10 Kelebihan Timun Untuk Lelaki, Termasuklah Untuk Kesihatan Kulit

Share

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah khasiatnya timun kepada seorang lelaki. Dan mungkin anda ingin tahu adakah ia sangat baik untuk kesihatan ?

Ya, pertama sekali lupakan dahulu segala jajan dan snek makanan ringan kerana anda boleh amalkan makan timun di masa lapang. Ingin ‘Netflix and chill’, mungkin anda gantikan popcorn dengan timun!

Nak tahu apakah kelebihan timun untuk lelaki? Mungkin 10 sebab di bawah boleh membantu anda!

Membunuh bakteria di dalam mulut

Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit selama 30 saat. Phytochemcials di dalam timun akan membunuh bakteria dalam. Ia merupakan bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan mulut berbau!

Merawat masalah kulit

Timun memiliki sifat diuretik, efek pendingin, dan pembersih yang bermanfaat bagi kulit. Kandungan air yang tinggi vitamin A, B, dan C serta mineral, seperti magnesium, kalium, mangan dan silika membuat timun menjadi bahan penting untuk merawat kulit. Masker wajah yang mengandung sari timun digunakan untuk menegangkan kulit.

Fungsi pencernaan

Masalah pencernaan seperti maag, gastric dapat dikurangkan dengan jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit.

Membekalkan keperluan vitamin

Timun mengandungi tiga vitamin utama yang diperlukan oleh badan setiap hari iaitu vitamin A,B,C. Ketiga-tiganya membantu memperkuatkan sistem imun yang melindungi badan. Untuk mendapatkan hasil yang maksima timun boleh dijadikan jus bersama bayam dan wortel. Sebaiknya, timun tidak dikupas kerana bahagian itulah yang terkandung 12% vitamin C, yang cukup untuk keperluan harian anda.

BACA: Sering Alami Senak Mata, Amalkan 3 Petua Mudah Ini

Bantu elak kencing manis, kurangkan kolestrol & kawal tekanan darah

Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

Pulihkan mata

Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

Bantu turun berat badan & penghadaman

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt

Melawan kanser

Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari payudara, prostat dan kanser rahim.

Menyihatkan kuku dan rambut

Keajaiban silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

Mineral mesra Kulit

Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

Published by
Farizul Izwany