Beberapa hari lalu telah tular di laman media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang ahli politik mengedarkan bantuan makanan dalam bentuk seekor ikan kepada setiap rumah yang dikunjungi.
Apa yang hangat diperkatakan oleh warganet yang sesetengahnya berasa kurang senang kerana ikan yang diberikan itu adalah bantuan barang basah tanpa sebarang bekas atau plastik.
Malah ada yang mengatakan tindakan seperti itu seolah-olah kurang sopan dan menghina penerima bantuan. Selain itu, ada juga warganet yang membangkitkan soal kebersihan kerana pemberian barang basah seperti ikan mentah seperti itu tanpa ditutup bekas atau bungkusan yang elok.
Melihatkan situasi ini MASKULIN tertarik untuk berkongsi tentang adab dalam memberi sedekah. Pertama sekali MASKULIN memuji tindakan ahli politik itu kerana sekurang-kurangnya dia cakna dalam membantu orang ramai pada bulan Ramadan. Mungkin caranya sahaja sedikit tidak kena dan tidak disenangi oleh ramai.
Topik beradab dalam memberi sedekah ini pernah diulas oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid suatu ketika dahulu di laman Facebook kendaliannya yang kemudian turut dipaparkan di Sinarplus Sinar Harian.
Ads
Berikut 10 adab bersedekah yang perlu kita ambil tahu.
1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).
2. Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana ALLAH dan demi mendapatkan keredaan-NYA. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.
3. Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-KU dengan sesuatu yang lebih AKU sukai daripada apa – apa yang aku telah AKU wajibkan keatasnya..” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Ads
4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.
5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman ALLAH yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan ALLAH dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah ayat 60)
6. Bersedekah dengan harta yang halal – Ia adalah antara sebab sedekah tersebut diterima oleh ALLAH dan membuahkan hasil yang lebih banyak.
Ads
7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya. Sebagaimana firman ALLAH “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah ayat 264)
8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat ALLAH SWT ke atas dirinya kerana ALLAH memberikan rezeki yang lebih.
9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10. Jangan buruk siku – Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Hadis Riwayat Muslim).
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan juga follow TikTok MASKULIN ya!
Menurut satu kajian terbaharu, lelaki botak berisiko tinggi mengalami gejala yang lebih serius sekiranya dijangkiti COVID-19.
Ketua kajian yang dijalankan di Sepanyol mengatakan bahawa dia percaya bahawa lelaki yang berkepala botak adalah ‘penunjuk utama’ yang akan mengalami komplikasi setelah dijangkiti COVID-19.
Profesor Carlos Wambier dari Brown University Amerika Syarikat yang melakukan dua kajian di Sepanyol mendapati bahawa sebilangan besar lelaki dengan masalah botak dimasukkan ke hospital setelah positif COVID-19.
Kajian pertama mendapati 71 peratus daripada 41 pesakit yang dirawat akibat COVID-19 di Hospital Sepanyol adalah lelaki botak dalam lingkuan usia 31 tahun dan 53 peratus.
Kajian kedua yang diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Dermatology mendapati bahawa 79 peratus daripada 122 pesakit COVID-19 di Hospital Madrid adalah lelaki botak.
Para saintis berpendapat bahawa androgen iaitu hormon seks lelaki menyumbang pada keguguran rambut dan meningkatkan keupayaan COVID-19 untuk menyerang sel.
Ini bermaksud ubat penahan hormon berpotensi digunakan untuk memperlahankan jangkitan COVID-19, sekali gus memberi masa kepada pesakit untuk sembuh.
Profesor Wambier memberitahu The Telegraph bahawa beliau yakin androgen atau hormon lelaki merupakan pintu laluan untuk virus COVID-19 memasuki tubuh seseorang.
Ketua Bahagian Kanser Prostat UK, Karen Stalbow berpendapat bahawa lebih banyak bukti diperlukan sebelum ubat-ubatan tertentu digunakan untuk merawat COVID-19.
Sebelum ini orang tua-tua melarang untuk mandi di waktu malam. Mereka mengatakan perkara tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair. Masa berlalu pergi dan cerita-cerita yang mengatakan mandi malam penyebab kepada paru-paru air menjadi versi yang baharu.
Salah satu versi yang baharu adalah mereka mengatakan apabila waktu malam, liang roma akan terbuka dan ini akan menyebabkan air masuk ke dalam badan ketika mandi. Air yang berlebihan ini akan terkumpul di dalam paru-paru dan akhirnya menyebabkan paru-paru berair
Di sini kami ingin memberi tahu beberapa perkara tentang paru-paru berair:
Penggunaan istilah paru-paru berair sebagai istilah perubatan adalah tidak spesifik dan boleh mendatangkan kekeliruan. Kerana ia boleh membawa maksud kepada dua perkara iaitu samada Pleural effusion ataupun Pulmonary Edema dan kedua-dua penyaki ini adalah berbeza
Pleural Effusion
Perlu diketahui bahawa paru-paru dilindungi oleh dua lapisan pleural. Fungsi pleura ini untuk melindungi paru-paru malah mewujudkan ruang diantara pleura bahagian dalam dan luar. Ruang tersebut mempunyai sedikit cecair dan ia akan membenarkan pergerakan paru-paru untuk membesar dan mengecil.
Ruang inilah yang akan dipenuhi oleh cecair dan menyebabkan penyakit yang bernama pleural effusion.
Penyebab pleural effusion:
Kanser paru-paru
Jangkitan kuman paru-paru(penumonia)
Masalah lemah jantung
Kegagalan buah pinggang dan hati
Pulmonary edema
Di dalam paru-paru terdapatnya alveolar yang berfungsi sebagai tempat pertukaran oksigen. Ia seperti poket-poket kecil.
Jika air terkumpul disini, nama penyakit tersebut adalah Pulmonary edema. Penyebab kepada penyakit ini adalah lemah jantung, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan juga hati.
Betul ke mandi malam penyebab paru-paru berair?
Kita berbalik kepada mandi malam. Kena faham bahawa lapisan kulit merupakan lapisan yang tidak telap pada air dan liang roma tidak akan terbuka pada waktu malam. Oleh sebab itu, mandi waktu malam tidak akan menyebabkan air masuk ke dalam tubuh dan berkumpul di paru-paru.
Malah penyebab-penyebab penyakit-penyakit di atas langsung tiada kaitan dengan mandi malam
Kalaulah mandi pun berbahaya pada waktu malam, kita pun sepatutnya perlu melarang minum air kerana air lagi senang diserap oleh saluran pencernaan kita.
Kesimpulan:
Paru-paru berair bukanlah disebabkan mandi pada waktu malam. Ianya disebabkan penyakit-penyakit di atas.
Oleh itu, jika anda balik ke rumah dalam keadaan yang tidak selesa sebab berpeluh dan anda berkeinginan untuk mandi, dipersilakan. Tiada masalah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengguna tegar Uber sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada aplikasi tersebut dan beralih kepada Grab.
Kini Grab tampil secara rasmi mengumumkan penggabungan operasi dan platform Grab dan Uber di Malaysia.Penggabungan ini dilihat terhasil selepas pelaburan Softbank Group dari Jepun di dalam Uber, yang turut sama melabur di dalam pesaing Uber seperti Grab, Didi Chuxing di China dan Ola di India.
Bagi nasib kakitangan Uber pula, menurut dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri mereka akan diberi cuti bergaji selama tiga bulan dengan faedah perubatan percuma sementara Grab mengkaji peranan baharu yang sesuai untuk mereka.
Malah bagi meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab.
Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.
Selain itu, pihak Grab juga menjamin tidak menaikkan tambang kerana perjalanan ini menggunakan harga tambang dinamik.
Sumber : Mstar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.