Memang sedap kalau dapat ‘air-cond’ di tengah hari yang panas. Lagi-lagi kalau air-cond tu dalam bilik dan rumah korang. Buat apa pun selesa, lagi-lagi tengah malam memang tido lena lah tanpa sebarang gangguan.
Bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat!
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak kat tengah bilik betul-cetul bawah kipas. Kalau kipas berdiri tu letakla depan kipas. Ala-ala alat pendingin hawa bila kipas tu angin dia kena hawa sejuk ais tu, nyaman je rasa. Sebab kipas angin akan membuatkan udara yang bergerak merentasi air mengewap dan dapat menyejukkan suasana. Cubala, bukan susah pun buat ais ketul tu.
Selalu rasa bilik rasa berkuap (rasa cam kepam). Rasa panas angin dalam bilik sebab udara panas tu berlegar dalam bilik je takde tempat nak keluar. Udara yang panas akan bergerak naik keatas, sebab kipas siling pusing cuma buat udara panas tu pusing-pusing dalam bilik je. Cuba halakan kipas berdiri tu ke arah tingkap sekejap. Tujuannya supaya kipas tu dapat sedut udara dalam bilik yang panas tu dan tolak ke luar bilik. Ha, bunyi cam prektikal kan? cer cuba tengok.
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok tu dapat menyejukkan rumah juga.
Cat rumah mengunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau. Jika rumah kita siang-siang tak memerangkap haba yang banyak, malam tu kita takkan rasa panas yang teramat. Jika ada bajet lebih, bolehla pertimbangkan pasang awning ni.
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.