Lebih kurang seminggu lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang cukup dinantikan. Walaupun besar kemungkinan ramai yang tidak dapat balik kampung dan tidak dapat menziarahi sanak-saudara serta sahabat handai akibat pandemik, namun iatidak bermakna Hari Raya tidak diraikan.
Sebagai lelaki kita sekurang-kurangnya perlu meraikannya dengan sepasang Baju Melayu. Dan tidak lupa juga pergi gunting rambut untuk penampailan lebih segak dan kacak pada Hari Raya.
Jadi kali ini, MASKULIN ingin kongsi 10 idea gaya rambut yang boleh anda lakukan untuk tampil lebih ‘stailo’! Walaupun tak dapat bergaya sakan dengan beraya seperti biasa, namun abadikanlah momen hari kemenangan dengan foto dan video ke laman media sosial.
TECTURED FRINGE HAIRSTYLE
Sesuai untuk anda yang bermabut ikal dan kerinting. Boleh menonjolkan warna dan tekstur rambut serta memberikan frame kepada wajah anda.
QUIFF HAIRSTYLES
Mempunyai gaya kelihatan lebih ‘mahal’. Hakikatnya gaya rambut ini memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan anda berbelanja untuk bagi menggunakan produk rambut.
THE FAUX HAWK HAIRSTYLE
Mempunyai elemen lebih kurang sama dengan mohawk tetapi tampil dengan sentuhan lebih moden.
BACA: Tip Penjagaan Rambut, Janggut & Jambang Agar Anda Kelihatan Sentiasa Segak
COMB OVER HAIRSTYLES
Suatu ketika dahulu rambut sikat tepi dikaitkan dengan mereka yang skema dan nerd. Namun dengan perubahan baru ini ia lebih bergaya serta bersifat universal.
FRENCH CROP HAIRSTYLE
Tampil dengan inspirasi klasik rambut Caesar. Ia lebih pendek dan senang untuk digayakan terutama dengan potongan fringe depan yang merentasi dahi.
FADE HAIRSTYLES
Potongan fade pernah menjadi antara gaya yang paling popular di kalangan semua orang. Kini ia muncul dan kembali popular di kalangan lelaki.
UNDERCUT HAIRSTYLES
Berbeza dengan potongan fade, gaya undercut membuatkan rambut anda kelihatan lebih tebal dan sihat!
POMPADOUR HAIRSTYLES
Suatu ketika dahulu istilah pampadour menjadi sangat asing buat ramai penggemar potongan rambut. Tapi tidak lagi sekarang kerana ia menjadi salah satu potongan rambut paling popular!
BRAIDED RAZOR PART
Antara gaya edgy yang paling trendy masa kini! Anda boleh melakukan potongan ini di mana-mana bahagian rambut dan ia masih kelihatan hebat!
SHORT SIDES
Gaya rambut ini terhasil dengan gaya yang cukup lengkap. Selain selesa ia juga menempatkan pelbagai makanan sendiri.
Selamat menggayakan rambut baru untuk Aidilfitri!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI