Memang sedap kalau dapat ‘air-cond’ di tengah hari yang panas. Lagi-lagi kalau pasang air-cond dalam bilik tidur. Selain selesa, kalau waktu tengah malam memang tidur anda makin lena tanpa sebarang gangguan.
Namun tidak semua orang berkemampuan untuk memasang air-cond. Maklum sajalah, kalau dah pasang air-cond berjam-jam lamanya tentu saja bil elekrik pun akan melambung tinggi.
Jadi untuk anda yang nak menyejukkan rumah tanpa mengeluarkan wang banyak dan tak perlu pasang air-cond, ini ada triknya.
Bolehlah anda cuba 10 trik ini. Semoga bermanfaat.
BACA: Ini Caranya Orang Gaji Bawah RM2300 Nak Beli Rumah Pertama Tahun 2019!
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Kita sering tertanya-tanya kenapa bilik air sentiasa sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau lantainya selalu disirami dengan air. Jadi dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik anda akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam besen air tadi. Untuk kesan yang terbaik, gunakan besen air yang mempunyai permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Buat ais dalam plastik atau bekas dan letakkan dalam besen. Kemudian letakkan ia di tengah bilik betul-betul di bawah kipas. Kalau anda menggunakan kipas berdiri, letakkan ia di hadapan kipas. Rasanya ala-ala air-cond bila kipas tadi terkena hawa sejuk daripada ais ketul. Ini kerana kipas angin akan membuatkan udara yang bergerak merentasi wap air sekali gus dapat menyejukkan ruang. Cubalah, bukan susah pun nak buat ais ketul.
Udara panas dalam bilik boleh menyebabkan bilik anda rasa bahang dan panas. Untuk menyejukkan bilik, cuba halakan kipas berdiri ke arah tingkap buat seketika. Tujuannya supaya kipas tersebut dapat menyedut udara panas yang ada dalam bilik lalu menolak ia keluar bilik.
BACA: Tip Cuci Kipas Siling Dengan Cara Paling Mudah Tanpa Habuk Berselerak!
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan menyebabkan anda rasa berkuap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan semua udara panas yang berlegar-legar dalam bilik. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain pula iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring dengan lubang yang halus seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah kemasukan nyamuk ke dalam bilik.
Siling jenis ini lebih murah dan senang untuk diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman sejuk, alaskan dengan fiber wool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal, selain menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah dan bersuhu panas. Siling baharu eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
Anda disarankan untuk menggunakan ‘fluorescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu, ‘fluorescent bulb’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
BACA: Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Semak Kelayakan Nak Beli Rumah. Guna Online Saja!
Selain menjadikan ruang rumah kelihatan lebih segar dan menarik, pokok juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah pokok ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp., Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen daripada pokok ini dapat menyejukkan rumah.
Cat rumah mengunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
Awning dapat membantu mengurangkan pemanasan atap rumah dan melindungi rumah anda daripada cahaya matahari yang terlampau. Rumah akan rasa sejuk pada waktu ,alam jika di sebelah siang rumah anda tidak memerangkap haba yang banyak. Jika ada bajet lebih, pertimbangkan untuk memasang awning.
Jangan letak air-cond berhampiran dengan televisyen atau komputer anda. Ini kerana televisyen dan komputer mengeluarkan haba yang banyak, sekali gus membuatkan air-cond terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.