Gaya Hidup

10 Ciri-Ciri Lelaki Takut Bini, Salah Satunya Banyak Alasan Bila Kawan Ajak Lepak

Share

Ada banyak sebab yang mungkin membuatkan seseorang lelaki merasa gentar atau takut kepada isteri. Kadang-kadang, ia berpunca dari masalah yang orang lain tak akan faham sepenuhnya. Tapi hakikatnya, suami tak patut takut pada isteri, sebaliknya perlu jadi seseorang yang memahami, penuh kasih sayang, dan bertanggungjawab.

Namun, ada juga lelaki yang takut bini atas alasan yang memang tak masuk akal. Jadi, MASKULIN kongsikan beberapa ciri lelaki yang takut bini. Rasa-rasa, ada tak ciri-ciri ni dalam diri anda?

TAKUT NAK KELUAR

Lelaki yang takut bini selalunya akan rasa serba salah bila nak keluar lepak dengan kawan-kawan.

Lebih teruk lagi, anda mungkin terpaksa minta ‘green light’ daripada isteri dulu sebelum melangkah keluar. Dan yang paling parah, bila dah keluar, telefon tak henti-henti bergetar sebab isteri asyik tanya “Kat mana?” dan minta update semasa. Pernah rasa macam ni?

JARANG KELUAR

Bila lelaki jarang keluar, perkara ni sebenarnya subjektif – ada lelaki yang memang suka habiskan masa hujung minggu dengan keluarga saja, dan itu tak salah. Tapi lain ceritanya kalau perubahan berlaku secara drastik selepas berkahwin. Sebelum kahwin, mungkin selalu keluar bersosial, tapi selepas kahwin, terus hilang dari radar rakan-rakan.

Ini selalunya jadi tanda jelas lelaki yang takut bini. Hubungan dengan kawan-kawan perlahan-lahan terputus, dan akhirnya, masa lapang hanya difokuskan untuk isteri, tak ada ruang langsung untuk diri sendiri atau teman-teman.

DUIT KENA KAWAL

Bila cakap pasal duit kena kawal, bukanlah bermaksud lelaki boleh belanja sesuka hati, berjoli sana-sini.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah setiap sen yang nak dibelanjakan, kena dapat kelulusan isteri dulu. Lebih parah lagi, ada yang sampai nak beli underwear pun kena minta izin isteri.

Situasi ini jelas menunjukkan betapa ketatnya pengawasan isteri terhadap kewangan suami, hingga suami rasa terkongkong dan hilang kebebasan untuk buat keputusan sendiri, walaupun untuk hal-hal kecil.

KONGSI AKAUN MEDIA SOSIAL

Memang betul, banyak kes kecurangan pasangan bermula dari media sosial. Namun, itu bukan alasan untuk tak ada privasi langsung dalam hubungan.

Berkongsi password dengan pasangan mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang, tapi bila sampai tahap kena kongsi akaun media sosial yang sama, itu dah melampau.

Setiap individu perlu ada ruang peribadi, dan berkongsi akaun yang sama bukanlah penyelesaian terbaik untuk membina kepercayaan. Hubungan yang sihat memerlukan keseimbangan antara kepercayaan dan privasi.

SPOT CHECK

Bagi lelaki yang takut bini, ‘spot check’ telefon pintar oleh isteri mungkin dah jadi rutin harian. Setiap mesej, gambar, atau aplikasi yang suami guna akan diperiksa dengan teliti.

Bukan setakat apa yang suami buat, tapi dengan siapa dia berinteraksi pun akan diintai. Dan ini bukan soal suami takut kena tangkap buat salah, tapi lebih kepada rasa tertekan kerana terpaksa berdepan dengan amarah isteri, yang kadang-kadang berpunca dari hal yang remeh.

Akhirnya, suami hidup dalam kebimbangan, bukan kerana salah, tapi kerana cuba elak daripada pertengkaran yang tak perlu.

TUKAR NAMA

Dalam usaha nak elak dimarahi atau dicurigai oleh isteri, ada suami yang sanggup tukar nama rakan-rakan perempuan dalam telefon kepada nama lelaki.

Contohnya, nama Farah ditukar jadi Faiz, walaupun sebenarnya mereka cuma rakan sekerja yang profesional.

Ini bukan sahaja meletihkan, malah menambah tekanan mental sebab terpaksa hidup dalam keadaan berahsia, walaupun tak buat salah apa-apa. Situasi macam ni mencerminkan betapa kuatnya rasa takut suami terhadap isteri, sampai perkara sekecil itu pun perlu disorokkan.

GELABAH BILA HANDPHONE MATI

Bagi suami yang takut bini, handphone dah jadi macam talian hayat. Setiap masa kena pastikan isteri tahu kat mana anda berada dan apa yang tengah dibuat.

Bila bateri handphone habis, mulalah rasa gelabah – seolah-olah dunia nak runtuh. Begitu juga kalau tiba-tiba berada di kawasan yang tak ada liputan, terus hati tak senang, sebab tahu yang isteri akan mula panik atau marah kalau tak dapat dihubungi.

Situasi ini bukan saja memenatkan fizikal, tapi mental pun turut terbeban, sebab terpaksa hidup dalam kawalan 24/7.

SELALU NAK CEPAT

Setiap kali keluar lepak dengan kawan-kawan, mesti rasa nak cepat balik. Baru duduk tak sampai sejam, tapi dah asyik tengok jam tangan setiap lima minit.

Sebab apa? Risau kena marah kalau lepak lama sangat. Jadi, walaupun niat nak bersantai dengan kawan-kawan, akhirnya masa lebih banyak dihabiskan dengan fikirkan masa nak balik, bukannya menikmati perbualan. Ini jelas tanda lelaki yang takut bini, sampai waktu santai pun tak boleh betul-betul relaks.

MENGELAK BILA KENA OUTSTATION

Bila dengar je perkataan outstation, terus rasa tak senang duduk. Padahal, ia sebahagian daripada tugas kerja yang perlu dijalankan. Tapi, apa yang bermain di fikiran ialah alasan apa nak beri pada isteri nanti.

Mesti banyak soalan yang akan keluar, seperti “Kenapa bukan orang lain yang pergi?”, “Kenapa kena lama sangat?”, atau “Kenapa awak tak tolak saja?”.

Situasi macam ni buatkan suami serba salah, sebab nak elak daripada berdepan dengan soalan-soalan yang penuh dengan syak wasangka, walaupun pergi atas urusan kerja. Akhirnya, kerja pun terganggu, sebab asyik fikirkan cara nak pujuk isteri.

BACA: Fattah Amin Muncul Dalam Video Terbaru Pak Mat Western, Raih 2.5 Juta Dalam Tempoh 13 Jam Dimuat Naik

FOBIA KEHILANGAN ISTERI

Ini mungkin sebab yang paling menyedihkan di kalangan lelaki yang takut bini. Mungkin dulu anda terpaksa berhempas-pulas untuk menawan hati isteri, sampai sanggup berjanji untuk ikut segala kemahuan dia.

Semua ni terjadi sebab anda terlalu takut kehilangan dia sebelum berkahwin. Namun, selepas berkahwin, ketakutan tu masih ada – malah, mungkin makin teruk bila sering diugut akan ditinggalkan.

Sebenarnya, hubungan macam ni tak sihat, dan ia perlukan bantuan pakar. Anda dan pasangan patut pertimbangkan untuk berjumpa kaunselor bagi memulihkan hubungan dan membina semula kepercayaan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim