Kadang-kadang kita stres tengok berat badan tak turun-turun walaupun dah bersenam dan diet bagai nak rak.
Namun kita terlupa rupanya dalam badan terlalu banyak toksin yang tunggu masa untuk bagi kita sakit. Toksin dalam badan juga antara penyumbang kepada kegemukan.
Daripada kita membazir duit beli produk detox, lebih baik guna makanan semula jadi ini untuk nyahtoksin dalam badan.
Jom ushar senarai 10 makanan yang MASKULIN sediakan ini agar anda boleh makan dan ‘clear’kan badan daripada toksin, selain membantu menjadikan kulit anda lebih cerah dan awet muda.
Kacang badam kaya dengan serat, kalsium, magnesium dan protein yang membantu menyeimbangkan kadar gula. Selain mengandungi banyak manfaat yang berguna, badam juga merupakan makanan yang boleh menyahtoksik sistem pencernaan tubuh.
2. Avokado
Buah avokado sangat berguna untuk membersihkan hati daripada racun yang mencemarkan tubuh kerana avokado penuh dengan bahan antioksidan termasuk glutation. Avokado dikatakan boleh menyekat 30 karsinogen (penyebab racun) di dalam tubuh.
Ads
3. Bawang putih
Bawang putih mempunyai sifat anti bakteria, anti virus, anti kanser dan membantu melancarkan saluran pernafasan.
4. Buah beri biru
Buah ini bertindak sebagai agen antibiotik pencegah jangkitan saluran kencing dan mempunyai sifat antivirus. Selain itu, ia mampu juga mengurangkan kesan kerosakan akibat keradangan.
5. Sayur brokoli
Brokoli kaya dengan bahan antioksida dan enzim yang membantu sistem pencernaan berjalan dengan lebih berkesan. Selain itu, brokoli mentah mempunyai kandungan antioksida dan enzim yang paling banyak dengan tahap nutrisi yang tinggi.
Ads
6. Kranberi
Buah ini mempunyai bahan antibiotik yang boleh membersihkan badan dari bakteria berbahaya di dalam saluran kencing.
7. Sayur kale
Sayuran ini kaya dengan khasiat anti kanser dan antioksidan yang membersihkan tubuh dari racun. Kale juga dapat membantu perokok aktif dan pasif untuk meneutralkan nikotin yang ada di dalam tubuh.
8. Kubis
Ads
Kubis boleh mendetoksifikasi saluran kencing dan meredakan kesakitan akibat jangkitan, khususnya pada perut. Kubis kaya dengan sifat anti kanser dan antioksidan.
9. Lemon
Lemon yang kaya dengan vitamin C ini diperlukan untuk membentuk dan mengukuhkan sistem imun sehingga dapat menangkal racun. Lemon juga mengandungi 20 zat anti kanser.
10. Rumpai laut
Rumpai laut merupakan makanan yang dapat membersihkan racun dalam tubuh dan hal ini dikemukakan dari pelbagai kajian, sehingga kini ia banyak dijumpai di pasaran.
Bonus – air kosong
Ini adalah minuman yang paling murah untuk menyingkirkan segala toksin yang ada dalam badan melalui air kencing.
** Selain mengamalkan makanan seperti di atas, anda juga perlu melakukan rutin senaman bagi memastikan tubuh badan sihat, cergas dan juga minum air yang cukup agar tidak lesu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Vaseline merupakan produk penjagaan kulit yang mengagumkan dan sememangnya boleh dipercayai.Ramai yang menganggap untuk mengamalkan rutin kecantikan biasanya kena banyak menghabiskan wang ringgit.
Oppss! Tidak kepada penulis. Pendapat penulis lebih baik anda melabur masa dari wang ringgit, cari produk yang kualiti terjamin, serbaguna dan bajet yang jauh lebih rendah. Jom kita baca dan ketahui kebaikkan Vaseline Petroleum Jelly untuk kulit kita :-
1. MENGHALUSKAN DAN MENGHILANGKAN KEDUTAN DI MUKA
Pemakaian Vaseline dapat melembabkan kulit muka serta dapat menghindari jerawat tumbuh.Pemakaian Vaseline tidak akan menyumbuatkan liang pori-pori muka, bahkan membuatkan kulit muka menjadi lebih halus dan bersinar.
Vaseline juga mempunyai sifat anti penuaan dan mampu melembutkan kulit kering yang berkedut. Sebaiknya gunakan Vaseline sebagai pelembab kulit terutama pada malam hari sebelum tidur.
2. MENGUATKAN AKAR RAMBUT
Pemakaian Vaseline secara teratur mampu menguatkan akar rambut serta melembabkan kulit kepala.Sapukan sedikit Vaseline pada kulit kepala dan akar rambut dengan cara mengurut perlahan-ahan. Sebaiknya pakai Vaseline waktu rambut dalam keadaan kering (tidak basah atau lembab).
Rambut kita akan lebih sihat dan bersinar. Kebaikan Vaseline petroleum jelly ini juga sangat sesuai untuk kita yang menghadapi masalah kelemumur termasuk gatal kulit kepala serta rambut bercabang. Untuk rambut bercabang atau pecah-pecah, ambil Vaseline dan sapukan hanya di hujung rambut tersebut.
3. BAU MINYAK WANGI TAHAN LEBIH LAMA
Kita boleh menggunakan Vaseline untuk menjaga keharuman minyak wangi kita sampai berjam-jam. Caranya cukup mudah, kita hanya perlu menyapu Vaseline secukupnya pada tempat yang akan kita sembur dengan minyak wangi tersebut. Misalnya di tengkuk, belakang siku, belakang pergelangan tangan ataupun di belakang telinga. Hasilnya cukup mengagumkan, keharuman bau minyak wangi kita itu akan kekal lebih lebih lama.
4. MERAWAT BIBIR YANG PECAH-PECAH
Jika kita mengalami masalah bibir pecah, menggelupas ataupun bibir hitam, sapukan Vaseline secara merata pada kawasan bibir yang bermasalah. Selain itu, Vaseline boleh juga digunakan sebagai skrub bibir. Kita hanya perlu mencampurkan sedikit Vaseline dengan garam pink, gaul sebati kemudian sapukan pada bibir secara perlahan-lahan, sehingga kulit matinya mengelupas. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, lakukannya secara rutin tiga kali seminggu. Insya-Allah bibir kita akan kembali lembab dan anjal.
5. MELEMBUTKAN TELAPAK KAKI
Sapukan Vaseline di telapak kaki sebelum tidur. Setelah itu pakai stoking, dan telapak kaki kita akan menjadi lebih lembab dan lembut pada keesokan harinya. Rugi jika anda tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan vaseline ini kerana harganya sangat murah dan anda tidak perlu membeli produk mahal untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Modal anda hanyalah RAJIN mengamalkannya.
6. MERAWAT KULIT SELEPAS BERCUKUR
Sapukan pada kulit selepas bercukur untuk menenangkan kulit dengan segera.Selain itu, Untuk mencegah pisau cukur kamu daripada berkarat, berhati-hati menyapu lapisan nipis pada pisau yang kering untuk melindunginya dari pengumpulan karat.
Bagi penulis keberkesanan produk lebih terjamin dan ianya boleh merawat kulit semasa kita tidur. Selain itu, kebersihan semasa menggunakan produk pada kulit juga menjadi faktor utama untuk penulis melakukan rutin selepas selesai mandi dan bersiap untuk tidur pada waktu malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tiroid merupakan kelenjar berbentuk kupu-kupu kecil di bahagian dalam depan leher anda. Ia mengawal hormon dan metabolisme anda. Masalah yang paling umum adalah hipotiroidisme, dimana tiroid ini tidak aktif yang membawa kepada keletihan yang melampau, kemurungan, dan peningkatan berat badan. Ia juga boleh meningkatkan risiko anda untuk penyakit jantung, diabetes, dan beberapa jenis kanser.
Secara keseluruhannya anda tidak dapat mengawal hipotiroidisme dari menghampiri anda, untuk itu ramai pakar mengesyorkan berikutan pemakanan berkhasiat dan memuatkan pelbagai nutrien. Di Malaysia saja sudah ramai pesakit tiroid yang memiliki sakit ini tanpa disedari. Ini berikutan kerana makanan yang anda makan itu tidak sihat dan boleh mengaktifkan fungsi tiroid pada leher anda.
Brokoli
Sayur yang boleh dimakan secara rebus seperti brokoli, bayam, -sangat baik untuk anda, tetapi anda tidak boleh makan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan tiroid . Sayuran ini mengandungi goitrogens, yang boleh memburukkan hypothyroidism, menurut Jurnal Penyelidikan Perubatan India, di dalam artikel Eat This Not That.
Lebih dinasihati adalah dengan makan kesemua jenis sayur-sayuran ini secara masak kerana Goitrogen tidak begitu aktif jika ia sudah dimasak. Goitrogen adalah bahan yang mengganggu pengeluaran hormon tiroid dengan mengganggu pengambilan iodin dalam kelenjar tiroid. Ini mencetuskan hipofisis untuk membebaskan hormon tiroid-stimulasi (TSH), yang kemudiannya menggalakkan pertumbuhan tisu tiroid, yang akhirnya menyebabkan goiter. Jadi, hati-hati apabila memilih pemakanan jenis sayur-sayuran. Dalam pada masa yang sama, elak dari makan ulam dengan kerap, kerana ia juga membantu mengaktifkan tiroid .
Pencuci mulut
Menjauhkan diri dari makan manisan seperti kek, ais krim mahupun coklat merupakan perkara yang sukar untuk dilakukan jika anda seorang ‘desert lover’. Namun, begitulah kehidupan. Makanan yang sedap dan lazat biasanya tidak mempunyai khasiat yang bagus. Ini kerana mengehadkan pengambilan gula juga boleh membantu mengurangkan keradangan yang menjadi penyebab utama penyakit kronik dalam tubuh. Banyak kajian menunjukkan keradangan mikrobiologi dalam badan anda melemahkan tindak balas imun yang akan penyebaran kanser tiroid secara berleluasa.
Roti, Pasta dan bijirin
Anda yang mempunyai penyakit Celiac tidak boleh bertolak ansur dengan gluten yang terdapat di banyak barangan bakar, pasta dan bijirin sering mempunyai tiroiditis Hashimoto, dan sebaliknya. Penyakit Hashimoto adalah autoimun di mana sistem imun anda menyerang tiroid anda. Hashimoto kini menjadi penyakit autoimun yang paling sering dimiliki oleh orang ramai, menurut kajian Mei 2017 dalam jurnal Endocrine Connections.
Makanan yang dipanaskan di Plastik
Gemar makan On The Go kan? Berfikirlah dua kali sebelum memanaskan semula mangkuk plastik makan malam yang telah anda beku itu dalam bekas yang anda beli terus dari kedai. Adalah lebih baik jika anda letakkannya di atas pinggan atau dalam mangkuk yang diperbuat daripada seramik seperti tulang china, stoneware, porselin atau tembikar kaca. Tiroid anda adalah sebahagian daripada sistem endokrin anda, dan anda boleh mengaktifkannya dengan memanaskan makanan dalam plastik. Banyak produk plastik sehari-hari, termasuk botol, makanan, dan bekas dengan BPA bertindak untuk mengktifkan fungsi endokrin yang berlaku secara semula jadi dalam badan, seperti hormon tiroid.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.