Ramai yang suka pakai minyak wangi. Selain boleh menyerlahkan penampilan, memakai minyak wangi juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Tentu anda stres bila minyak wangi yang disembur pada waktu pagi semakin hilang menjelangnya tengah hari. Sebenarnya ada cara nak pastikan bau minyak wangi kekal lama.
Semburan di bahagian ini membuatkan bau minyak wangi kekal lama kerana kawasan ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah perpeluhan di kawasan ini juga akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai.
2. Pakai losen atau pelembap dahulu
Kajian menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering. Jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan losen atau pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyembur minyak wangi.
Ads
3. Sapu Vaseline pada nadi
Tip berkesan agar bau minyak wangi bertahan lama ialah dengan menyapu sedikit Vaseline terlebih dahulu pada nadi sebelum anda memakai minyak wangi.
Haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti baunya. Langkah sebaiknya anda simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap.
Ads
5. Elak gosok selepas sembur
Elak menggosok minyak wangi dengan tangan kerana perbuatan ini boleh merosakkan molekul wangian tersebut dan menyebabkan baunya jadi berbeza. Cara yang baik, semburkan minyak wangi pada jarak 4-6 inci dari kawasan sasaran. Elak sembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama atau panjang. Cukup hanya semburan ringan kerana ia akan menyebarkan bau yang sama rata pada tubuh anda.
6. Sembur pada sikat rambut
Jangan sembur minyak wangi pada rambut kerana kandungan alkoholnya boleh membuatkan rambut jadi kering. Sebaiknya, semburkan minyak wangi pada sikat dahulu sebelum anda menyikat rambut.
7. Pakai selepas mandi & sebelum pakai baju
Ads
Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau minyak wangi. Jadi pakailah minyak wangi selepas mandi dan sebelum anda memakai pakaian. Cara ini juga akan menghalang bau minyak wangi dari mengotori pakaian atau aksesori anda.
8. Sembur di kulit yang panas
Minyak wangi berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Selain di bahagian dada, anda juga boleh menyembur minyak wangi di belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, celah paha, belakang lutut dan pergelangan kaki untuk mengekalkan bau minyak wangi.
9. Jangan bazirkan titisan akhir
Langkah berjimat, anda boleh campurkan titisan akhir minyak wangi ke dalam losen badan anda. Ini akan membuatkan losen anda sentiasa wangi.
10. Elak goncang botol minyak wangi
Jangan goncang botol minyak wangi kerana cara ini akan membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti bauannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Putus cinta adalah satu pengalaman yang menyedihkan dan sukar untuk setiap pasangan. Siapa yang suka dengan perpisahan, kalau ia tidak melibatkan cinta, berpisah dengan keluarga kerana kerja atau kematian boleh menyebabkan seseorang itu kemurungan. Namun ini dinamakan lumrah manusia, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Jika sudah tiada persamaan dan tidak lagi sehaluan, lebih baik berpisah daripada menyiksa perasaan si dia. Namun, ayat-ayat putus ini paling sukar untuk diluahkan. Sedikit sebanyak ia menimbulkan ketidakpuashatian pasangan terhadap anda. Agama dan pakar sendiri menyarankan, jika sudah tiada jalan, maka lebih baik berpisah. Ia akan menyinggung perasaan pasangan jika salah menggunakan kata-kata.
Tindakan anda untuk meninggalkan pasangan dalam keadaan menyedihkan seperti lari dari masalah akan menimbulkan masalah lain pada masa hadapan. Kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan kan? Mungkin bekas teman wanita anda tu, merupakan bos baru anda, ataupun dia merupakan kakak sepupu jauh pasangan terkini anda? Untuk mengelakkan anda dipandang hina oleh bekas kekasih, kami sediakan beberapa tip untuk anda luahkan kata-kata perpisahan mengikut jumlah matang tempoh perkenalan anda dan pasangan.
Situasi: Tempoh baru beberapa hari berkenalan
Mungkin di sini, anda berdua masih belum memperoleh perasaan cinta antara satu sama lain. Maka, adakah perpisahan melalui mesej digalakkan? Tentulah! Ini kerana anda berdua tidak mengenali hati budi lagi. Untuk memutuskan hubungan, anda digalakkan untuk menghantar mesej kepada pasangan namun hendaklah secara sopan dan tersusun ayatnya.
Mungkin anda sedikit tertekan dengan ayat yang harus digunakan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Anda boleh gunakan ayat seperti:
“Hi Mia, I just nak cakap, keluar dengan you minggu lepas best sangat, and I happy sebab kenal dengan you. Tapi, I nak mintak maaf, I tak rasa yang kita boleh pergi jauh. Harap benda ni tak buat you sedih. Nothing personal pun, just I lebih selesa kalau kita jadi kawan pada masa akan datang. Take care.”
Tiada masalah pun dalam ayat ini. Beradap dan jelas. Daam konteks ini, anda tidak perlu menerangkan perasaan anda, kerana anda masih dalam fasa pengenalan. Di awal pengenalan, perasan manusia boleh berubah-ubah mengikut masa. Jadi para wanita dinasihatkan tidak terlalu beremosi dalam hal sebegini.
Situasi: Tempoh hubungan sudah capai dua hingga tiga bulan
Ini sedikit rumit dari mereka yang baru keluar sekali dua. Walaupun ia masih lagi di peringkat awal, namun ia boleh remukkan hati pasangan. Dalam tempoh sebulan dua ini, anda pasti sudah keluar makan bersama beberapa kali. Anda ambilnya dari tempat kerja, tengok wayang bersama, malah anda sudah mula mencuit hal peribadi. Untuk itu, wajar untuk anda bersemuka dengannya ataupun berbual melalui telefon. Jangan putus hubungan anda melalui khidmat pesanan ringkas.Anda digalakkan untuk menggunakan mukadimah untuk mula berbicara.
“Hai Mia, I dah fikir banyak kali benda ni, I tak nampak hala tuju kita berdua. I kurang pasti dengan masa depan kita. I mintak maaf dengan you sebab benda ni berakhir macam ni. You’re great, and you deserve to be with someone who is ready for a long-term relationship.”
Jika anda boleh duduk dan berhadapan dengannya, lebih baik. Jangan terlalu menyimpang, dan berbunga-bunga. Ini akan membuatkan wanita itu mula rimas. Pastikan maksud anda jelas supaya dia faham. Mungkin dia akan beri pendapatnya secara baik ataupun kasar (bergantung) namun, beri dia ruang dan masa sebelum anda tamatkan hubungan dengannya.
Situasi: Tempoh hubungan tiga bulan ke atas
Katakanlah anda sudah keluar dengan dia selama 6 bulan atau lebih, namun perasaan cinta tu masih sukar untuk di pupuk, ataupun anda tidak mahu sebarang komitmen, mahupun berpindah ke luar negara, dan putus merupakan jalan terbaik daripada hubungan jarak jauh. Apa pun alasan anda, perbincangan merupakan jalan yang terbaik untuk setiap pasangan. Rasanya tidak menjadi masalah untuk anda luangkan masa satu jam untuk berbincang secara baik setelah anda bawa si dia keluar selama ini kan?
Dalam fasa ini, anda tidak dapat meneka apa tindak balas mereka terhadap anda. Mungkin anda akan dimalukan di khalayak ramai. Ini kerana si dia tidak mengerti punca/ alasan anda ingin putuskan hubungan. Belum cuba belum tahu kan? Jadi pemilihan tempat untuk berpisah menjadi perkara utama dalam hal ini. Jangan pilih kawasan sesak. Pililh restoran yang tenang, dan kurang orang awam. Jadi, selepas anda keluarkan kata-kata putus, si dia tidak berasa terlalu hina dan bebas untuk meluahkan perasaannya.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan anda ingin putus dengan pasangan. Apa pun alasan anda, jangan pernah sekali sentuh isu sensitif ini! Ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Sebagai contoh:
Lelaki: Mia, rasanya tak ada jalan untuk kita berdua dah. I dah tak tertarik dengan you lagi
Wanita: Apa? Kenapa? Rupa I hodoh ke? Apa salah I? I tak cukup baik untuk you ke?
Lelaki: Jujur I katakan, Ya.
Wanita: *menjerit* siapa perempuan tu? Dia lagi cantik dari I ke? Dekat mana jumpa dia? Dah lama ke you curang ni? Bagitahu cepat! I ingatkan kita ada masa depan, rupanya you main kayu tiga belakang I!
Lelaki: *menjerit* Bukan! Bukan sebab tu! Boleh tak you dengar penjelasan I dulu!
Masalah tidak akan selesai jika anda berdua tidak berada dalam keadaan tenang. Anda perlu ingat, wanita cepat beremosi dan mereka gemar berfikiran luar dari kotak pemikiran lelaki. Ini memang akan terjadi. Anda dinasihatkan supaya tidak memberi alasan jujur bahawa anda sudah jemu dengannya.
Ini situasi yang sama, namun berbeza kata-kata:
Lelaki: Mia, ada benda yang I nak discuss dengan you.
Mia : Apa dia?
Lelaki: I dah fikir banyak kali benda ni. Pasal hubungan kita, lately ni I rasa lain antara kita. Dah tak macam dulu. I risau kalau I sakitkan hati you lebih dalam kalau I ignore perasaan ni. I tak rasa hubungan ni boleh pergi jauh.
Mia: ……
Lelaki: Maafkan I, benda ni pun susah untuk I. Bukan I tak cuba, I dah cuba. Susah untuk I lepaskan hubungan ni, tapi I rasa lebih baik kita berpisah.
Mia: Tapi kenapa? Sebelum ni ok je. Kenapa tiba-tiba ni?
Lelaki: I tahu. Sepatutnya I cakap benda ni awal-awal lagi. Untuk apa I teruskan tapi hati I tak boleh nak teruskan. Jangan fikir bukan-bukan. Jangan salahkan diri you. Ni antara I dengan perasaan I. Sorry sebab you terpaksa hadap benda ni.
Apa perbezaan dua perbincangan ini? Pertama, anda menggunakan perkataan maaf. Maaf sangat memberi impak besar dalam sesuatu perbincangan. Ramai yang tidak mahu menggunakan perkataan ini kerana ego dan mereka rasa maaf bukan isunya. Maaf di sini bukan bermaksud salah anda. Anda minta maaf dengannya kerana anda terlalu memikirkan tentang orang lain, dan anda sedang abaikan perasaan anda. Dalam erti kata lain, anda minta maaf pada diri anda sendiri.
Kedua, anda tidak pentingkan diri sendiri. Ia bukan suatu yang mudah untuk mengawal emosi ketika mengucapkan kata perpisahan. Sudah tentu ketika ini wanita akan menyalahkan anda, menuding jari tanpa henti. Anda masih punya hormat pada wanita tersebut walaupun emosii anda dalam keadaan panas. Ini bukan bermakna anda menipu diri sendiri. Tapi ia lebih kepada anda menjaga hati anda dan hati sesama manusia.
Paling penting, pendekatan ini tidak akan membolehkan pasangan rasa tidak puas hati. Anda menerangkan kepadanya ini semua sebab anda, salah anda. Pastinya si dia akan meletakkan semuanya kepada anda, dan ini akan mematikan hujahnya. Mungkin pada awalnya, si dia tidak boleh menerima hakikat. Beri mereka masa, kerana masa akan memulihkan segala-galanya.
Dan melalui itu, tahniah! Anda sudah kembali single. Sebelum anda mulakan hubungan baru, ambil masa untuk diri sendiri. Muhasabah diri agar anda tidak melakukan kesilapan yang sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bermula 30 Ogos 2019, peminat kugiran Oasis serta pengumpul koleksi terhad jenama Adidas boleh mendapatkan model kolaborasi Liam Gallagher X Adidas Spezial Padiham LG SPZL.
Ia boleh didapatkan secara atas talian serta hanya di jual di butik Adidas Orginals terpilih di Eropah. Selain itu, umum mengetahui Liam merupakan salah seorang pemuzik yang sangat dekat dengan jenama Adidas ini terutamanya untuk siri Spezial.
Untuk model ini, ia diinpirasikan daripada model vintaj adidas iaitu Padiham PSZL yang mana ia menjadikan model ini berbeza dengan model Adidas yang lain. Apa yang menarik perhatian MASKULIN adalah terdapat gambar Liam Gallagher pada bahagian lidah kasut ini.
Kasut ini akan dilancarkan bersama album terbaru Liam, ‘Why Me? Why Not’. Sebagai permulaan, warna yang digunakan untuk koleksi terhad ini adalah warna krim suede bersama kemasan material kulit pada bahagian tali kasut.
Tahi lalat merupakan pertumbuhan bintik hitam pada kulit tak kira di mana saja. Kebanyakkan daripada mereka yang ingin melenyapkan tahi lalat memerlukan kos yang tinggi di pusat kecantikan atau di hospital sendiri. Setiap sorang pasti akan mempunyai 10 ke 40 tahi lalat pada badan, hidup ataupun tidak. Namun, ada beberapa cara tradisional yang anda boleh dapati di dalam dapur anda untuk membuang tahi lalat.
Bawang putih
Ada yang berpendapat bahawa bawang putih boleh menghilangkan tahi lalat pada kulit anda. Ini kerana bawang putih mengandungi enzim yang boleh membubarkan kluster sel yang menyebabkan tahi lalat.harus berhati-hati dalam menggosok bawang putih pada kulit anda, jika keterlaluan, ia akan menyebabkan kulit anda luka.
Campuran minyak Castor baking soda
Campurkan minyak Castor dan baking soda yang boleh membuang tahi lalat jika diamalkan selama beberapa minggu. Teori di sebalik ini adalah baking soda mengeringkan tahi lalat dan minyak kastor membantu melindungi kulit. Jadi ia akan hilang dengan senangnya.
Lodine
Anda boleh mendapatkan Iodine di farmasi dan lihatlah hasilnya selama beberapa minggu. Lodine boleh membakar kulit anda, jadi sebelum anda sapu di bahagian tahi lalat anda, sapu petroleum jelly untuk perlindungan kulit. Lodine merupakan toksik, jadi berhati-hati ketika menggunakannya. Jangan sekali-kali sapu pada kulit yang rosak.
Kentang
Kentang dianggap mempunyai kesan pemutihan semulajadi. Walaupun kentang tidak boleh mengeluarkan tahi lalat sepenuhnya, ia boleh membantu memudarkan tahi lalat jika diamalkan sepanjang masa.
Kulit Pisang
Kulit pisang mengandungi enzim dan asid tertentu yang sesetengah orang berfikir boleh membantu menghilangkan tahi lalat. Satu manfaat berpotensi menggunakan kulit pisang pada kulit ialah ia akan berfungsi sebagai pelembap.
Minyak kelapa
Minyak kelapa juga membantu kepada mereka yang ada masalah dengan kulit namun tiada kesahihan menunjukkan ia dapat membantu menghilangkan tahi lalat. Walau bagaimanapun, sesetengah orang percaya ia boleh mengurangkan saiz tahi lalat jika digunakan setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.