Demam Piala Dunia 2022 nampaknya sudah semakin reda. Pasukan kebangsaan Argentina menamatkan kemarau kejuaraan mereka sejak tahu 1986 dengan menjadi juara selepas menumpaskan juara bertahan sebelum ini, Perancis dalam perlawanan akhir paling epik dalam sejarah kejohanannya.

Pemain yang dianggap sebagai antara terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi akhirnya berjaya merealisasikan impian 45.81 juta rakyat Argentina merangkul kejuaraan bola sepak teragung di dunia.

Selain aksi perlawanan bola sepak di antara aspek yang sentiasa menarik perhatian peminat bola sepak ialah jersi setiap pasukan bertanding. Peminat bola sepak pada masa kini semakin ramai menjadikan hobi mengumpul jersi.

Ia bukan sahaja hobi kosong malah merupakan satu pelaburan yang cukup baik. Tahukah anda jersi adidas dengan nama Messi telah habis dijual di seluruh dunia ketika final yang lalu? Malah sehingga kini ramai yang mencari jersi tersebut di pasaran termasulah di pelbagai platform di atas taliab.

Tapi apakah jersi termahal yang pernah dijual di dunia? Ikuti top 10 jersi paling mahal di dunia.

10. SOVIET UNION (1990)
Harga: RM2,433

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Suatu ketika dahulu Soviet Union atau Kesatuan Soviet merupakan sebuah negara yang meliputi jajahan yang cukup besar. Kini ia tinggal sejarah dengan berpecahnya kesatuan tersebut. Oleh sebab itulah jersi ini cukup dicari-cari peminat jersi retro seluruh dunia. t

9. AMERIKA SYARIKAT (1994)
Harga: RM2,876

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Tahun 1994 menyaksikan Amerika Syarikat menjadi tuan rumah kepada kejohanan Piala Dunia. Ia menjadi salah satu edisi yang cukup popular kerana ia mendapat liputan secara langsung yang lebih meluas berbanding kejohanan sebelum ini. Jersi adidas ini pernah dipakai pemain legenda Amerika Syarikat seperti Alexi Lalas.

8. BELANDA (1988)
Harga: RM3,230

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Belanda menonjolkan prestasi cukup luar biasa sepanjang Kejohanan Euro UEFA 1988. Malah mereka menjadi juara dengan barisan pemain legendanya seperti Marco Van Basten, Ruud Gullit dan Frank Rijkaard. Pada perlawanan akhir, pasukan itu membuat kemenangan menakjubkan ke atas Kesatuan Soviet dengan margin 0-2 dengan menggunakan jersi ini.

Ads

7. NAPOLI (1990)
Harga: RM3,320

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Pendahulu Serie A pada masa kini, Napoli mempunyai sejarah cukup unik. Sebelum kejatuhan mereka sebelum ini, Napoli merupakan sebuah kelab yang cukup gah. Pada musim 1990-91 mereka mendominasi liga dengan prestasi mantap apatah lagi selepas Diego Maradona menyertai mereka!

6. BARCELONA (1991)
Harga: RM3,320

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Siapa tidak kenal dengan Barcelona yang pernah menyaksikan pemain bintang seperti Lionel Messi, Ronaldo, Xavi, Iniesta, Luis Figo dan ramai lagi. Jadi tidak hairanlah Barcelona menjadi salah sebuah kelab La Liga paling popular di dunia. Salah satu jersi mereka yang cukup ikonik ialah jersi ini.

5. JERMAN TIMUR (1990)
Harga: RM6,857

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Sebelum penyatuan negara Jerman, mereka terbahagi kepada dua wilayah atau negara berbeza iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Jersi Jerman pada masa kini lebih dipengaruhi oleh legasi Jerman Barat. Disebabkan itulah jersi Jerman Timur dianggap cukup ‘rare’ dan sangat berharga.

Ads

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

4. BOYCHO VELICHKOV (1980)
Harga: RM11,059

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Boycho Velichkov bermain untuk Pasukan kebangsaan Bulgaria selama tujuh tahun dan merupakan antara pemain terbaik pada zamannya. Walaupun, dia menghabiskan kerjaya yang singkat.

Walau bagaimanapun, dia mendapat banyak kejayaan dalam masa yang singkat ini. Pada tahun 1980, dia bermain menentang England dalam perlawanan kumpulan kelayakan Kejohanan Eropah.

3. GEOFF HURST (1966)
Harga: RM530,844

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Salah satu watak penting membawa Englad menjadi juara dunia pada tahun 1966. Geoff Hurst menampilkan aksi cukup memberangsangkan sepanjang edisi yang berlangsung di England. Malah pada final menentang Jerman Barat, dia menjaringkan gol hatrik. Disebabkan itulah harganya memang sangat mahal!

Ads

2. PELE (1970)
Harga: RM884,740

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Siapa tidak kenal pemain legenda yang dianggap wira bola sepak oleh kebanyakan pemain terhebat masa kini. Jersi Pele ketika berkasi bersama Brazil berada kedudukan kedua dalam senarai jersi bola sepak paling mahal sepanjang sejarah.

Pemain bola sepak profesional Brazil itu telah bermain sebagai penyerang dalam kerjaya kelabnya dan juga untuk pasukan kebangsaan. Pada final piala dunia 1970, Pele telah menjaringkan gol yang membantu Brazil memenangi piala dunia. Inilah jersi yang dipakai olehnya ketika itu.

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

1. MARADONA (1986)
Harga: RM38,486,190

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Di antara momen paling ikonik Piala Dunia sepanjang zaman semestinya ketika Maradona menjaringkan gol kontroversi menggunakan tangan sehingga dibeli gelaran ‘hand of god’.

Inilah jersi dipakai Maradona ketika mereka menwaskan England pada peringkat suku akhir. Persembahan Maradona pada perlawanan itu juga dinobatkan antara yang paling hebat dalam sejarah bola sepak.

10 Jersi Bola Sepak Paling Mahal Dalam Sejarah, Nombor 1 Memang Layak!

Jadi kalau anda ke bundle atau kedai pakaian retro perhatikanlah jersi bola sepak yang ditawaran. Siapa tahu anda boleh terjumpa ‘harta karun’ yang sangat tinggi nilainya.

https://www.youtube.com/watch?v=kbOrGYWtKIs&t=368s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI