Tak mustahil orang gemuk boleh cepat kurus dalam masa sebulan jika anda ikuti panduan betul dalam misi menurunkan berat badan. Janji ada kesungguhan untuk anda berubah kepada fizikal yang lebih sihat dan mengagumkan.
Bukan lagi rahsia, 10 cara ini pasti boleh buat orang gemuk cepat kurus dalam masa sebulan. Apa agi, jom mulakan hari ini!
1. Minum air secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Minum 8 gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
2. Jangan lupa ambil suplemen kalsium
Kajian menunjukkan kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmeal.
3. Makan snek di antara waktu makan
Masukkan snek di antara waktu makan dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ini bermakna perut anda memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan mengambil makanan berlebihan pada waktu makan seterusnya.
Oleh itu pilihlah jenis snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan kering, biskut berfiber tinggi, yogurt dan kekacang. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga makanan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua hingga tiga snek sehari.
Ads
4. Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.
Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama! Pastikan anda cuba mengekalkan rutin tidur yang konsisten di mana waktu tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
5. Jangan stres
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi.
Ads
Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang dihadapi.
6. Dapatkan cahaya matahari yang cukup
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang.
Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit cahaya matahari, ia juga akan menaikkan kadar jantung anda dan anda dapat menghirup udara yang segar.
7. Buat senaman menggunakan pemberat
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%.
Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak.
Ads
Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
8. Vitamin C tingkatkan metabolisme
Suplemen vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
9. Ambil makanan pedas
Sekiranya anda suka mengambil makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin yang terkandung di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
10. Minum teh hijau atau teh oolong
Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penemuan terbaru menafikan keadaan mood tidak menentu ini berpunca dari hypolycemia semata-mata. Namun, baiknya, diagnosis terhadap hypoglycemia berpanjangan bermaksud ada ‘sesuatu’ yang bermasalah dalam badan. Jika hormon dalam badan anda ‘terlebih alert’, anda bakal menghadapi simptom yang merimaskan. Dan ini kebarangkalian bukan berpunca dari badan yang berpenyakit, namun lebih kepada tabiat pemakanan/diet anda.
1. Mulakan Dengan Sarapan pagi
Jika selama ini anda bersarapan dengan makanan segera yang menyebabkan peningkatan dan pengurangan gula mendadak, beralihlah kepada makanan berproten dengan sedikit lemak. Kedua-dua makanan ini mampu melambatkan penyerapan gula, lambat untuk dicerna.
Contoh: Jus dan telur putih (atau roti sarat dengan kekacang) dan mentega kacang.
Ideanya, anda mahukan makanan dengan kombinasa makanan yang melepaskan gula secara perlahan dan berpanjangan dalam badan.
2. Elakkan Menjadi Terlalu Lapar
Berlapar berpanjangan menyebabkan anda terlebih makan makanan manis (sesiapa ada coklat?). Dan jika anda terus tidak makan, anda akan terlebih makan pada sesi makan seterusnya kerana otak mengambil masa 20 minit lebih untuk menerima mesej bahawa anda sudah kenyang.
Untuk memproses makanan berlebihan ini, badan akan kurangkan fungsi kurang penting, tumpuan diberi bagi mencerna makanan. Tekanan darah menjadi rendah, degupan jantung bertukar perlahan begitu juga aktiviti mental.
3. Sila Makan Bagi Mengimbangi Senaman
Senaman bagus untuk kesihatan dan mood, namun senaman juga menyebabkan anda kekurangan gula jika anda tidak makan. Untuk mengelakkan masalah nin, makan sedikit (pisang contohnya) sebelum memulakan senaman. Juga minum ketika bersenam dan makan sedikit snek selepas peluh kering selepas bersenam.
4. Ketahui Jika Caffeine Adalah Penyebabnya
Caffeine dikesan sebagai punca sensitiviti badan terhadap keurangan gula (walaupun ada kajian lain juga menyatakan caffeine juga adalah punca kepada peningkatan gula). Mana-manapun, caffeine adalah punca kepada ketidakstabilan hormon, terlebih alert dll. Segera kurangkan pengambilan caffeine bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
5. Beri Perhatian
Jika anda rasa anda menghadapi simptom-simptom badan di luar keadaan normal, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika simptom yang dihadapi berlaku makin kerap anda mungkin:
(a) menderita perasaan takut
(b) berkemungkinan menghidapi penyakit serius hypoglycemia(barah rembesan insulin ataupun kanser adrenal).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun ada yang mengatakan ia agak sukar untuk turun berat badan sebanyak 38 Kg dari 120Kg ke 82Kg, namun bagi tuan punya badan, ia bukan suatu yang mustahil.
Turun berat badan, semua orang boleh buat, namun yang berbeza adalah usaha kita untuk menurunkannya yang membezakan kita dengan orang lain.
Bagi Syafiq Nazmi, dia mengganggap makanan diet bukan sebagai makanan untuk diet, dia berjaya mengubah mindset dengan mengambil makanan tersebut sebagai makanan harian.
Mengimbau semula kenangan lama ketika berbadan besar, dia dahulu merupakan seorang yang gemar makan tidak tentu serta makan 3-4 kali sehari dengan hidangan yang banyak tanpa kawalan.
‘Saya rasa tidak selesa kerana banyak baju saya tidak lagi muat’, ujar pelajar kolej ini yang mana dia katakan ini adalah antara sebab dia ingin berubah serta berusaha menurunkan berat badan.
Tip pemakanan
Masa yang sama dia turut berkongsi antara hidangan diet yang dia amalkan seperti pada waktu pagi, dia makan nasi lemak dengan kadar 600Cal, diikuti tengahari nasi putih 280cal ayam rebus 160cal dan akhir sekali pada waktu malam makan Bee hoon sup 160 cal.
Apabila bertanya tentang perubahan fizikal badan, dia menyatakan bahawa ‘Saya mengambil masa 3 bulan untuk nampak perubahan yang ketara’, katanya.
Rancangan senaman
Selain itu, dia juga turut memperbanyakkan senaman berbentuk kardio, serta merancang untuk mempunyai berat badan 76 Kg walaupun ketika ini dia sudah bersyukur dengan berat yang dia sudah capai.
Berdasarkan komitmen dan keyakinan tinggi, skuad ragbi tujuh sebelah negara bertekad menukar sasaran pingat perak ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada kilauan emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Ketua Jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, misi itu dapat dilaksanakan berdasarkan komitmen pemain dan prestasi semasa yang dipamerkan.
“MSN mensasarkan pingat perak di pentas Sukan SEA kali ini tapi kami bertekad melepasi jangkaan berdasarkan prestasi dipamerkan pemain sejak Januari lalu hingga kini.
“Pemain baharu yang dimasukkan membuktikan mereka mampu menyaingi pemain senior,” katanya pada sidang akhbar Team MAS di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Saizul Hafifi berkata, kehadiran enam muka baharu – Mohamad Khairul Abdillah Ramli (scrum half), Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (wing), Muhamad Firdaus Tarmizi (wing), Muhammad Siddiq Amir Jalil (prop), Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain (prop) dan Muhammad Zulhisham Rasli (prop) akan memberi nilai tambah kepada skuad sedia ada.
“Kami hanya mengekalkan enam pemain lama ketika di Sukan SEA Singapura lalu untuk kali ini. Saya percaya gandingan pemain senior dan baharu diserapkan ini mampu memberikan impak positif di Sukan SEA,” katanya.
Hadir sama pengurus pasukan, Amir Amri Mohamad dan dua pemain, kapten Zulkiflee Azmi dan Siddiq Amir.
Saizul Hafifi juga memaklumkan juara bertahan, Filipina, adalah pencabar utama kali ini kerana negara berkenaan menggunakan pemain naturalisasi.
Namun beliau optimis pemainnya akan memberikan aksi terbaik apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).