Industri diet atau menurunkan berat badan di dunia merupakan satu industri yang cukup besar. Malah di Amerika Syarikat dianggarkan kira-kira USD46.3 bilion telah dibelanjakan oleh rakyatnya terhadap produk menurunkan berat badan.
Saban tahun juga kita mendengar banyak jenis rejim diet diperkenalkan. Tambahan pula pada zaman sekarang sebarang jenis diet mudah menjadi tular dek kerana pengaruh laman media sosial.
Namun tidak semua diet itu sesuai dilakukan. Tidak kurang juga ada diet yang direka sebenarnya boleh mendatanghkan keburukan.
MASKULIN ingin kongsi 10 jenis diet yang pelik pernah dicipta dan menjadi ikutan di dunia.
SLEEPING BEAUTY DIET
Seperti namanya, orang yang mengamalkan diet ini akan tidur dalam jangka waktu yang lama dan tidak makan. Lebih membimbangkan apabila pengikut diet ini mengambil sedatif untuk tidur sepanjang hari tanpa makan. Salah seorang yang pernah amalkan diet ini ialah Elvis Presley.
Diet ini cukup bahaya sehingga boleh menyebabkan ketagihan kepada ubat dan juga risiko tinggi sakit jantung.
TAPEWORM DIET
Diet yang cukup meloyakan! Ketika dunia Barat pada fasa Victorian Era, seorang penyanyi opera, Maria Callas dilaporkan menelan tapeworm untuk kurangkan berat badan. Ini bukan sahaja pelik malah boleh mengancam nyawa.
COTTON BALL DIET
Pelik tapi benar. Pada 2013 muncul sebuah video di mana terdapat beberapa golongan belia menelan ketulan kapas yang dicelup dengan jus berperisa. Ideanya adalah apabila menelan kapas akan buat perut rasa kenyang/
Namun mereka tidak sedar kapas itu mengandungi banyak bahan kimia dan boleh menyebabkan usus tersumbat.
VINEGAR DIET
Pada abad ke-19, masyarakat Barat yang obses melakukan diet pernah melakukan diet dengan memakan cuka. Sebagai contoh pemuisi terkenal George Gordon Byron meminum cuka beberapa sudu sehari bagi menghalang dirinya daripada berselera ketika makan.
VISION DIET
Ini pula jenis diet yang muncul dari negara matahari terbit, Jepun. Menurut diet ini warna merah dan kuning merupakan warna menyelerakan. Manakala warna biru pula sebaliknya. Jadi mereka akan memakai cermin mata dengan kaca berwarna biru agar makanan yang terhidang tidak nampak melazatkan.
CHEWING DIET
Siapa melakukan diet ini benar-benar mempunyai kuasa kawalan diri yang kuat. Bayangkan anda menguyah makanan kegemaran tapi ia tidak ditelan sebaliknya diludahkan semula.
Diet ini tidak mempunyai data saintifik menunjukkan kejayaannya namun ia diikuti ramai orang berpengaruh seperti John D. Rockefeller, Franz Kafka, and President Theodore Roosevelt.
ANDY WARHOL DIET
Atis moden paling berpengaruh ini mempunyai rejim dietnya yang tersendiri. Setiap kali ke restoran dia akan memesan makanan yang paling tidak digemarinya. Selepas malan malam dia akan bungkus semua makanan yang tidak habis dan diberikan kepada gelandangan.
COOKIE DIET
Cookie diet dicipta olehDr Sanford Siegal pada tahun 1975. Kunci melakukannya ialah dengan memakan enam cookie istimewa etiap kali waktu makan. Idea ini oroadalah untuk mengawal pengambilan kalori.
Biskut dimakan duiperbuat daripada oat, buah dan asid amino yang datang dalam pelbagai perisa.
MASTER CLEANSE DIET
Diet ini cukup dipromosikan oleh Beyonce dan juga ramai selebriti lain. Diet ini melibatkan penggantian makanan tradisional dengan hidangan khusus dari detox lemonade. Ia diperbuat daripada jus lemon, sirap mapple dan lada cayenne.
Masalah diet ini ialah walaupun anda akan turun berat badan namun ia sangatmudah untuk naik semula sehinggalah anda kembali makan dengan normal.
TONGUE PATCH DIET
Teknik yang agak esktrem apabila dijahit dengan beberapa jahitan untuk mengurangkan selera makan. Ia perlu dilakukan menerusi proses pembedahan. Dan hasilnya selepa melakukan pembedahan mereka akan berasa sakit dan tidak selesa apabila menguyah makanan solid.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI