10 Jenis Makanan Punca Badan ‘Berangin’ Boleh Mengundang Sakit Kepala

Share

Keadaan sakit kepala memang boleh membebankan kita. Jika anda perasan “angin” di dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala. Mungkin ada jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana makanan jugalah penyebab utama “angin” dalam badan.

Kicap dan Monosodium Glutamate ( MSG)

Kicap dan MSG memang selalu ditambah dalam makanan untuk menyedapkan rasa makanan. Selain sakit kepala, 15% orang yang makan makanan yang mengandungi kicap soya dan MSG juga boleh menyebabkan kekejangan, cirit birit serta migrain.

Jika kita suka makan kicap masin, garam yang tinggi dalam kicap juga boleh menyebabkan peningkatan darah tinggi dan masin juga boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu , jika anda suka makan di luar dan perasan senang sakit kepala , cuba pilih restoran yang tidak mencampurkan MSG atau kicap dalam makanan.

Keju

Sekarang kita terdedah dengan masakan Barat seperti Pizza , Spageti , Lasagna dan kek keju. Saya akui , saya juga memang suka makanan tersebut. Tetapi adakah anda tahu bahawa keju juga boleh menyebabkan sakit kepala kepada sesetengah orang ?

Di dalam keju mengandungi sejenis bahan yang dinamakan “Tyramine” . Tyramine terbentuk apabila keju ini disimpan lama sebelum dimakan. Lebih berusia keju tersebut , lebih banyak kandungan Tyramine. Anda mungkin perlu mengelakkan keju jenis keju biru ( blue cheese) , keju Swiss ( swiss cheese) , cedar , gouda dan Parmesan.

Perut jangan kosong

Jika sesetengah orang , sakit kepala kerana makan sesetengah makanan. Sebenarnya perut kosong juga boleh menyebabkan sakit kepala. Mungkin ini maksud soalan anda , perut kosong ( masuk angin) dan sakit kepala. Apa-apa sahaja yang boleh mengganggu keseimbangan badan , memang boleh menyebabkan sakit kepala. Apabila kita meninggalkan waktu makan , ia boleh menyebabkan sakit kepala ( contohnya tidak bersarapan ). Bukan itu sahaja , ia boleh menyebabkan kita tidak fokus serta iritasi sepanjang hari.

Ini mungkin ada kena mengena dengan paras gula yang rendah di dalam badan atau hypoglicemia. Gula yang rendah dalam badan menyebabkan otak tidak menerima gula untuk berfungsi. Ia menghasilkan hormon yang boleh meningkatkan tekanan darah dan sakit kepala. Orang yang mengalami gejala seperti ini akan kembali normal selepas mengambil makanan tanpa perlu mengambil ubat sakit kepala.

Jika anda mengalami sakit kepala dan angin sebaik sahaja anda mengambil makanan , adalah terbaik jika anda menyimpan ‘food journal’. Ini bermaksud , kita mencatat segala jenis makanan yang telah menyebabkan sakit kepala . Dalam jangka masa panjang , senarai makanan ini akan membantu anda mengenal pasti apa kandungan makanan atau jenis makanan yang telah menyebabkan sakit kepala.

 

Senarai makanan penyebab sakit kepala

Di bawah ini saya sertakan senarai makanan yang telah terbukti boleh menyebabkan sakit kepala sebagai panduan anda. Makanan tersebut tidak semestinya boleh menyebabkan anda sakit kepala. Ia sebagai panduan sahaja.

  1. Gula tiruan seperti Aspartame , makanan yang mengandungi yis serta pelembut daging
  2. Kafein juga boleh menyebabkan migrain dan sakit kepala
  3. Coklat , bahan koko dan kekacang
  4. Minuman beralkohol
  5. Makanan yang disimpan lama seperti budu , cencaluk , sadin dalam tin serta ikan masin.
  6. Produk susu yang ditapai seperti susu masam dan buttermilk
  7. Makanan kering seperti kismis.
  8. Roti dan biskut yang mengandungi keju
  9. Keju
  10. Ikan kering atau yang disalai
  11. Makanan dalam tin.

 

 

 

 

Published by
Kim Rahim