Kasut larian berprestasi tinggi dirancang untuk memberikan ciri-ciri tertinggi dalam teknologi kasut sukan yang menyokong aktiviti larian pada tahap yang paling kompetitif. Ini bukan hanya tentang peningkatan kelajuan, tetapi juga tentang meningkatkan keselesaan, daya tahan dan kecekapan langkah pelari. Jadi kali ini, MASKULIN ingin kongsi 10 kasut larian terbaik pilihan kami!
Kasut jenis ini biasanya dilengkapi dengan material inovatif seperti midsole foam yang responsif, plate karbon untuk dorongan tambahan, serta teknologi upper yang ringan dan bernafas.
Faktor cushioning atau bantalan yang cekap dan adaptasi bentuk kaki pelari memastikan pengurangan impak semasa larian. Rekaan aerodinamik pula membantu dalam mengurangkan rintangan udara, kedua-duanya berkontribusi kepada peningkatan prestasi secara keseluruhan.
BMAI Jing Tan Fly
Jenama yang kini kian mendapat tempat di hati penggemar sukan, BMAI menampilkan kasut larian pretasi tinggi terbarunya, BMAI Jing Tan Fly.
Apa yang menariknya, ia dilengkapi dengan upper mesh yang cukup selesa atau ‘breathable’ dengan bahan JACQUARD. Bahagian insolenya juga cukup lembut dengan teknologi foaming TPEE – memastikan impak larian dapat dikurangkan pada sendi kaki.
Dan semestinya ia turut hadir dengan plat karbon fiber penuh memberikan sokongan dan momentum yang cukupluar biasa ketika melakukan larian.
Manakala, midsole pula lengkap dengan teknologi BOOMFLY Aliphatic TPU yang sangat responsif dan pulangan tenaga dengan baik. Sesuai buat pelari aktif yang ingin meningkatkan kualiti larian dengan potensi maksima.
Nike Air Zoom Alphafly Next% 2
Ads
Kasut ini terkenal dengan sole yang tebal dan teknologi ZoomX foam. Iterasi kedua model kasut larian popular ini menyediakan respons yang pantas dan penyerapan hentakan yang unggul. Ideal untuk marathon dan larian jarak jauh, Alphafly Next% menjanjikan kelajuan dan keselesaan maksimum.
Buat pelari yang benar-benar serius mendapatkan prestasi larian terbaik peribadi, ini mungkin kasut yang boleh anda pertimbangkan.
Adidas Adizero Adios Pro 3
Dengan pelapis Lightstrike Pro foam yang memberikan lebih banyak responsif dan keselesaan, Adios Pro 3 adalah pilihan utama bagi pelari elit. Reka bentuknya yang aerodinamik dan pelapik bawah Continental Rubber menawarkan cengkaman hebat pada pelbagai permukaan.
Brooks Hyperion Elite 3
Dirancang untuk kestabilan dan kelajuan, Hyperion Elite 3 menampilkan teknologi DNA ZERO midsole yang mengoptimumkan tenaga larian. Ia juga dilengkapi dengan plate karbon untuk dorongan tambahan.
ASICS MetaSpeed Sky
Ads
ASICS MetaSpeed Sky memfokuskan pada peningkatan langkah dan kelajuan dengan FlyteFoam Blast Turbo midsole yang ringan dan responsif. Ia sesuai untuk larian pecut atau maraton.
Saucony Endorphin Pro 4
Dengan reka bentuk yang lebih ringan dan sole yang dioptimumkan untuk kecepatan, Endorphin Pro 4 adalah pilihan pelari yang mencari prestasi tinggi. SPEEDROLL Technology memungkinkan transisi yang lebih lancar dari tumit ke hujung kaki.
New Balance FuelCell SC Elite v4
Kasut ini menawarkan kombinasi dari bantalan FuelCell dan plate karbon yang membantu meningkatkan kelajuan dan efisiensi larian.
Reka bentuknya yang aerodinamik juga membantu mengurangkan rintangan udara. Secara keseluruhannya, New Balance FuelCell SC Elite v4 menawarkan midsole FuelCell responsif, plate karbon untuk kelajuan dan upper ringan yang bernafas.
Hoka One One Carbon X 3
Ads
Kasut ini direka bentuk dan dihasilan Hoka untuk kestabilan, keselesaan dan kelajuan. Hoka One One Carbon X 3 menampilkan midsole yang tebal dan responsif serta plate karbon yang memberikan dorongan ekstra dalam setiap langkah.
Puma Deviate Nitro Elite 2 dilengkapi dengan busa NITRO, menyediakan cushioning yang ringan dan responsif. Ciri ini termasuk plate karbon untuk propulsi tambahan dan upper mesh yang memastikan keselesaan dan sirkulasi udara yang baik semasa larian.
On Cloudboom Echo 4
Jenama ini juga kian mendapat tempat di hati penggemar larian. Model terkininya, On Cloudboom Echo 4 hadir dilengkapi dengan Helion superfoam untuk bantalan optimum, Speedboard yang menghasilkan respons yang cepat dan reka bentuk upper yang ringan serta aerodinamik.
Ia buat mereka yang ingin menyertai perlumbaan jarak jauh dan memaksimalkan kelajuan serta efisiensi.
Kategori kasut berpretasi tinggi ini tidak dinafikan memang cukup kompetitif dan menawarkan teknlogi tersendiri masing-masing. Buat anda yang ingin menginkatkan prestasi ke tahap maksima dan terbaik, 10 kasut di atas ini boleh merealisasikan impian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kali ke gim, anda lihat kiri kanan semua orang berbadan cantik, berotot sana sini walaupun ada di kalangan mereka baru sahaja berlatih. Mungkin anda berasa kecewa kerana sudah lama membina otot tetapi masih di tahap yang sama.
Tiada perubahan bentuk badan yang ketara. Adakah anda tahu puncanya?
1. Program latihan
Anda memerlukan perancangan teliti dengan mempunyai program latihan teratur dan terperinci. Program yang dibuat perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau beberapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah intensiti pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang akan dilakukan dan tempoh masa latihan, sama ada pagi atau petang.
2. Tidak catatkan perkembangan
Anda juga perlu catatkan perkembangan setiap kali berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat (load) yang diangkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ia tidak berguna sekarang, tapi ia amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang.
3. Latihan tidak berasas
Anda perlu kukuhkan latihan dengan mengetahui tujuan latihan, sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Adakah anda yakin latihan yang dilakukan itu sesuai dengan matlamat dan sasaran latihan?
Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan. Jangan ikut dan lihat orang lain buat, anda seharusnya tahu apa yang perlu anda lakukan.
4. Terlalu kerap latihan kardio
Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ia membantu menguatkan otot pada jantung (cardiac muscle). Melakukannya seminggu 2 kali selama 30 minit adalah masa yang optimal.
Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan kardio tidak perlu mendominasi program latihan. Ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan di gim dengan kekerapan 3 hingga 4 kali seminggu.
5. Tidur tidak cukup
Adakah anda tahu bahawa 90 peratus tubuh badan kita diperbaiki semasa tidur? Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak mencukupi? Tumbesaran anda akan terbantut dan otot sukar untuk membesar ke tahap optimal.
Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seorang yang melakukan latihan di gim.
6. Diet tidak sesuai
Matlamat anda untuk membina otot. Jadi, anda perlukan protein yang cukup. Bukan makan salad yang banyak, melainkan anda ingin mengurangkan berat badan. Cuba dapatkan daging segar berbanding makan di restoran makanan segera.
7. Anda menipu dalam latihan
Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah penat semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan feul. Jadi, anda perlukan sokongan untuk membantu supaya dapat berlatih lebih daripada kebolehan anda.
Sekiranya anda masih di takuk yang sama, setiap kali datang anda akan buat berat beban dan pengulangan yang sama sahaja. Anda akan kekal seperti itu sepanjang tahun. Sebab itu anda perlukan sokongan dan tenaga (preworkout drink/bar) sebelum berlatih.
Ada juga yang tidak habiskan pengulangan kerana takut untuk berasa penat dan sakit (burned) semasa latihan. Sebenarnya apa yang anda rasa sukar semasa bersenam, itu yang akan mengubah tubuh anda menjadi lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PEMAKANAN YANG SIHAT DENGAN KUANTITI KALORI YANG CUKUP AMAT PENTING DALAM BINA BADAN. RAMAI YANG MASIH KELIRU DALAM PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN. AMATLAH PENTING UNTUK KITA MEMBUAT JADUAL PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN KITA SENDIRI.
Ini adalah diet 4 selebriti yang mereka amalkan untuk mendapatkan transformasi badan!
CALVIN HARRIS
1-DAGING
Terdapat pelbagai zat dan unsur –unsur lain yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina dan juga mengekalkan jisim otot badan kita. Daging mempunyai protein yang berkualiti tinggi, zat besi, vitamin B dan juga zink.
2-AYAM
Ayam juga mengandungi protein yang berkualiti tinggi serta membantu menguatkan tulang. Tapi ingat amalkan makan ayam tanpa kulit dan lebih baik kalau kita goreng atau bakar sahaja kerana nilai kalorinya akan menjadi rendah dan tidak menyumbang kepada pembentukan lemak yang tidak diingini.
3-TELUR
Dalam telur terdapat kandungan nutrisi yang tinggi. Telur mengandungi zink (yang bermanfaat untuk kuku dan juga rambut). Selain itu dalam telur juga terdapat karotenoids seperti lutein dan zeaxanthin iaitu unsur yang selalu terdapat dalam vitamin A. Di dalam telur juga terdapat vitamin D untuk melindungi jantung dan penyakit kanser, Terdapat juga lecithin untuk tingkatkan keupayaan otak dan juga pencernaan lemak.
B) JONAH HILL
4-IKAN
Ikan juga mempunyai protein yang sangat tinggi, berkualiti, serta mempunyai kandungan asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk metabolisme lemak dengan cepat. Di dalam ikan terdapat lemak yang sihat sepertimana terdapat pada sayuran hijau, kekacang, minyak zaitun, dan avocado. Asalkan makanan ini tidak di masak bergoreng dan penuh garam.
5-OAT DAN BIJIRAN
Kalau dahulu masyarakat kita lebih biasa dengan coco crunch dan cornflakes, kini kita mulai terdedah dan biasa juga dengan oat dan juga bijirin lain yang mempunyai karbohidrat kompleks yang mudah dan sihat. Makanan seperti ini boleh membantu pembakaran lemak. Selain itu roti gandum dan nasi perang juga merupakan antara sumber yang terbaik.
C) SAM SMITH
6-BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Selalu kalau kita makan berat mesti ada sedikit sayur dan akhirnya selepas makan kita makan buah. Kalau ikut sunnah ramai yang mengamalkan memakan buah sebelum makan makanan berat. Sebenarnya kedua-dua makan ini mempunyai nutrisi yang sungguh tinggi kandungan antioksidanya. Selain itu terdapat juga fiber untuk kita detoks kotoran dan juga lemak dengan efektif.
D) JOHN KRASINSKI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perkembangan teknologi pintar terkini membuatkan aktiviti senaman menjadi bukan sahaja lebih mudah malah lebih menyeronokkan.
Jam pintar sebagai contohnya mampu memberikan maklumat dan data dengan sekelip mata kepada anda. Malah sesetengah data itu diperolehi dalam masa sebenar atau ‘real time’. Dengan data-data yang anda perolehi ini maka merancang senaman menjadi lebih mudah.
Setiap orang mempunyai fisiologi berbeza dan kehendak senaman yang mungkin lebih unik berbanding orang lain. Di sinilah jam pintar memainkan peranan yang sangat penting.
Sesetengah jam tangan pintar khusus untuk kecergasan sangat canggih sehingga boleh membantu anda mengenal pasti masalah kesihatan seperti AFib (fibrilasi atrium, juga dikenali sebagai degupan jantung yang tidak teratur).
Jam pintar terkini di pasaran juga kebanyakannya mempunyai ciri mampu membantu anda memantau segala-galanya daripada tahap pemulihan dan tenaga anda kepada seberapa baik anda tidur setiap malam.
Pada tahap yang lebih asas, jam tangan kecergasan terbaik boleh menawarkan ketersambungan GPS untuk membantu anda mengikuti kursus latihan anda dan menawarkan data lokasi yang jelas. Dari situ pelbagai program latihan terbina dalam dan penjejakan aktiviti asas.
Ia juga sebenarnya bergantung pada matlamat kecergasan anda. Sebagai contoh jika ingin menurunkan berat badan atau mengurangkan masa PR jarak jauh anda. Aplikasi dan ciri pada jam pintar juga boleh membantu anda mengenal pasti kekurangan latihan anda atau mungkin memaksanya terlalu keras.
Tapi mungkin anda tertanya-tanya apakah jam pintar kecergasan yang sesuai mengikut kesesuaian aktiviti kecergasan atau penggunaan harian anda? Berikut MASKULIN senaraikan 5 jam pintar kecergasan terbaik yang mampu membantu aktiviti senaman dan kesihatan anda menjadi lebih mantap.
FITBIT CHARGE 5
Terbaik Kategori Asas
Kelebihan
– kalis air sehingga 50 meter
– harga mampu milik
– rekaan yang nipis
Kekurangan
– tidak hadir bersama sensor mengesan data kecergasan lebih terperinci
GARMIN FORERUNNER 955
Terbaik Latihan Larian Jarak Jauh
Kelebihan
– tersedia dengan latihaan larian dan pengesanan pola tidur
– lengkap spesifikasi untuk larian maraton dan triatlon
– ketahanan bateri yang lama
Kekurangan
– sedikit mahal dari jam peringkat entri