10 Jam Pintar Yang Sesuai Dijadikan Sebagai Hadiah Buat Pecinta Sukan

Share

Teknologi hari ini sudah lebih bijak daripada otak manusia apabila memiliki 1001 kemampuan yang sukar kita lakukan secara fizikal. Seperti inovasi jam kesihatan terunggul dan pengesan kecergasan memerlukan sebuah aplikasi untuk tujuan disambungkan dengan telefon pintar seperti Android dan iPhone.

Aplikasi itu juga perlu untuk menguruskan ketetapan peralatan tersebut termasuk notifikasi telefon pintar jika perlu.Tapi perlu kaji yang benar-benar sepadan dengan keperluan si penguna. Jadi sesuai sangat jika jadikan alat ini sebagai hadiah buat tersayang.

1. Fitbit Alta HR

Dari RM 610

Pengesan kecergasan ini kelihatan seolah-olah Alta yang biasa, kecuali ia memiliki ciri seperti kadar degupan jantung berterusan bersama skrin sentuh OLED dan gelang tangan mudah alih. Sebagai tambahan kepada mengesan data kesihatan dan membawakan notifikasi telefon pintar, peralatan ini juga boleh memeriksa corak tidur anda.

2. Apple Watch Series 2 Smartwatch

Dari RM 2,037.43

Model kalis air ini bukan sahaja jam pintar yang hebat malah ia juga pengesan kecergasan yang boleh mengesan secara paling tepat kadar degupan jantung terbaik di dunia. Mudah digunakan dan boleh diharapkan, jam pintar ini merupakan pilihan terbaik bukan sahaja kepada pengguna biasa malah untuk mereka yang kerap bersenam.

3. Samsung Gear Fit2 Watch and Tracker

Dari RM 535

Gear Fit2 dari Samsung ini telah didominasi oleh skrin sentuh berlekuk hebat iaitu AMOLED, dan menjadikan pita kecergasan ini benar-benar mesra pengguna. Pita ini memiliki set yang kaya dengan ciri-ciri pengesanan kecergasan termasuk antena GPS dan pengesan kadar degupan jantung. Dengan integrasi Spotify dalaman, ia membolehkan pengguna untuk memuatnaik lagu-lagu kegemaran mereka secara terus ke dalam pita.

4. Polar M600 Fitness Tracker Smartwatch

Dari RM 1,704

Polar M600 ini menggabungkan pengesan kecergasan dan jam pintar Android. Ia adalah kunci kepada ciri-ciri termasuk antena GPS dalaman, pengesan kadar degupan jantung bertaraf tinggi dan kebolehan untuk menjadi panduan anda ketika senaman. Gelang tangan untuk pengesan ini adalah mudah ditukar ganti.

5. Fitbit Charge 2 Tracker

Dari RM 619

Fitbit Charge 2 yang baru ini menggantikan 2 peralatan di dalam rangkaian produk Fitbit iaitu Charge dan Charge HR. Direkabentuk seperti Alta yang lebih besar, gajet ini memiliki ciri-ciri seperti pengesanan kadar degupan jantung berterusan, GPS, skrin sentuh OLED yang berguna dan gelang tangan mudah ganti. Sebagai tambahan kepada pengesanan data kesihatan dan penghantaran notifikasi telefon pintar, pengesan ini juga membantu pengguna untuk berehat dengan menyelaraskan senaman pernafasan.

6. Emporio Armani Connected Hybrid Smartwatch

Dari RM 1,891.63

Jam pintar dengan sambungan dari Emporio Armani mengadunkan rupa klasik dengan fungsi moden. Jam yang kalis air ini akan bersambung dengan telefon pintar anda melalui aplikasi anggun, mengesan aktiviti anda dan juga menghantar notifikasi persendirian. Ia juga boleh menetapkan masa secara automatik apabila disambungkan dengan telefon. Yang paling penting, jam pintar ini mempunyai jangka hayat bateri sehingga 6 bulan! Ia memiliki pelbagai warna dan stail balutan untuk dipilih.

7. Fitbit Flex 2 Fitness Tracker

Dari RM379

Fitbit Flex 2 yang tahan air ini adalah segalanya mengenai pengesanan aktiviti tanpa gangguan. Ia tidak memiliki paparan jadi pengguna hanya boleh melihat keputusannya pada aplikasi telefon pintar untuk Fitbit. Peralatan ini mampu mengesan apa jua asas tak kira langkah, kalori dan jarak termasuk corak tidur dan tangga yang telah didaki. Penggera senyap juga terdapat di situ termasuk notifikasi telefon pintar yang tersendiri.

8. Garmin vívosmart HR+ GPS Activity Tracker

Dari RM 899

Garmin vívosmart HR+ ini adalah pilihan padat dalam rangkaian harganya. Ia mempunyai pengesan kadar degupan jantung dalaman dan rekabentuk efektif, berserta kebolehannya yang hebat dalam menghantar notifikasi pada telefon pintar mudah alih. Hayat bateri untuk peralatan ini juga sangat kuat kerana ia memiliki paparan yang jimat tenaga. Ia mempunyai pelbagai warna untuk dipilih.

9. Polar A360 Fitness Tracker

Dari 1,111.62

Polar A360 adalah sebuah pengesan kecergasan yang menggabungkan ciri-ciri kuat seperti rekabentuk efektif dan interface yang mesra pengguna. Ia akan menghantar siri data kecergasan termasuk kadar degupan jantung individu termasuk notifikasi kepada telefon pintar yang bersesuaian. Gelang tangan untuk A360 adalah mudah ditukar ganti.

10. Garmin Forerunner 230 Running Watch

From RM 1,216.36

Forerunner 230 dari Garmin ini adalah jam pengesan kecergasan yang direkabentuk untuk pelari dan mereka yang bersenam dengan komited. Peralatan ini bercirikan skrin berwarna yang besar untuk kemudahan membaca sekali imbas, GPS dalaman untuk pemetaan secara terperinci tentang arah larian pengguna, dan kebolehan untuk menghantar notifikasi telefon pintar. Ciri-ciri lain yang boleh anda dapati adalah daya tahan air 50 meter dan hayat bateri yang hebat.

Published by
Ruziana Zainal