Tidak dinafikan individu hari ini memiliki banyak barangan peribadi yang perlu dibawa sewaktu keluar dari rumah.
Jika suatu masa dahulu, lelaki cuma mementingkan dompet yang mengandungi kad pengenalan dan wang sahaja.
Namun trend hari ini sudah bertukar menjadi sedikit rumit. Mahu atau tidak selain dompet, lelaki akan membawa telefon bimbit, power bank dan bermacam-macam lagi.
Sehubungan itu untuk mengelakkan lelaki keciciran barangan berharga, Maskulin nak cadangkan 10 clutch bag yang cool digayakan oleh lelaki secara santai :
Berdasarkan carian di beberapa portal jualan atas talian, kesemua clutch ini boleh didapati pada harga sekitar RM20 – RM100 bergantung kepada jenama.
Yang lagi berkualiti dan terbaik, sudah tentu harganya semakin mahal kerana jenama yang dibawa bersama demi kepuasan pengguna.
Dalam banyak-banyak gambar man clutch bag ini, ada tak yang seakan-akan milik anda? Kongsikan bersama kami!