Berita perkahwinan diraja diantara putera Brunei pujaan ramai, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dengan pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam turut mencuri tumpuan rakyat Malaysia.
Apa tidaknya, putera pujaan ramai ini akhirnya ditawan oleh gadis jelita, sepadan dengan ketampanannya.
Memetik laporan berita RTB Brunei, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini berlangsung selama 10 hari, bermula 7 Januari lalu.
Berikut merupakan tentatif istiadat perkahwinan Abdul Mateen dan Dayang Anisha menurut laporan Astro Awani dan Harian Metro.
Istiadat Bersuruh Diraja Brunei (7 Januari 2024)
Istiadat ini hanya akan berlangsung apabila perundingan antara kedua belah pihak bakal pengantin telah dipersetujui.
Ads
Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga
Diwarisi sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah dan Sultan Sharif Ali.
Gendang Jaga-jaga mengandungi lima jenis irama iaitu Gendang Perang, Gendang Raja Lalu, Gendang Arak-Arakan, Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihan Ujung.
Gendang Jaga-jaga juga memainkan tiga lagu Serunai iaitu Kudidi, Sangga Bunuh dan Liu-Liu.
Istiadat ini mempunyai tiga peringkat iaitu menghantar tanda diraja, menghantar tanda pertunangan diraja dan menerima tanda dan tanda pertunangan.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja (11 Januari 2024)
Kemuncak kepada istiadat perkahwinan diraja ini ialah apabila Abdul Mateen dan Dayang Anisha akan disatukan secara sah sebagai suami isteri melalui ikatan akad nikah.
Majlis Bersanding Pengantin Diraja(14 Januari 2024)
Kedua mempelai diraja kemudian akan disandingkan di Istana Nurul Iman. Seterusnya, pasangan pengantin diraja itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.
Majlis Persantapan Diraja
Dalam pada itu, sebuah majlis santapan diraja turut diadakan sempena meraikan penyatuan kedua mempelai, kebiasaanya diadakan di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman.
Ads
Istiadat Doa Selamat & Menutup Gendang Jaga-jaga (16 Januari 2024)
Adat untuk menutup semua acara, dimulai dengan bacaan zikir, diikuti tembakan meriam kesultanan Brunei.
Adat ini juga diiringi Gendang Arak-Arakan, dan diakhiri dengan membokar dan membuka perhiasan.
Abdul Mateen, 33, merupakan anakanda ke-10 kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, hasil perkahwinan bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Beliau adalah keenam dalam giliran pewaris takhta dan sering dilihat mengiringi ayahandanya ketika lawatan rasmi ke luar negara
Dayang Anisha pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sakit belakang merupakan antara salah satu penyakit yang tidak asing lagi terutamanya bagi golongan yang sudah meningkat usia. Kebiasaannya, orang yang selalu mengangkat barangan yang berat dan orang yang kurang bersenam akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
Majoriti orang akan mendapat penyakit ini walaupun hanya sekali. Jadi tidak perlulah terlalu bimbang dan risau sekiranya anda tiba-tiba merasakan sakit belakang, terutama kepada yang masih belum pernah merasakannya.
SAKIT BELAKANG BOLEH DISEBABKAN OLEH 3 PERKARA, IAITU PENYAKIT YANG DIHIDAPI OLEH BELAKANG BADAN, MASALAH SAKIT PUAN, DAN FAKTOR DARI BAHAGIAN BADAN YANG LAIN.
Secara terperinci ia akan dinyatakan seperti apa yang tertera di bawah:
Punca 1 : Masalah Pergerakan
Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda boleh merasakan kesakitan apabila setiap kali anda melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.
Pergerakan tersebut boleh merangkumi sebarang jenis termasuk semasa anda membongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya. Kebiasannya masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh tulang belakang anda yang dijangka sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.
Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambungkan tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibeliti. Hal ini boleh membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan sebarang pergerakan yang berat dan kuat.
Punca 2 : Kecederaan
Kecederaan yang berlaku pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah juga berpotensi untuk menyebabkan sakit belakang sama ada ia hanyalah bersifat sementara ataupun kronik.
Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau diangkat secara tidak wajar. Vertebra yang patah sering daripada penyakit osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan kelemahan pada tulang poros. Jarang sekali, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.
Punca 3 : Penyakit
Terdapat juga banyak masalah medikal yang dikatakan boleh menyebabkan atau menyumbang kepada terjadinya masalah sakit belakang.
Masalah vertebrata selalunya berlaku apabila pesakit tersebut mempunyai masalah osteoporosis, (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh). Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, namun ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.
Namun, sakit belakang adalah sangat jarang berlaku jika disebabkan oleh akibat jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak beberapa minggu lalu, tanda pagar #GengSubuhMacamJumaat semakin kerap digunakan di media sosial.
Perkara ini bermula apabila selebriti, Alif Satar menyeru para pengikut media sosialnya untuk hadir menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid agar.
Selain untuk mengimarahkan masjid seperti tiap kali solat Jumaat, ia juga bertujuan untuk membina rutin hidup yang berkualiti di kalangan umat Islam terutamanya lelaki.
Meninjau ke laman Instagram Alif, dia dilihat sering memuat naik video rutin hariannya bersenam di awal pagi.
Kira-kira dua minggu lalu, Alif memuat naik sekeping gambar suasana di sebuah masjid dengan kapsyen yang mengajak orang ramai untuk mendirikan solat Subuh berjemaah di masjid dahulu sebelum memulakan aktiviti senaman pagi.
Pelawaan penyanyi lagu “Lelaki Seperti Aku” itu disambut baik oleh warga maya lalu bermulalah trend #GengSubuhMacamJumaat di media sosial.
Foto: Tangkap layar hantaran di laman Instagram @alifsatar.
Dengan bermulanya trend itu, Alif dilihat kerap berkongsikan pengalamannya sendiri hadir ke masjid pada waktu Subuh.
Antaranya, dia dan para jemaah yang hadir berpeluang untuk bersama-sama menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak masjid.
Foto: Tangkap layar hantaran di laman Instagram @alifsatar.Foto: Tangkap layar hantaran di laman Instagram @alifsatar.
Macam Mana Nak Menang Kalau Takut Mengantuk?
Menerusi satu hantaran video berasingan, Alif turut berkongsikan satu perkara yang dipelajarinya di sebuah kelas agama.
“Selagi tak ramai dekat masjid waktu Subuh sama macam solat Jumaat, dia orang (musuh Islam) ni tak takut,” kata Alif memetik kata-kata guru di kelas berkenaan.
Ketika guru berkenaan bertanyakan kembali kepada hadirin berapa ramai di antara mereka yang menunaikan solat Subuh di masjid, ramai di antara mereka yang menjawab tidak mampu berbuat demikian kerana bimbang akan mengantuk sepanjang hari.
“Macam mana nak menang? Macam mana kau kata kau berani mati nak tolong orang dekat sana (Palestin)? Kau mengantuk pun kau takut,” jawab guru berkenaan menurut Alif.
Oleh itu, Alif mengajak orang ramai untuk memulakan rutin harian dengan bersolat Subuh di masjid dahulu.
“Maybe korang yang dah follow Alif punya jadual, mungkin kita change sikit.
“5.30 (pagi) kita bangun, kita pergi berjemaah Subuh dekat masjid. Lepas tu nak hantar anak pergi sekolah ke, nak pergi running ke, nak pergi kerja ke, you come straight from the mosque.
“So Alif pun perlahan-perlahan nak try, so I hope you come and join me,” tambahnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Biasanya selepas kita makan sesuatu yang sedap seperti tempoyak atau gulai, pasti tangan berbau. Puas basuh guna sabun, baunya tetap ada. Takkan nak makan guna sudu kan? Tak feel rasa makanan tu. Ada antara kita yang membersihkan tangan dengan sabun, kemudian oles pula losen untuk menghilangkan bau hamis itu. Masih juga sama, kesan bau itu tetap bersisa.
Maskulin kongsikan dengan anda 5 bahan natural yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau tidak enak itu.
1. GULA Ambil satu sudu teh gula dan gosokkan pada tangan selama 2-3 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Bukan saja bau hamis hilang, bahkan tangan tapak tangan juga akan terasa lebih lembut. 2. LIMAU Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.
3. CUKA Gunakan hanya 1-2 sudu besar cuka dan gosok pada tangan. Urut lembut tangan dan kemudian dibilas. Selepas itu, cucilah tangan dengan sabun seperti biasa.
4. GARAM Sama seperti gula, ambil sedikit garam dan gosokkan pada tangan umpama menggunakan skrub. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air.
5. DAUN SELASIH Basahkan sedikit tangan dan gosokkan daun selasih pada tangan. Pastikan setiap bahagian yang hendak dibersihkan digosok dengan daun selasih. Selepas itu, bolehlah dibersihkan dengan air.
Mudah kan? Selepas ini, jangan tahan diri jika mahu makan makanan kegemaran anda hanya kerana ia berbau. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.