Itulah mungkin apa yang anda rasa bila bateri kereta rosak atau ‘kong’. Apatah lagi jika berlaku ketika anda sedang bergegas dan ingin cepat ke seseuatu destinasi. Malang tidak berbau. Lebih mengharukan apabila ia berlaku ketika anda berhenti dalam perjalanan ke sesuatu destinasi atau pada waktu malam.
Bila bateri ‘kong’ antara solusi untuk hidupkan kereta sebelum anda pergi ke bengkel atau tukar bateri baru ialah dengan melakukan ‘jumper’. Ia kelihatan seperti mudah tapi ramai orang tidak tahu atau tersilap melakukannya dengan betul. MASKLULIN ingin kongsi dengan anda cara melakukan ‘jumper’ dengan betul.
Jika tersilap langkah ia boleh menyebabkan kerosakan seperti litar pintas pada komponen penting kereta seperti TCU (unit kawalan transmisi) atau risiko bahaya lain.
Ikuti langkah-langkah di bawah:
MATIKAN ENJIN
Pertama sekali bila berdepan situasi ini anda memerlukan jumper bateri kereta dengan bantuan kereta ‘penderma’. Sebelum itu anda harus pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua-dua kereta seperti lampu hadapan, radio dan sebagainya dimatikan terlebih dahulu.
Ads
DEKATKAN KERETA
Apabila sudah ada kereta ‘penderma’, anda harus pastikan ia diletakkan secara sedekat yang mungkin. Ini untuk membolehkan kabel jumper kereta dicapai terminal negatif dan positif kedua-dua kereta. Tapi harus ingat janga pula terlalu dekat sehingga kereta bersentuhan antara satu sama lain.
foto: grimmermotors.co.nz
CABUT KUNCI
Selepas anda pastikan kedua-kedua enjin kereta dimatikan, cabut dahulu kunci. Kemudian buka bonet hadapan.
SAMBUNG KABEL JUMPER – KLIP POSITIF
Mula-mula, sambungkan klip kabel jumper dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta ‘penderma’.
Kebiasaannya terminal positif mempunyai penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+). Kemudian, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang rosak.
Ads
SAMBUNG KABEL JUMPER KERETA – KLIP NEGATIF
Selepas itu, anda sambungkan klip kabel jumper kereta berwarna hitam (negatif) pada terminal negatif bateri kereta ‘penderma’.
Ia diikuti dengan sambungan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan benda logam yang tidak bercat pada kereta yang rosak seperti batang besi bonet hadapan.
HIDUPKAN ENJIN
Apabila sambungan dipastikan baik, hidupkan enjin kereta ‘penderma’.
Foto: drivesafeonline.org
TUNGGU BEBERAPA MINIT
Ambil masa beberapa minit dan tunggu terlebih dahulu. Teruskan dengan cuba hidupkan enjin kereta yang rosak. Andai ia masih belum boleh dihidupkan selepas beberapa cubaan, itu bernakna kereta anda mungkin ada masalah lain selain daripada masalah bateri.
Ads
BIARKAN IA HIDUP
Jika proses jumper anda berjaya, biarkan kedua-dua enjin kereta hidup selama lima sehingga sepuluh minit.
CABUT CARA SELAMAT
Untuk mencabut kabel jumper kereta, anda hanya perlu membuka sambungan kabel mengikut urutan berlawanan. Cabut kabel hitam pada kereta yang rosak. Kemudian diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘penderma’, kabel merah pada kereta yang rosak dan kabel merah pada kereta ‘penderma’.
PANDU UJI
Apabila selesa, anda boleh cuba test drive dalam keadaan normal selama kira-kira 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri. Jika tidak yakin teruslah ke bengkel berhampiran segera.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda. Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sejak minggu lalu boleh dikatakan hujan telah turun setiap hari di kebanyakan lokasi di negera kita. Di Lembah Klang, ia bagaikan satu rutin harian yang harus ditempuhi warga kota.
Bagi pemilik kenderaan antara masalah utama dihadapi ialah keadaan basah di dalam kereta. Apabila badan dengan pakaian basah memasuki kereta ia secara tidak langsung menyebabkan kondisi lembap.
Dan ini menyebabkan kereta akan mula berbau hapak dan busuk!
Bau hapak dalam kereta memang cukup menyakitkan hati. Apatah lagi jika kita tumpangkan orang lain dalam kereta. Pasti berasa malu disebabkan kereta berbau busuk.
Untuk atasi masalah ini anda boleh gunakan beberapa porduk sembutan yang dijual di pasaraya. Namun sebenarnya ada boleh gunakan bahan-bahan semulajadi untuk atasi masalah bau hapak.
KOPI
Untuk mengurangkan bau hapak anda boleh gunakan biji kopi. Letakkan beberapa biji kopi dalam bungkusan kain yang diikat dan letakkan di bawah kerusi kereta. Anda juga boleh letakkan dan gantung berhampiran dengan lokasi penghawa dingin keluar. Bau kopi boleh melawan bau hapak dan kereta anda juga akan berbau lebih menyenangkan hidung.
ARANG
Sejak turun-temurun arang telah digunakan untuk menyerap kelembapan dan bau hapak. Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta. Lebih elok dilektakkan di bawah kerusi penumpang hadapan. Anda juga boleg bungkus arang dalam kain yang ditebuk lubang.
PANDAN
Daun yang cukup sinonim dengan bau wangi dalam masakan tempatan ini juga boleh digunakan untuk melawan bau hapak dalam kereta. Dapatkan beberapa keping helai daun pandan dan ikat. Kemudian letakkan daun pandan yang diikat itu di lantai kereta. Anda juga boleh melakukan hirisan halus dan letakkan dalam kain berbentuk seperti sup bunjut.
LIMAU NIPIS ATAU KASTURI
Jika berlaku tumpahan minuman sebagai contohnya minuman coklat, ia akan mendatangkan bahana kepada kereta. Ini kerana ia boleh bertukar berbau sangat masam! Untuk kawal perkara ini daripada berlaku anda boleh gunakan buah limau nipis atau kasturi. Selepas dibersihkan perahkan hirisan limau ke bahagian yang terkena minuman tersebut.
LEMON
Sama seperti limau nipis atau kasturi, lemon membawa fungsi yang lebih kurng sama. Cuma kulit lemon juga bpoleh digunakan untuk hilangkan bau hapak kereta. Hiriskan kulit lemon dan letakkan dalam kain kecil. Letakkan ain tersebut di dalam kereta berhampiran dengan penghawa dingin.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan nama Valentino Rossi. Juara dunia MotoGP/500cc sebanyak 7 kali tersebut telah menjadi antara ikon perlumbaan motosikal paling hebat pernah disaksikan kita semua.
Walaupun usianya sudah menginjak ke usia 41 tahun namun Valentino Rossi masih gah dan disegani oleh lawannya yang jauh lebih muda. Dikenali dengan nama gelaran ‘The Doctor’, Valentino Rossi bakal meneruskan legasinya di liar untuk musim baru.
Namun ada berita terbaru yang cukup mengujakan terutama buat peminat MotoGpp tempatan khususnya pasukan Petronas Yamaha SRT, pasukan yang berasal dari Malaysia. Memetik laporan daripada laman sesawang rasmi MotopGP, Valentino Rossi mendedahkan bahawa dia hampir pasti akan bersama pasukan Petronas Yamaha SRT untuk musim 2021.
Beliau dilaporkan akan berukar tempat bersama pelumba muda, Fabio Quartararo yang sebelum ini bersama pasukan tersebut.
Walau bagaimanapun Valentino Rossi menafikan beliau sudah menandatangani kontrak namun mengakui proses persetujuan kedua pihak berjalan lancar.
“Boleh dikatakan hampir 99% saya akan berlumba bersama pasukan Petronas Yamaha SRT untuk tahun 2021,” jelasnya kepada Sky Sport Italia.
Pasukan Petronas Yamaha SRT anda yang paling menyerlah pada musim lalu.
“Kami masih dalam proses menyelesaikan beberapa perkara terperinci terutamanya tentang pasukan dan personal yang saya akan bekerja bersama nanti. Kami juga berbincang untuk bagaimana membina sebuah pasukan yang kompetitif,” jelasnya lagi.
Secara tidak langsung ini bermakna beliau akan berlumba bersama protegenya, Franco Morbidelli pada musim hadapan.
Peminat MotoGP negara kita pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan Valentino Rossi berlumba bersama pasukan yang cukup istimewa di kalangan rakyat Malaysia.
Dapatkan merchandise pada harga luar biasa murah dengan pelbagai potongan di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sempena sambutan ulang tahun ke 30 Honda EX-5 di Malaysia dan pengeluaran ke 100 juta Siri Super Cup, Boon Siew Honda (BSH) mengeluarkan EX5 Fi Edisi Terhad. Pasaran tempatan akan menerima dua pilihan varian iaitu roda tuang dan roda jejari.
Meraikan pencapaian pengeluaran ke 100 juta unit, Honda EX5 kekal sebagai simbol kebebasan dalam mobiliti dan menjadi motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.
Model EX5 Fi Edisi Terhad itu didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu merah dan hitam. Pembaharuan boleh dilihat menerusi lencana 30th Anniversary pada bahagian pelana dan cub depan serta bahagian sisi belakang EX-5 berkenaan. Pelana didatangkan dengan padanan warna hitam dan putih. Selain itu, pada bahagian cub depan juga dipadankan dengan tiga jalur. Turut tersedia pemegang belakang krom manakala rim jejari dipadankan dengan kemasan semburan cat berwarna emas.
Kapcai tersebut didatangkan dengan enjin 109.1cc lejang tunggal penyejuk udara. Gabungan sistem pancitan bahan api PGM-Fi menghasilkan kuasa 8.35hp pada 7,500rpm dan tork 8.4Nm pada 6,000rpm.
Honda EX5 Fi Edisi Terhad dijual pada harga bermula dari RM5,309.54 (roda jejari) dan RM5,563.94 (roda tuang). Harga tersebut termasuk GST.
Diperkenalkan pada tahun 1987, EX5 mempunyai warisan yang teguh dan kisah tersendiri dalam kalangan rakyat di negara ini. Menjadi salah satu daripada kapcai yang paling penting dalam perintis pengangkutan dua roda pada masa lalu, siri Honda EX5 kekal relevan dan bergaya menerusi pengenalan model terbaharu.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.