknologi Thick-Lift dan kandungan protein menjadikan tekstur rambut lebih tebal dan berkilau.
2.GATSBY SET & KEEP SUPER HARD
Tidak melekit, penggayaan lebih mudah dan tahan lama. Mengandungi Vitamin pelembap untuk melindungi rambut. Hanya goncang dan semburkan ke rambut dari jarak 15cm – 25cm. Jangan sikat selepas penggayaan bagi mengelakkan tompok putih daripada terbentuk.
3.REDKEN POLISH UP POMADE FOR MEN
Teksturnya yang ringan dan mudah dibentuk menjadikan kemasan rambut lebih rapi dan bersinar.
4.SLICK RICK STYLING HAIR WATER GEL
Memastikan apa sahaja stail rambut untuk kekal lebih lama. Rumusan tanpa minyak ini diperhebatkan dengan FluidPure 8G bagi memastikan tiada kesan kegatalan kulit kepala, bau dan rambut kekal stylo.
5.CLEAR MEN ANTI- DANDRUFF
Formulasi spesifik untuk kaum lelaki dalam mengatasi masalah kulit kepala dan keguguran rambut. Mengandungi Bio Nutrium 10 bagi membasmi kelemumur dari akarnya juga meningkatkan penghasilan protein.
6.STUDIOLINE INDESTRUCTIBLE STYLING GEL
Gel tidak berminyak dan mudah disapu sekata para rambut. Hanya perlukan sedikit, rambut anda boleh dibentuk pelbagai gaya. Terbaik untuk rambut kering bermasalah yang memerlukan pelembap khusus untuk kulit kepala. Campuran herba yang menenangkan menjadikan kepala lebih ringan dan selesa. Mengandungi minyak Tea Tree anti kelemumur dan ekstrak biji anggur membantu dalam menangani tindakan anti-mikrob.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain wanita, lelaki juga ingin kelihatan kacak dan tampan terutamanya apabila ingin memikat pasangan mahu pun tampil di khalayak umum.
Pemilihan pakaian yang sesuai juga mencerminkan siapa karakter diri anda dan bolehkah orang lain mendekati anda dengan mudah.
Jadi selepas ini kalau anda nak mencari pakaian baharu, pastikan ia sesuai dengan bentuk tubuh anda dan ini adalah tip yang boleh anda ikuti :
1. Tubuh gempal dan tinggi
Jika anda bertubuh gempal dan tinggi, anda sesuai menggayakan pakaian berona gelap seperti navy blue, coklat gelap dan hijau gelap. Ini kerana rona-rona ini mampu memberikan imej seperti tinggi dan kurus. Seandainya mahu membeli pakaian yang bercorak, pastikan anda memilih pakaian yang coraknya bermotif kecil.
2. Tubuh gempal dan rendah
Jika mahu kelihatan ceria, anda harus bijak bermain dengan pemilihan warna. Elak membeli pakaian yang berwarna cerah dan memiliki corak yang besar-besar kerana ia menampakkan tubuh anda menjadi lebih gempal. Dalam erti kata lain, boleh juga memilih pakaian yang berona gelap untuk keselesaan anda.
3. Tubuh kurus dan tinggi
Bagi anda yang bertubuh kurus dan tinggi, anda sesuai memakai pakaian yang berwarna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru dan coklat serta boleh memakai pakaian yang coraknya melintang dan motif yang lebih besar untuk menampakkan anda sedikit berisi.
4. Tubuh kurus dan rendah
Anda disarankan untuk memilih pakaian yang berwarna cerah serta memiliki corak yang besar. Dalam masa sama, pilih yang corak motifnya secara menegak kerana ia bertujuan menampakkan anda lebih tinggi.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara mimpi ngeri bagi seorang lelaki ialah bila berdepan dengan masalah keguguran rambut dan mula membotak. Apatah lagi jika rambut yang gugur itu trertumpu pada kawasan tengah kepala.
Memang boleh sakit jiwa dibuatnya! Jika tak diberikan perhatian khusus memang jadi botak tengahlah jawabnya. Tapi pernahkah anda terfikir apakah penyebab utama yang membuatkan rambut lelaki mudah gugur dan menjadi botak walhal umur pun masih tidak terlalu tua?
Selaian faktor genetik sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang melibatkan perbuatan dan tabiat seharian anda. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 penyumbang utama keguguran rambut di kalangan lelaki.
RAMBUT DIIKAT KETAT
Bagi lelaki berambut panjang inilah antara gaya yang boleh menyerlahkan sifat macho mereka. Dan gaya manbun juga telah menjadi trend ikutan ramai. Tapi tahukah anda tabiat mengikat rambut ini hanyalah menggalakkan rambut mudah gugur.
Rambut yang diikat secara tocang atau fesyen ekor kuda menyebabkan rambut ditarik dengan kuat oleh ikatan. Lalu menyebabkan kehilangan rambut secara beransur-ansur. Jika anda seorang yang selalu ikat rambut cuba lihat berapa banyak rambut gugur selepas ikatan dibuka.
BERDEPAN TEKANAN
Ini juga antara penyebab utama berlakunya keguguran rambut di kalangan lelaki. Terdapat dua jenis tekanan berbeza iaitu tekanan fizikal dan mental. Contoh tekanan fizikal ialah bila berdepan dengan kecederaan luaran melibatkan seperti pembedahan.
Ini sebab yang memang tak dapat kita elak. Namun tekanan mental pula berbeza kerana ia berkait dengan kondisi mental. Jika anda selalu stres itu boleh menyebabkan rambut gugur dengan mudah.
HIPOTIROIDISME
Mungkin anda berkerut dahi membaca istilah di atas. Hipotiroidisme ialah kondisi di mana berlakunya kekurangan sesetengah hormon tertentu yang menyebabkan rambut mudah gugur terutamanya di kawasan alopecia areata.
Penyebab utama kondisi ini ialah disebabkan kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun dan pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.
BERLAKU JANGKITAN KUMAN
Antara jangkitan yang paling memberi kesan terhadap keguguran rambvut ialah penyakit kulit seperti kurap. Ia berlaku disebabkan oleh kulat dikenali sebagai Tinea capitis. Dan ia amat mudah dijangkiti jika anda sentiasa terdedah dengan kawasan kotor, panas dan lembap.
Jika anda gemar memakai topi atau menutup kepala dengan bandana pastikan rambut sentiasa dicuci dengan baik bagi mengelak terkena kurap.
BILA KURANG VITAMIN
Faktor pemakanan juga memainkan peranan sangat penting bagi memastikan rambut sentiasa sihat. Kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi.
Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi atau anemia. Ia satu kondisi di mana badan tidak mempunyai sel-sel darah merah mencukupi. Ia sangat penting untuk membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan bagi membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal.
Jika berlaku kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein ia boleh menyebabkan rambut gugur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.