Jika anda aktif menggunakan laman media sosial dalam tempoh seminggu kebelakangan ini pastinya tidak akan dapat mengelak terbaca atau melihat poster tentang drama bersiri thriller Korea yang ditayangkan di Netflix berjudul, ‘Squid Game’.
Drama bersiri tersebut yang ditayangkan di Netflix kini menjadi di antara bahan tontonan paling diperkatakan bukan sahja di negara kita malah di peringkat global.
Sarat dengan aksi serta jalan cerit yang penuh drama menjadikan ‘Squid Game’ sebagai antara drama bersiri paling diperkatakan sepanjang tahun 2021. Drama thriller sebanyak sembilan episod tersebut mengisahkan sekumpulan manusia yang sanggup menggadaikan nyawa bermain permainan survival misteri demi memenangi wang tunai yang sangat lumayan.
Ia menjadi lebih menarik kerana drama ini mengetegahkan sisi moral manusia serta kesanggupan melakukana apa sahaja untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan juga masalah kewangan.
Sudahkah anda menonton drama sensasi ini? Ikuti fakta trivia menarik di sebalik ‘Squid Game’.
‘Squid Game’ bukanlah siri yang menyentuh tentang permainan survival semata. Malah pengarahnya, Hwang Dong Hyuk tidak lupa untuk menampilkan pelbagai genre bagi memberikan kepuasan kepada penonton. Antara genre yang turut ditonjolkan ialah edgy thriller, seram dan juga koemdi ‘gelap’.
Pada asalnya drama bersiri ‘Squid Game’ diberi judul berbeza. Pada September 2019, Netflix mengumumkan mereka bakal mengeluarkan siri Korea terbaru berjudul ‘Round Six’ yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong Hyuk.
Walaupun ia sarat dengan aksi kejam dan penuh berdarah, ‘Squid Game’ menampilkan permainan tradisi atau popular kanak-kanak di Korea seperti ‘Mugunghwa has bloomed’ atau lebih kita kenali sebagai ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’.
Hwang Dong Hyuk turut menyatakan bahawa jalan cerita ‘Squid Game’ banyak diinpirasikan dari mnahwa (komik Korea) yang telah beliau baca.
Apa yang paling meonjol di dalam drama ini ialah warna uniform yang cukup berwarna-warni dan berbeza. Penggunaan warna adalah bertujuan sebagai simbolik memadamkan personaliti dan individualiti seseorang ketika dalam permainan.
Penggambaran ‘Squid Game’ terpaksa dihentikan pada Ogos 2020 disebabkan penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan. Namun kemudian disambung semula pada September 2020.
Di natara yang paling mengagumkan tentang ‘Squid Game’ ialah binaan set penggambarannya yang luar biasa besar dan kompleks. Ia dibina sendiri dengan saiz yang sangat besar seperti yang kita tonton menerusi trailer-nya. Pengarahnya, Hawang Dong Hyuk menjelaskan dia mahu menggunakan kesan CGI paling minima.
Seramai 456 orang pelakon utama dan tambahan telah mengambil bahagian di dalam penggambaran drama bersiri ini.