Sejak puluhan tahun lamanya, kereta tidak lagi dianggap oleh penggemarnya sebagai kenderaan semata-mata. Malah tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa ia juga membawa simbol kejantanan, status serta jati personaliti seorang lekai.
Jadi tidak hairanlah penggemar kereta yang digelar sebagai kaki kereta lebih banyak menghabiskan masa dengan kenderaan kesayangan berbanding dengan isteri di rumah.
Bagi sesetengah orang terutamanya kaum wanita, mereka mungkin menganggap kereta itu hanyalah sejenis kenderaan yang mampu membantu membawa kita untuk bergerak dari poin A ke poin B.
Namun ia bukanlah semudah itu bagi seorang lelaki yang mempunyai kecintaan yang cukup luar biasa terhadap kenderaan empat roda milik mereka.
Malah dari segi sejarah, lelaki dan kereta merupakan dua elemen yang sentiasa berhubung kait sejak industri automotif diperkenalkan dalam peradaban dunia moden.
Tapi tak semua perkara yanag dilakukan atau dilalui oleh kaki kereta difahami ramai. Nak tahu betul atau tidak, rujuk 10 perkara di bawah yang hanya lelaki kaki kereta sahaja yang faham.
BERI NAMA
Percaya atau tidak itulah yang banyak dilakukan oleh kaki kereta. Mereka pasti memberikan nama panggilan atau samaran kepada kereta mereka. Malah siap ada jantina sama ada lelaki atau perempuan.
JOIN AUTOSHOW
Kalendar tahunan pastinya penuh dengan segala macam aktiviti autoshow yang wajib dihadiri oleh mereka. Setiap autoshow pasti menampilkan kelainan malah kalau bertuah dapat saksikan model kereta yang rare dan terkini.
KENAL BUNYI
Kaki kereta sejati mampu mengenal jenis kereta hanya dengan deruman enjin atau ekzos dari jauh. Bunyi Honda V-tech turbo? Itu hanya perkara mainan di telinga mereka.
BILA BERTEMU BONGGOL
Pernah tak anda berada di belakang kereta yang diubah suai bila melalui kawasan mempunyai banyak speed bump atau bonggol? Kalau tak ‘mengesot’ senget ke kanan atau kiri memang bukan kaki kereta. Disebabkan kereta lowered terlalu rendah ia dilakukan seperti itu untuk elak bahagian bawah diseret.
ADA JENAMA ATAU TEAM PILIHAN
Kereta Eropah, Jerman atau Jepun. Setiap kaki kereta pasti ada kecenderungan dan sebab masing-masing mengapa pilihan mereka adalah terbaik. Begitu juga dengan pasukan motorsport seperti F1 atau World Rally Championship.
JAGA BAGAI ANAK MANJA
Mencuci kereta hingga berkilat itu bukan lagi dianggap sebagai kerja membebankan. Setiap kali perlu mencucinya, mereka akan lakukan dengan cermat, tertib dan penuh berdedikasi.
MANUAL ONLY!
Bagi kaki kereta sejati, mereka tidak akan sekali-lagi menyebelahi golongan yang pro kereta automatik.
HARGAI SENI AUTOMOTIF
Bagi kaki kereta, semakin tua usia meningkat semakin cool mereka akan kelihatan. Apatah lagu jika berpeluang membawa kereta retro klasik yang mahal dan terhad di pasaran.
GEMAR FILEM ADA KERETA
Kalau setakat francais filem ‘Fast & Furious’ itu tidak mengherankan anda. Namun begitulah kuatnya pengaruh kereta terhadap mereka hinggalah menonton filem pun perlu ada babak menonjolkan aksi berkereta.
BAU PETROL
Ini bukanlah satu ketagihan. Tetapi lebih kepada bau yang membangkitkan keterujaan dalaman bagi seorang kaki kereta. Bau petrol sahaja membuatkan hati membuak-buat ingin menyaksikan deruman kereta manakah yang hebat.
https://www.youtube.com/watch?v=4TNLoxXce30&t=31s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI