Penampilan lelaki sering kali diukur bukan hanya melalui gaya berpakaian, tetapi juga potongan rambut yang dipilih. Memiliki gaya potongan rambut yang sesuai adalah elemen penting dalam menonjolkan keperibadian seorang lelaki.
Selain itu, potongan rambut yang sesuai boleh membantu menyerlahkan bentuk wajah dan gaya hidup seseorang.
Sepanjang tahun 2024, apa yang MASKULIN boleh lihat adalah trend rambut lelaki lebih fokus kepada penampilan yang kemas tetapi tetap moden, dengan elemen minimalis yang menyegarkan.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 potongan rambut yang trending sepanjang tahun ini. Rugi kalau anda tak cuba salah satu potongan ini!
Gaya potongan rambut ini sentiasa menjadi pilihan popular bagi lelaki yang mengutamakan keselesaan dan kesederhanaan. Dengan potongan rambut yang sangat pendek, buzz cut mudah diselenggara dan memberi wajah yang lebih tegas. Sesuai untuk lelaki dengan bentuk muka bujur atau bulat.
Potongan rambut French Crop yang menampilkan bahagian sisi yang pendek dan rambut di atas yang lebih panjang memberikan sentuhan gaya klasik tetapi moden. Ini adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan gaya mudah tetapi bergaya, terutama bagi lelaki yang mahukan penampilan yang lebih profesional.
Taper Fade adalah pilihan versatile yang menawarkan peralihan halus daripada rambut panjang di atas kepala kepada rambut yang semakin pendek di sisi. Ia memberi kesan kemas dan sesuai untuk lelaki yang inginkan potongan yang elegan tetapi tidak terlalu mencolok.
Quiff masih mengekalkan popularitinya pada 2024. Namun, versi terbaru potongan ini lebih bertekstur dengan menggunakan produk rambut untuk mencipta gaya lebih bersahaja. Gaya ini sesuai untuk lelaki yang suka bereksperimen dengan volum rambut mereka.
Undercut yang disisir ke belakang dengan kemas adalah gaya yang memancarkan keyakinan dan keanggunan. Potongan ini sesuai untuk acara formal atau lelaki yang inginkan gaya profesional tetapi tidak mahu kelihatan terlalu konvensional.
Potongan ini mengimbangi gaya yang kemas dan praktikal. Crew Cut mempunyai rambut pendek di bahagian atas, dan ia kelihatan rapi tanpa memerlukan banyak penjagaan. Gaya ini juga sering dilihat pada lelaki dengan gaya hidup aktif.
Pompadour yang ikonik masih relevan pada 2024, tetapi versi moden lebih minimalis dan tidak terlalu besar. Gaya ini melibatkan rambut yang diangkat dan disikat ke belakang, memberikan efek klasik dengan sentuhan kontemporari.
Dikenali sebagai gaya yang popular di kalangan tentera, High and Tight adalah potongan yang mudah dan maskulin. Dengan bahagian sisi yang sangat pendek dan rambut sedikit lebih panjang di atas, potongan ini memberikan kesan kemas dan praktikal.
Gaya rambut yang pernah popular pada tahun 90-an ini kembali pada 2024 dengan sentuhan moden. Curtains dengan rambut yang dibelah di tengah dan panjang di sisi memberikan gaya kasual yang menarik, sesuai untuk lelaki yang berjiwa muda.
Bagi lelaki yang mempunyai jambang atau misai, potongan rambut Fade dengan kombinasi jambang yang rapi menjadi pilihan utama. Gaya ini menyerlahkan kontur muka dengan potongan yang lancar dan memberi penampilan yang lebih maskulin dan matang.
BACA: BACA: 25 Idea Gaya Potongan Rambut Lelaki Terkini, Pasti Tampil Lebih Kacak
Memilih potongan rambut yang tepat bukan sekadar soal fesyen, tetapi ia mencerminkan keperibadian dan gaya hidup seseorang.
Dengan pelbagai pilihan yang trending sepanjang tahun 2024, lelaki boleh bereksperimen dengan gaya yang sesuai dengan bentuk muka, keperluan, dan penampilan yang ingin ditonjolkan.
Sama ada anda lebih menyukai gaya yang klasik, kasual, atau eksentrik, yang penting adalah memastikan rambut anda kelihatan sihat dan dijaga rapi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.