Berikut beberapa makanan yang mampu memberi nutrien penting untuk kulit.
Sayur hijau dan merah
Sayur mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh, untuk itu sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran, khususnya sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini kerana di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.
Daging merah
Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.
Ikan
Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Selain itu, dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.
Kacang hijau
Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.
Ads
Makanan dari gandum
Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.
Yogurt
Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.
Ads
Beras merah
Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.
Avokado
Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.
Ads
Bawang putih
Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.
Tauhu
Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti korang rasa serba salah kalau nak unfriend atau remove kawan yang sudah lama berkawan di facebook tapi agak menjengkelkan.
Ha kalau korang nak tahu kiniFacebook sedang dalam proses menguji butang ‘snooze, – yang merupakan salah satu pembaharuan untuk menaik taraf elemen ‘mesra pengguna’ laman sosial paling popular itu.
Opsyen snooze boleh digunakan pengguna yang tidak mahu melihat kemas kini terbaharu mereka yang berada dalam senarai rakan. Butang snooze ini boleh digunakan pengguna yang tidak mahu melihat kemas kini terbaharu mereka yang berada dalam senarai rakan. Ia juga tidak memerlukan pengguna menyingkirkan mana-mana rakan dalam senarai.
Snooze sedikit berbeza dengan butang unfollow yang telah diperkenalkan sebelum ini, di mana snooze memberi pilihan kepada pengguna memilih garis masa untuk tujuan berkenaan, iaitu dari 24 jam sehingga 30 hari.
Ia dilihat jawapan kepada masalah ‘rakan yang menjengkelkan’, di mana snooze membolehkan anda mengawal post mana untuk dilihat dalam tempoh masa yang diinginkan.
Buat masa ini, belum diketahui bila butang ini akan diperkenalkan secara menyeluruh kepada semua pengguna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Netizen teruja apabila mengetahui pemuda sado yang viral di media sosial ini adalah seorang guru pendidikan jasmani. Hai untunglah! Seakan menjadi trend pula bila lelaki kacak mahupun wanita cantik diviralkan sana sini. Tidak dinafikan pemuda yang berasal dari Pulau Pinang ini mempunyai pakej yang lengkap dengan paras rupanya yang kacak serta berbadan sasa.
Begitulah yang terjadi kepada cikgu sado yang diberi nama Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar atau nama popularnya Jimmy Jejai, 23 yang sangat popular dikalangan pelajar terutama sekali pelajar perempuan sehingga ada yang menghantar surat cinta kepadanya
Sesuai dengan profesionnya mengajar subjek kesukanan, dia juga mempunyai susuk tubuh yang fit dan kekar. Selain menjadi guru dan jurulatih kecergasan, Jimmy juga merupakan model bebas selain mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Lebih menarik lagi, beliau juga turut fasih berbahasa mandarin.
Oleh itu, tidak hairanlah dia dikatakan bakal beraksi dalam sukan bina badan pada November nanti. Yang menarik dan juga melucukan, dek kerana ketampanan yang dimilikinya, cikgu Jimmy sering mendapat hadiah daripada para pelajarnya, malah hampir setiap hari.
“Boleh dikatakan setiap hari saya akan dapat hadiah, pelbagai soalan di whatsap dan juga media sosial,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut mendapat perhatian daripada pelajar dari sekolah lain yang ingin bergambar dan juga mendapatkan nasihat tentang dunia kecergasan. Amboi bukan main lagi kan !
Jom kita lihat gambar cikgu ni yang mampu meruntum jiwa gadis-gadis tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila terlalu sibuk dengan tugasan harian membuatkan kita tiada masa untuk bersenam. Jadi dengan mengamalkan secawan teh setiap hari dan diminum sebelum tidur mampu membuatkan tahap metabolisme badan anda kembali aktif. Malah mengambl teh dapat membantu anda kurus sekali gus menurunkan berat badan dengan detoks setiap pagi, di samping melegakan perut. Tidak percaya? Anda sendiri perlu cuba!
Nah! Ini 4 jenis teh yang sangat bagus untuk kurus dan mengurangkan berat badan. Tapi ingat! Jangan pula minum teh Ini dengam gula.
1. Teh Hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit. Biasanya teh ini dihidangkan di restoran Jepun. Ia biasanya disajikan tanpa gula.
Kalau dah letak gula banyak, memang tak jadi diet la kan!
2. Teh Oolong
Teh ini berasal dari China dan mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan. Minum teh ini setiap hari kerana ia dipercayai mampu menurunkan risiko obesiti. Dalam pada masa yang sama, anda juga dapat membentuk badan yang diidamkan.
3. Teh Mint
Aroma daripada minyak peppermint dan juga komponen organik dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Rasa daun pudina itu sendiri sudah membuatkan anda berasa lega. Ia juga dapat membuatkan anda tak rasa nak makan pun.
Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, cepat-cepat bancuh teh ini dan hirup.
4. Teh Putih
Mesti ada yang tak pernah dengar tentang teh putih. Kajian menunjukkan teh ini membantu untuk menghalang adipogenesis iaitu proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes.
Jadi, kalau anda semua mahu kekal kurus, banyakkan minum teh putih ini tau!
Ekstra Info!
Tahu tak anda, jenis kantung teh berbeza untuk waktu pembuatan. Setiap jenis teh mempunyai perbezaan suhu ideal dan waktu pencelupan kantung teh untuk mendapatkan secawan teh yang sempurna. Panjang benang pada kantung teh menunjukkan jenis teh mana yang mempunyai waktu terlama atau tercepat untuk pencelupan kantung teh.
Jadi anda dah tahu kan? Tak ada la bosan sangat asyik minum teh hijau saje kan sebab anda sudah ada pilihan lain yang boleh anda cuba. Selamat berjaya dan mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.