Tak lengkap rasanya masakan orang Malaysia tanpa menggunakan garam. Bukan sahaja masakan tradisi orang Melayu malah masakan makanan Cina dan India juga memang tak dapat lari daripada menggunakan garam.
Tapi tahukah anda garam juga berfungsi untuk melakukan beberapa jenis kegunaan lain selain menjadi bahan pelengkap masakan?
Di bawah ini merupakan 10 contoh kegunaan garam yang anda boleh praktikkan untuk kesenangan hidup!
Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.
Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.
Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.
Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.
Mengubati sinusitis. Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.
BACA: Sambil Baring Pun Boleh Buang Perut Buncit, Caranya Dengan 5 Senaman Mudah Ini!
Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.
Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.
Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.
Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.
Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.