Cuba buka peti sejuk anda sekarang. Perhatikan apakah jenis barang atau produk makanan yang anda simpan. MASKULIN pasti ada sesetengah barang itu sebenarnya tak perlu pun disimpan dalam peti sejuk.
Ramai orang yang sentiasa menjadikan peti sejuk mereka sebagai tempat untuk dipenuhi dengan segala jenis makanan yang tak habis dimakan. Walhal peti sejuk mempunyai fungsi untuk mengekalkan ketahanan dan memanjangkan hayat sesetengah barang segar.
Usah jadi orang yang menyumbat segala jenis barang makanan ke dalam peti sejuk. Oleh itu anda perlu tahu pakah jenis makanan yang anda perlu elak simpan dalam peti sejuk.
BACA: 12 Idea Jimat Pilih Makanan Untuk Anda Yang Serius Nak Diet
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebook tentang 10 jenis makanan yang tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Perkongsian menarik tersebut telah mendapat lebih 4 ribu share tersebut.
Jom ikuti perkongsian beliau dibawah;
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Rujukan : News Australia
#HealthDrZubaidi
Perkongsian asal Dr Zubaidi di Facebook;
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda. Sebenarnya MASKULIN sendiri tak sangka selama ini banyak rupannya barang tak sepatutnya di sumbat dalam peti sejuk.