10 Kereta Paling Kecil Di Dunia, Tapi Jangan Terpedaya Dengan Saiznya!

Share

Ketika kereta diperkenalkan sebagai pengangkutan paling efisien untuk manusia bergerak dari poin A ke poin B, ia hanya berfungsi sebagai kenderaan semata.

Namun seiring dengan perubahan zaman serta evolusi pelbagai teknologi automotif kereta kini sudah terbahagi kepada banyak kategori. Malah ia bukan dianggap sebagai kenderaan pengangkutan semata.

Kereta kini menjadi sebahagian daripada identiti, personaliti, medium untuk hobi dan juga pelbagai tujuan lagi. Namun walau apa jua objektifnya ia masih tetap sama – membawa kita dari poin A ke poin B.

Di kotaraya yang besar dan sibuk kereta bersaiz kecil kini menjadi salah satu opsyen yang cukup baik. Maka tidak hairanlah mengapa pengeluar automotif kini turut teruja memperkenalkan kereta bersaiz kecil yang kadangkala hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja.

Selain sifatnya yang kecil dan menjimatkan ruang ia juga tidak menggunakan banyak bahan api atau tenaga. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 kereta paling kecil di dunia yang cukup popular.

Ford Ka

Diperkenalkan sejak tahun 2016, Ford Ka atau juga dikenali dengan nama Ford Figo dipasarkan di beberapa buah negara seperti Itali, Mexico, Sepanyol, Afrika Selatan dan Argentina.

The Bollore Blue Car

 

Kereta comel dengan 4 tempat duduk dan 3 pintu ini dikuasakan enjin elektrik. Ia direka oleh Pininfarina dan dikeluarkan oleh Cecomp di Bairo, Itali.

The Think City

Dikeluarkan oleh syarikat Think yang dimiliki oleh Ford, pengeluar asal Norway ini cukup popular di negara-negara scandinavia. Namun sejak berdepan masalah bankrap ia telah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 2012.

The Daihatsu Copen

Pengeluar yang cukup sinonim dengan model kereta kompak, Daihatsu cukup dipercayai ramai. Kereta kecil dua pintu ini menggunakan enjin petrol dan dipasarkan di UK, Jepun, Jerman dan Belanda.

The Kandi Coco

Kecil tapi bergaya! Dihasilkan oleh Kandi Technologies dari China, kereta kompak ini mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2009.

The Smart Fortwo

Tidak dinafikan, Smart merupakan jenama yang paling sinonim dengan imej kereta kecil dan kompak. Turut dikenali sebagai kereta mikro, The Smart Two dihasilkan oleh Daimler Ag dan diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1998.

Tata Nano

Kereta keluaran Tata Motors yang berasal dari India ini juga tidak kurang hebatnya. Ketika mula dipasarkan ia diberi nama julukan ‘The People’s Car’ kerana harganya yang sangat murah.

The Tango by Commuter Cars

Kereta mikro elektrik yang dikeluarkan Comuter Cars ini memmpunyai dua motor elektrik bagi sokongan setiap roda.

The Lumeneo Smera

Ia merupakan kereta hibrid dari Tangho dan VentureOne. Menggunakan ultra-compat battery-electric, kereta keluaran negara Perancis ini dihasilkan oleh Lumeneo.

The ElBil Norge Buddy Cab

Satu lagi jenama asal Norway yang telah menyaksikan ia dipasarkan ke 18 buah negara. Kereta 2 pintu dan 3 tempat duduk ini merupakan generasi ke-6. Ia pintar, elegan dan memiliki rekaan cukup cantik.

Jangan lupa subscribe Telegram MASKULIN untuk update artikel terkini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim