10 AYAT INI MEMANG BOLEH BUAT MAJIKAN ANDA MARAH, PASTIKAN ANDA BERHATI-HATI BILA NAK AJAK BOS ANDA BERBORAK!
1-“ Mustahil. Ini tidak boleh dilakukan.”
Antara ayat yang bukan menjadi kegemaran bos atau majikan. Ia tidak membawa sebarang usaha atau perubahan. Kecuali jika anda memberikan jalan penyelesaian atau alternatif lain adalah lebih baik dari berkata tanpa perlaksanaan.
2- “ Ini sahaja hasil terbaik yang mereka boleh lakukan?”
Apa sahaja maklum balas tentang majlis makan malam, pejabat atau komputer baharu akan memberikan laras indikasi kepada bos anda. Ia juga akan memperkecilkan usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu ayat di atas ini juga tidak harus diucapkan.
3- “Itu bukan masalah saya.”
Memang menjadi kebiasaan apabila sesuatu bantuan diperlukan maka seseorang harus dicari untuk tujuan itu. Mengapa tidak untuk sekali-sekala anda hulurkan pertolongan seadanya. Ini tidak bermakna setiap kali wajah anda akan menjadi pilihan untuk sesuatu yang bukan bidang tugasan anda. Tetapi ia lebih baik dari mengatakan
“ Itu bukan masalah saya.”
4- “Itu bukan bidang kerja saya.”
Memang ada kebenaran ayat ini. Tetapi harus juga diingat, kita juga sering melakukan sesuatu yang bukan kerja di pejabat seperti akses ke laman sosial, bergosip dan lain-lain yang bukan tugasan wajib anda di pejabat. Jadi, jika bos mahu anda melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan, janganlah berkata tidak. Anda seeloknya melakukan dengan hati yang tenang dan ikhlas.
5- “Penting sangatkah sehingga perlu saya habiskan tugasan ini?”
Soalan memainkan peranan penting dalam urusan tugasan anda di pejabat. Janganlah membuang masa dengan bertanyakan perkara yang tidak sepatutnya terutama kepada bos. Soalan seperti di atas perlu dielakkan kerana sudah pasti setiap tugasan itu penting. Bos juga tidak mahu anda membuang masa menghasilkan sesuatu kerja yang tidak betul. Apatah lagi dengan soalan-soalan yang akan menjadikan situasi lebih tegang.
6- “Itu tindakan tidak bijak.”
Ayat klise untuk cuba mengelakkan diri dari sebarang permasalahan. Melontarkannya di hadapan bos umpama satu celaan kepada pihak yang lain. Jadi, adakah orang itu tidak bijak atau anda yang kurang cerdik?
7- “Kita sepatutnya jadi rakan di Facebook”
Antara yang menjadi kegemaran ramai sekarang apabila sentiasa berhubung walau di mana anda berada sekalipun. Permintaan begini adakalanya membuatkan bos anda rasa tidak selesa dan sukar untuknya mengatakan ya atau tidak. Bukanlah anda tidak boleh berbual mesra ketika di pejabat atau majlis-majlis di pejabat. Tetapi tidak semua yang boleh dikongsi oleh bos dan anda.
8- “Saya pulang lewat semalam.”
Anda mungkin berbual dengan bos menyatakan pulang lewat malam atas urusan peribadi seperti bersosial dan sebagainya. Tapi pada bos ini juga sebagai ‘hint’ untuk anda kurang produktif pada hari itu. Kenyataan seperti itu juga akan membuatkan bos memikirkan anda tidak bijak untuk membahagikan masa antara kerjaya dan kehidupan peribadi.
9- “ Saya tidak dibayar cukup untuk ini.”
Hal gaji memang sesuatu yang cukup sensitif di mana-mana jabatan atau firma sekalipun. Ayat ini juga menjadi fobia untuk bos dengar dari mulut pekerjanya. 99% anda di kedudukan yang salah jika menyatakan ayat di atas. Mungkin anda hanya sesuai menceritakan hal gaji pada orang yang boleh dipercayai seperti bapa anda.
10- “ Leceh lah.”
Mengeluh dan kecewa antara ayat nombor 1 yang tidak perlu anda ungkapkan di hadapan bos. Ia umpama lagu yang menjengkelkan. Jika beberapa kali anda ungkapkan, maka bersedia untuk menerima surat tawaran berhenti kerja!