Macam mana dengan keadaan trafik hari ini?
Anda pasti teruja nak pulang ke kampung halaman beraya bukan? Namun dalam keterujaan itu anda perlu sentiasa beringat.
Pada musim cuti perayaan kita akan tinggalkan rumah agak lama. Secara tak langsung ia boleh menjadi sasaran pencuri dan perompak. Akan tetapi jika kita ambil langkah berjaga-jaga kejadian yang tak diingini seperti itu dapat dielak.
MASKULIN sediakan 10 checklist yang anda boleh rujuk sebelum tinggalkan rumah. Periksa yang mana patut, cabut yang mana perlu. Sama-sama kita jaga keamanan kediaman bersama.
Jangan biar pintu ternganga begitu. Ini kerana kalau ada serangga atau binatang masuk pergerakan mereka terbatas di situ saja.
Anda balik jkampung bukannya sekejap. Jadi bayangkan kalau ada berlaku kebocoran. Walapun bocornya sedikit tapi musibahnya besar. Apatah lagi kalau kebocoran itu berlaku atas siling.
BACA: Tip Beli Baju Raya Last Minute, Boleh Jimat Berganda-Ganda!
Antara peranti elektrik yang perlu anda cabut plagnya ialah televisyen, komputer, seterika, periuk elektrik dan cerek. Tinggalkan yang penting terpasang sahaja seperti peti sejuk, penggera keselamatan dan akuarium. Selain itu anda juga dapat menjimatkan elektrik!
Pastikan juga ‘gas regulator’ dicabut daripada tong gas dapur anda. Sedikit kebocoran saja boleh jadi punca kebakaran dan letupan hanya dengan sedikit percikan api.
Bertujuan mengelakkan binatang dan serangga perosak yang bersarang di luar untuk masuk ke dalam rumah. Anda boleh guna kain percaa dan letakkan di ruang celahan pintu.
Ini muntuk mengelak bahana tikus! Binatang perosak itu boleh masuk ke dalam rumah menerusi lubang tandas.
Jangan lupa buang sampah. Kalau tak habislah penuh dengan ulat berengga tong sampah anda dan pastinya bau memang sangat busuk.
Sila cuci dan buang segala sisa makanan yang ada dalam sinki untuk mengelakkan tarikan serangga.
Paling elok anda gunalah lampu yang dikawal timer. Anda juga boleh nyalakan lampu ruang tamu atau bilik utama.
Bawa sekali gugusan kunci utama dan kunci pendua dan disimpan di oleh orang yang berlainan dan di tempat yang berasingan. Sebagai contoh, satu kunci kita simpan dan satu lagi amanahkan pada jiran. Maklumkan kepada jiran sekali berapa lama anda balik kampung.