Berita perkahwinan diraja diantara putera Brunei pujaan ramai, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dengan pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam turut mencuri tumpuan rakyat Malaysia.
Apa tidaknya, putera pujaan ramai ini akhirnya ditawan oleh gadis jelita, sepadan dengan ketampanannya.
Memetik laporan berita RTB Brunei, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini berlangsung selama 10 hari, bermula 7 Januari lalu.
Berikut merupakan tentatif istiadat perkahwinan Abdul Mateen dan Dayang Anisha menurut laporan Astro Awani
dan Harian Metro.Istiadat ini hanya akan berlangsung apabila perundingan antara kedua belah pihak bakal pengantin telah dipersetujui.
Diwarisi sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah dan Sultan Sharif Ali.
Gendang Jaga-jaga mengandungi lima jenis irama iaitu Gendang Perang, Gendang Raja Lalu, Gendang Arak-Arakan, Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihan Ujung.
Gendang Jaga-jaga juga memainkan tiga lagu Serunai iaitu Kudidi, Sangga Bunuh dan Liu-Liu.
Istiadat pengesahan pertunangan calon pasangan pengantin diraja.
Istiadat ini mempunyai tiga peringkat iaitu menghantar tanda diraja, menghantar tanda pertunangan diraja dan menerima tanda dan tanda pertunangan.
Kemuncak kepada istiadat perkahwinan diraja ini ialah apabila Abdul Mateen dan Dayang Anisha akan disatukan secara sah sebagai suami isteri melalui ikatan akad nikah.
Kedua mempelai diraja kemudian akan disandingkan di Istana Nurul Iman. Seterusnya, pasangan pengantin diraja itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.
Dalam pada itu, sebuah majlis santapan diraja turut diadakan sempena meraikan penyatuan kedua mempelai, kebiasaanya diadakan di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman.
Adat untuk menutup semua acara, dimulai dengan bacaan zikir, diikuti tembakan meriam kesultanan Brunei.
Adat ini juga diiringi Gendang Arak-Arakan, dan diakhiri dengan membokar dan membuka perhiasan.
Abdul Mateen, 33, merupakan anakanda ke-10 kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, hasil perkahwinan bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Beliau adalah keenam dalam giliran pewaris takhta dan sering dilihat mengiringi ayahandanya ketika lawatan rasmi ke luar negara
Dayang Anisha pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.