Tanggal 18 Jun 2023 merupakan hari yang didedikasikan khas buat lelaki yang bergelar sebagai seorang bapa atau ayah. Hari Bapa adalah hari di mana kita semua meraikan, menghargai dan menghormati peranan ayah dalam kehidupan seharian.
Saban tahun Hari Bapa dirayakan pada minggu ketiga bulan Jun setiap tahun di banyak negara, termasuklah Malaysia. Salah satu cara terbaik untuk anda hargai mereka ialah dengan memberikan hadiah yang bukan sahaja membawa erti tersediri tetapi boleh digunakannya setip hari.
Berikut 10 idea hadiah menarik untuk Hari Bapa.
WAIST POUCH
Waist pouch kini menjadi trend yang sangat bergaya untuk lelaki. Tidak kiralah apa peringkat usia ia boleh digunakan dengan cukup praktikal sekali. Sebagai contoh Adlen Casual Waist Pouch dari Tocco Toscano yang bukan sahaja sarat dengan kegunaan praktikal tetapi membawa simbol gaya yang cukup unggul. Dengan dua poket zip bahagian luar, beg ini diperbuat dari bahan nilon tahan lasak.
Boleh dapatkan di sini: https://invl.io/clixdri
SET ALAT BBQ
Lelaki dan BBQ sememangnya dua elemen yang cukup mesra di antara satu sama lain. Jika dia suka memasak, set alat BBQ adalah pilihan yang baik untuk memuaskan minatnya.
Dapatkan di sini: https://invl.io/clixds3
DOMPET KULIT
Hadiahkan dompet kulit berkualiti tinggi kepada bapa sebagai aksesori bergaya yang praktikal. Dengan menggunakan bahan kulit ia boleh bertahan cukup lama sekali gus menjadi tanda ingatan berpanjangan.
Dapatkan di sini: https://invl.io/clixdtx
JAM TANGAN
Jam tangan adalah hadiah yang berguna dan menarik untuk bapa. Pilihlah jam tangan yang sesuai dengan gaya dan keperluan beliau.
Dapatkan di sini: https://invl.io/clixduq
MESIN PENCUKUR ELEKTRIK
Jika bapa suka menjaga janggut atau berjanggut, alat cukur elektrik yang berkualiti tinggi akan memberikan pengalaman mencukur yang lebih mudah dan selesa.
Dapatkan di sini: https://invl.io/clixdvy
BUKU KOLEKSI KEGEMARAN
Jika dia suka membaca, hadiahkan buku karya kegemarannya seperti novel, buku motivasi, atau buku resepi.
PAKEJ URUTAN SPA
Bukan wanita sahaja yang memerlukan penjagaan badan seperti di spa. Lelaki juga memerlukannya! Spa bukan sahaja membuat dia lebih relaks tetapi buat seketika bebas dari sebarang tekanan. Pakej urutan spa akan memberikan pengalaman santai dan menyegarkan untuk mereka.
BAJU POLO BERKUALITI
Baju polo yang berkualiti tinggi adalah pilihan hadiah yang praktikal dan bergaya untuk bapa. Carilah jenama yang cukup sinonim dengan minatnya, pasti dia suka.
Dapatkan di sini: https://invl.io/clixdxl
SET ALAT BINAAN ATAU BERTUKANG
Jika dia seseorang yang suka melakukan projek DIY atau kerja-kerja tukang, hadiahkan set alat binaan atau alat tukang yang berkualiti tinggi.
Dapatkan di sini: https://invl.io/clixdyd
PAKEJ PERCUTIAN
Hadiahkan pakej percutian ke destinasi yang dia sukai sebagai waktu berkualiti bersama keluarga. Jika anda seorang isteri carilah tempat atau lokasi romantik!
Semoga idea dari MASKULIN kali ini mampu memberikan inspirasi untuk anda dapatkan hadiah kepada insan yang cukup penting dalam hidup.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI