Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.
Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat:
1.Makanan Ber oat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Sahut Cabaran Fikir 10 Kali Dulu, Lelaki Ini Koma Selama Setahun & Lumpuh Setelah Menelan Lintah
Memang benar darah muda ni pantang dicabar tapi kalau sampai memudaratkan diri dan mengancam nyawa kenapa mesti kita sahutkan. Seorang remaja di Australia lumpuh seluruh badan dan memerlukan bantuan penjagaan sepanjang masa setelah menelan seekor lintah!Sam Ballard yang berasal dari Sydney dikatakan sedang berseronok di sebuah parti dan tiba-tiba dicabar oleh salah seorang rakannya untuk memakan haiwan perosak tanaman itu.
Sejurus selepas menelan lintah berkenaan, Sam serta-merta jatuh sakit dan segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Pada waktu itulah, doktor mengesahkan Sam dijangkiti sejenis bakteria daripada cacing parasit.
Cacing ini biasanya ditemui pada haiwan seperti arnab dan tikus tetapi siput dan lintah juga boleh dijangkit bakteria ini sekiranya ia memakan najis daripada tikus atau arnab.
Sam yang pada ketika itu baru berusia 19 tahun telah mengalami eusinophilic meningo-encephalitis dan menjadi koma selama 420 hari serta lumpuh seluruh badannya.
Sementara itu, ibu kandung Sam iaitu Katie Ballard memberitahu betapa hidup mereka sekeluarga berubah setelah Sam jatuh sakit.
“Ia sangat mengecewakan, mengubah hidupnya untuk selama-lamanya, mengubah hidup saya. Impaknya sangat besar”.
Selepas tiga tahun terlantar di hospital, Sam akhirnya dibenarkan keluar dan diberikan sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakannya. Rakan-rakannya turut bersama Sam pada hari tersebut bagi memberikan sokongan mereka.
Kini, Sam telah mencapai usia 28 tahun dan seringkali diserang sawan. Menurut laporan daripada Daily Telegraph, Sam juga mengalami masalah untuk mengawal suhu badannya serta perlu diberikan makanan melalui saluran tiub.
Rakan-rakan Sam dan kenalan rapat turut mengumpulkan dana dan sumbangan bagi meringankan beban Katie dalam memenuhi keperluan dan kebajikan Sam.
Di samping itu, Katie turut membuat permohonan kepada Skim Insurans Kelainan Upaya Kebangsaan (NDIS) yang melayakkan Sam untuk menerima pakej bernilai RM917,000 pada tahun 2016.
Namun begitu, pada September tahun lalu, NDIS memaklumkan bahawa pihaknya telah menyemak semula perancangan dan terpaksa mengurangkan peruntukan Sam menjadi hanya RM229,000. Pemotongan peruntukan secara tiba-tiba ini membuatkan keluarga Sam terpaksa berhadapan dengan hutang yang banyak! Malah, mereka turut dikhabarkan tidak berkemampuan untuk membayar perkhidmatan jururawat yang dianggarkan berjumlah RM76,000.
Apalah nasib yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini. Buat anda semua, jangan sesekali melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.
Tidak kiralah sama ada menerima cabaran rakan untuk melakukan aksi merbahaya seperti merempit atau melakukan sesuatu yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada diri atau orang lain, fikir berkali-kali sebelum melakukannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elak Terjebak Dengan 5 Rutin Pagi Ni Kalau Tak Mahu Berat Naik Mendadak
Tahukah kamu bahawa terdapat 5 perbuatan yang dilakukan pada waktu pagi boleh meningkatkan risiko untukkamu naik berat badan tanpa sedar.
1. Tidur Terlalu Lama
Tidur lebih dari 10 jam sehari mampu menambah berat badan. Ini kerana, tidur terlalu lama dapat merosak metabolisma tubuh. Bukan itu sahaja, orang yang tidur dari 10 jam sehari memiliki indeks jisim tubuh yang lebih tinggi berbanding yang hanya tidur 7 hingga 8 jam setiap malam.
2. Tak Kemas Tempat Tidur
Menurut hasil kajian National Sleep Foundation di Amerika, kamar tidur yang rapi dan bersih akan menjadikan pengalaman tidur kamu lebih berkualiti. Tidur yang cukup pasti akan membuat peratusan seseorang untuk diserang obesiti lebih rendah.
Ini kerana, orang yang rajin biasanya akan memiliki disiplin dan gaya hidup lebih teratur. Makanya bila gaya hidup sihat, pemakanan yang diamalkan sudah tentulah berpada berlandaskan keperluan dan bukannya nafsu semata!
3. Mengelak Matahari
Menurut kajian, orang yang terkena cahaya matahari di waktu pagi akan cenderung memiliki BMI rendah berbanding mereka yang tak suka terdedah pada matahari. Bersidai bawah matahari 20 – 30 minit sehari sudah cukup untuk menjaga kestabilan BMI kamu tau?!
4. Lupa Sarapan
Ramai di antara kita ambil mudah terhadap sarapan sedangkan pengambilan sarapan sebenarnya bantu tubuh untuk jadi kurus tau! Seperti gadis Jepun, mereka menganggap sarapan seperti makan tengahari. Jadi, makanlah sarapan sebanyak mungkin sampai kenyang dengan hidangan berat seperti telur, nasi, ikan bakar dan sebagainya.
5. Malas Timbang Badan
Ni lah masalah orang kita. Nak diet, nak kurus, tapi jarang peka tentang perubahan diri terutamanya turun naik berat badan. Tahukah kamu, berat badan adalah pada paras original ketika waktu pagi. Jadi kalau hendak timbang badan, sebaiknya lakukan pada subuh hari kerana itulah berat kamu yang sebenar.
Dari situ, barulah boleh kawal pengambilan makanan dan sebagainya.
Jadi dah tahu harap korang semua praktikkan tip ini okay. Selamat beramal!
sumber : wanista
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Sebab Haruman Rumah Sangat Penting Buat Lelaki
Dalam kesibukan dunia hari ini, orang ramai sentiasa mencari penyelesaian terbaik demi mencapai kesejahteraan dan keseimbangan dalam hidup. Minyak pati, yang boleh diibaratkan sebagai khazanah alam paling berharga, telah digunakan selama berkurun-kurun lamanya kerana kelebihannya yang membawa manfaat kepada kehidupan manusia. Malah, ia masih digunakan sehingga hari ini untuk meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal.
Apakah Minyak Pati dan Bagaimana ia Berfungsi?
Minyak pati pada asasnya ialah produk yang wujud secara semula jadi yang diekstrak daripada satu spesies tumbuhan. Bukan semua tumbuhan menghasilkan minyak pati; dan bagi tumbuhan yang mengandunginya, minyak pati ditemui dalam akar, kulit, batang, daun, bunga dan bahagian lain tumbuhan. Minyak pati sebenarnya tidak rasa berminyak; ia dipanggil ‘minyak’ kerana mengandungi sebatian larut minyak dalam tumbuh-tumbuhan yang memberikan ciri-ciri aroma dan manfaat tersendiri minyak pati.
Penggunaan minyak pati telah membawa manfaat kepada kehidupan insan selama beribu-ribu tahun, menawarkan pelbagai kegunaan daripada kecantikan kepada kesihatan fizikal dan juga kesejahteraan emosi. Pilihan minyak pati bergantung khususnya pada tujuan atau keperluan individu.
Minyak pati diserap menerusi kulit dan sedutan. Justeru, terdapat pelbagai kaedah aplikasi yang dicipta berasaskan kesan yang diingini. Ia boleh digunakan sebagai minyak tunggal atau adunan minyak yang saling melengkapi untuk menghasilkan kesan bersama. Amalan aplikasi umum termasuk:
- Aplikasi aroma – Minyak pati boleh disedut, dengan kesan positif yang nyata terhadap ‘mood’, emosi dan daya tumpuan. Resapan ialah salah satu cara paling mudah untuk menggunakan minyak pati beraroma. Ini dilakukan menggunakan alat peresap ultrasonik, yang meresapkan udara dingin atau udara suhu bilik kerana haba boleh menjejaskan kualiti minyak pati. Secara alternatif, anda boleh menyapukan minyak pati pada tapak tangan dan menekup mulut dan hidung dengan tangan sambil menarik nafas.
- Aplikasi topikal – Minyak pati boleh disapukan setempat pada kulit menggunakan pelbagai teknik. Kulit boleh menyerap sebatian aktif dalam minyak pati untuk mencapai kesan setempat. Disebabkan kekuatan dan kepekatan minyak pati, disyorkan agar sesetengah minyak pati dicairkan dahulu dalam bahan pembawa, lazimnya minyak sayuran tulen, sebelum disapukan pada bahagian badan yang diingini.
Young Living untuk Segenap Aspek Kehidupan
Berpegang teguh kepada komitmen untuk memperkasakan individu bagi mencapai kesejahteraan sepanjang hayat, Young Living dihasilkan menggunakan minyak pati yang tulen dan sah. Walau apa pun usia, pekerjaan atau kediaman anda, setiap orang boleh mendapat manfaat minyak pati dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
Untuk Mengharumkan Kediaman – Rumah ibarat syurga kebahagiaan seisi keluarga, di mana kenangan terindah diukir bersama keluarga dan sahabat-handai. Pulang ke ruang tamu yang membolehkan anda merehatkan dan menenangkan fikiran dengan resapan adunan minyak pati HarmonyTM atau JoyTM untuk mencetus suasana nyaman yang sejahtera dan harmoni.
Untuk suasana istirahat yang selesa di dalam bilik tidur, Lavender dengan aroma yang menyamankan dan menyegarkan amat diperlukan di setiap rumah dan merupakan teman sejati untuk membantu anda tidur nyenyak sepanjang malam. Sementara itu, Cedarwood menghasilkan haruman bumi hangat yang menimbulkan suasana santai dan mencetus ketenangan fikiran.
Untuk Menyegarkan dan Menulenkan – Buah lemon sememangnya berguna dan bermanfaat – lebih-lebih lagi untuk beberapa fungsi yang sangat diperlukan! Minyak pati Lemon terdiri daripada 68 peratus d-limonene, sejenis antioksidan kuat, dan mempunyai bau sitrus yang ketara, bersih dan tulen – untuk menulenkan dan menyegarkan udara di dalam bilik air. PurificationTM memberikan kesan sebanding dengan haruman yang diadun, menghasilkan bauan semerbak dan menyegarkan sambil meneutralkan bau busuk.
Adunan unik Thieves® daripada Young Living ialah kombinasi aroma khas bunga cengkih, rosemary, lemon dan bahan botani lain. Rangkaian produk ini menyediakan alternatif yang selamat dan semula jadi bagi membersihkan rumah dan membasmi bakteria.
Untuk Belajar dan Bekerja – Sumber kehebatan seseorang boleh dibahagikan kepada satu peratus inspirasi dan 99 peratus kerja keras – dan inspirasi mungkin datang daripada udara yang kita hirup! Bagi pelajar di sekolah atau seorang CEO yang sibuk bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat lain, sudah tentu ada masanya mereka perlu dorongan tambahan untuk menyempurnakan tugasan. Gunakan resapan atau sapuan topikal Peppermint – aroma kuat, ketara dan berpudina yang boleh meningkatkan daya tumpuan selain menyamankan udara keliling. Sebagai dorongan tambahan, Brain PowerTM merupakan adunan antara Royal Hawaiian Sandalwood, Blue Cypress dan Frankincense untuk membantu mempertajamkan pemikiran dan meningkatkan tumpuan menerusi kelebihan aroma.
Untuk Kecantikan Yang Berseri – Formula penjagaan kulit mungkin berkembang maju seiring masa dan teknologi, tetapi rahsia kecantikan turun-temurun masih kekal sehingga kini: iaitu kekal bertenang dan gunakan pelembap! Kayu Royal Hawaiian Sandalwood amat dicari-cari dalam bidang penjagaan kulit kerana ciri lembapan dan manfaat keseluruhan bagi kulit yang sihat dan berseri. Frankincense, yang dikenali sebagai raja minyak pati dengan pelbagai kegunaan dan manfaat, adalah sangat berharga sebagai penyegar mujarab untuk melindungi dan menyegarkan semula kulit, selain mengurangkan penuaan secara semula jadi. Geranium memberikan aroma yang menenangkan dan menaikkan semangat, dan menambah sentuhan kemewahan kepada rutin kecantikan.
Bagi Yang Aktif Bersukan – Teman sejati badan selepas bersenam ialah Peppermint yang serba dingin, yang turut menghasilkan aroma pudina kuat untuk merangsang deria. Aroma SiezTM, sejenis adunan penting antara minyak asas Lavender and Pudina, membuai perasaan yang memberikan ketenangan jiwa dan raga terutamanya apabila digunakan dalam Teknik Titisan Hujan (Raindrop Technique) eksklusif Young Living. Sementara itu, bagi ahli sukan lelaki dan wanita yang mahukan kesan pemanasan melegakan yang jauh ke dalam otot, PanAway® membawakan kehangatan yang menyenangkan dan membantu melegakan kulit dengan ramuan penting seperti Gaulteria and Cengkih.
Seed to Seal® – Piawaian Berlian Young Living demi Komitmen kepada Kualiti
Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di peringkat global, Young Living menetapkan Piawaian Berlian sebagai komitmen terhadap kecemerlangan kualiti dalam segenap aspek perniagaan menjangkaui botol minyak keluarannya. Komitmen ini turut merangkumi piawaian perkhidmatan, pengalaman ahli dan kualiti produk.
Proses Seed to Seal® mencerminkan komitmen tidak berbelah bagi Young Living terhadap kualiti produk minyak pati yang tiada tandingan. Proses ini berlandaskan tiga teras:
- Pemerolehan, teras yang mengawal selia sumber produk Young Living, termasuk ladang berlesen, pembekal bertauliah dan pengilang berkelayakan dan juga penjejakan dan penentusahan kualiti produk berasaskan piawaian dalaman dan amalan terbaik industri;
- Sains, teras yang menetapkan piawaian ujian dalaman dan pihak ketiga yang menyeluruh untuk menjamin ketulenan, kemujaraban dan keaslian minyak pati dan produknya, disokong oleh penyelidikan dan pembangunan berterusan; dan
- Piawaian, teras yang menyokong agenda kelestarian Young Living untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, membawa manfaat kepada masyarakat, berganding bahu demi alam sekitar dan bekerja menurut garis panduan antarabangsa untuk mendapatkan bekalan bahan yang lestari.
Selama lebih 20 tahun, Young Living telah menetapkan piawaian industri bagi ketulenan dan kemujaraban minyak pati, dengan memberi tumpuan pada keperluan paling penting bagi menghasilkan minyak pati asli. Janji kualiti Young Living adalah berasaskan Seed to Seal®, proses hak milik yang mengguna pakai kawalan kualiti dan pemantauan proses pemerolehan dan pengeluaran minyak pati secara rapi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI