10 Cara & Rahsia Pikat Hati Seorang Wanita Keras Kepala

1538

Ramai lelaki sebenarnya salah anggap dengan wanita yang mereka anggap keras kepala. Walhal mereka sebenarnya tidak tahu bagaimana cara untuk ambil hati dan memikat perasaan mereka.

Lain orang lain cara penerimaannya. Dan bukan semua wanita mudah tergoda dengan ketampanan wajah anda semata-mata. Terdapat pelbagai faktor lain lagi yang mereka lihat untuk terima anda atau tidak.

Malangnya apabila ditolak ramai lelaki mula naik angin dan menuduh wanita yang mereka ingin dekati itu sombong dan anggapnya keras kepala.

Jadi apa rahsia untuk memikat hati mereka? Mungkin anda boleh ikuti 10 rahsia di bawah!

YAKIN BUKAN ANGKUH 

Dalam dunia yang kita hidup sekarang manusia boleh mempunyai dua personaliti berbeza iaitu dalam dunia sebenar dan juga laman media sosial. Disebabkan itulah orang yang berdegar-degar hebat dalam dunia Internet tak semestinya dia mempunyai keberanian dan keyakinan sama dalam kehidupan sebenar. Dan anda juga jangan tersilap antara berkeyakinan dan angkuh, ia adalah dua perkara berbeza. Wanita memang tak suka lelaki angkuh dan bodoh sombong. Tetapi jika anda sentiasa yakin, itu sangat seksi di mata mereka.

SENTIASA JUJUR-SEJUJURNYA 

Pantang bagi wanita apabila anda menipu tetapi kemudiannya mereka dapat tahu. Kepercayaan itu merupakan antara asas utama hubungan. Kalau anda sejenis kaki temberang sampai bila-bila pun anda tak akan dapat pikat hati wanita. Jika dalam hubungan pus besar kemungkinan tak bertahan lama.

BACA: 10 Perfume Lelaki Bau Paling Tahan Lama Pilihan MASKULIN

HALA TUJU MASA DEPAN

Kalau wanita itu serius untuk jalinkan hubungan dengan anda pati dia akan melihat sama ada anda seorang yang komited dalam kerja dan mempunyaiperancangan masa depan. Seorang lelaki yang rajin bekerja adalah sangat menarik di mata wanita. Bagi mereka lelaki seperti ini mampu memberikan kestabilan dan keselamatan untuk jangka masa panjang.

HORMAT ORANG TUA

Anda mungkin tak perasan tapi wanita memang akan perhatikan bagaimana rekasi anda bila bersama dengan orang lebih tua. Itulah yang akan dinilai oleh mereka sebelum hati terbuka untuk membawa anda bertemu kedua orang tuanya. Kalau anda jenis tak pandai hormat orang tua jangan harapo dia akan terpikat.

BUKAN JENIS MEMBAWANG

Itilah ‘membawang’kini semakin berlesuasa apatah lagi dengan penyebaran gosip dan cerita peribadi orang lain makin mudah tersebar di laman media sosial. Anda sebagai lelaki usahkan beriya sangat terjerumus dalam aktiviti tak berfaedah seperti ini. Wanita memang tak suka lelaki yang menyibuk sangat hal orang lain.

PENDENGAR SETIA

Tatkala dirinya bersedih dia hanya mahu anda sebagai lelaki menjadi seorang pendengar yang setia.Wanita sentiasa memdambakan seseorang yang setiasa ada di sisinya tak kira semasa dia senang ataupun susah. Jadi untuk memikat hatinya anda harus berkorban masa dan tenaga untuk luangkan masa bersamanya.

KONGSI MASALAH

Wanita juga suka lelaki yang bersikap terbuka dan sanggup berkongsi apa sahaja. Ya, anda mungkin merasakan sedikit vulnerable bila bercakap soal peribadi dengan wanita kerana tak ingin kelihatan lemah. Tetapi ketahuilah wanita memang suka lelaki yang boleh berkongsi masalah dengan mereka.

SENTIASA ON TIME

“Sekejap i on the way”. Itu mungkin ayat yang sering kita dengar terutama daru mereka yang ada tabiat selalu lambat. Anda jika selalu lewat ia secara tak langsung menghantar bahawa si dia bukanlah penting sangat dalam hidup anda. Walaupun itu bukanlah yang anda maksudkan tetapi jika berkali-kali lewat itu menunjukkan anda tak serius dan tak ambil peduli pun. Lelaki yang on time juga membawa mesej bahawa dia seorang yang boleh melakukan apa-apa kerja dengan cepat.

BERKORBAN UNTUKNYA 

Ia bukanlah bermakna anda kerana berubah semata-mata kerana si dia. Tetapi apa salahnya jika anda ada effort untuk tinggalkan tabiat buruk untuk membuktikan anda seorang lelaki yang ada masa depan. Sebagai contoh jika anda seorang yang ketagih bermain video game hingga lewat pagi. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada karier tetapi hubungan anda juga.

PANDAI SELESAIKAN MASALAH

Lelaki yang pandai menyelesaikan masalah adalah lelaki yang sangat seksi bagi wanita. Selain boleh diharap, ini juga memberi mesej kepada mereka bahawa anda adalah lelaki yang mampu memberinya sekuriti, keselesaan dan kesenangan di masa akan datang.