Sudah banyak kita memperkatakan tentang plank. Buat anda yang masih sangsi tentang senaman ringkas tetapi memberi impak tinggi ini, plank merupakan senaman bodyweight yang telah diamalkan sejak sekkan lama oleh penggemar aktiviti kesihatan.
Tak dapat dinafikan ia merupakan sejenis senaman yang sangat ringkas dan tak memerlukan apa-apa bantuan alat.
Berani MASKULIN katakan bahawa pnak adalah antara senaman yang PALING EFEKTIF wajib anda lakukan setiap hari. Mengapa? Kerana ia merupakan senaman ‘murah’ dan mampu memberikan hasil luar biasa kepada anda dalam jangka masa yang pendek.
TENAGA TERAS
Sebelum melakukan senaman plank anda terlebih dahulu perlu tahu tentang perlunya untuik kita melatih tenaga teras atau core strength.Ia sebenarnya berkait rapat dengan otot teras anda yang terletak di bahagian tengah badan.
Dan ia merupakan otot yang sering digunakan oleh kita dalam semua pergerakan. Ia juga merupakan otot yang menyambungkan kesemua tangan dan kaki, jadi ia mempunyai fungsi yang sangat penting.
Jika anda melakukan plank setiap hari, ini 7 perkara hebat yang akan berlaku!
Ads
1. Meningkatkan Kekuatan Teras Badan
Plank merupakan senaman ideal untuk anda memperkuatkan otot abdomen dan ia sekali gus menstabilkan kekuatan teras badan. Antara otot yang diperkuatkan di bahagian abdomen ialah tranverse abdominus, rectus abdominus, external oblique muscles dan glutes.
2. Merendahkan Risiko Kecederaan Belakang
Senaman plank juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang. Ia menguatkan otot badan sekali gus bahagian tulang belakang dan pinggul juga boleh dilindungi daripada kecederaan luar. Menurut American Council on Exercise, melakukan plank setiap hari bukan sahaja boleh mengurangkan sakit belakang malah ia memberikan sokongan kuat kepada bahagian tersebut.
Ramai orang yang mengambil remeh akan postur badan. Tahukah anda postur badan ketika anda berditri merupakabn salah satu first impression kepada orang lain. Selain itu, kedudukan postur yang betul juga boleh memastikan tulang dan sendi anda lebih sihat. Ia juga mengurankan tekanan yang tak elok kepada badan anda.
4. Meningkatkan Metabolisme
Jika anda melakukan plank setiap hari pastinya merasa perubahan dalam masa singkat. Otot yang anda bina dengan melakukan plank memastikan segala kalori yang anda makan dapat dibakar dengan sempurna. Melakukan plank kira-kira 2 ke 10 minit sehari mampu meningkatkan kadar metabolisme anda!
Ads
5. Keseimbangan Lebih Sempurna
Pernahkah anda cuba berdirui dengan sebelah kaki? Jika anda tak dapat lakukannya lebih daripada 10 saat itu bermakna keseimbangan badan anda lemah. Jadi bagaimana untuk meningkatkan keseimbangan badan? Lakukan sahaja plank setiap hari. Ia akan melatih otot abdomen untuk memberi sokongan keseimbangan semasa anda berdiri.
6. Lebih Fleksibel
Selain memberi kekuatan otot abdomen dan badan, plank juga meningkatkan kemampuan fleksibiliti badan anda. Antara bahagian badan anda yang akan menjadi lebih felsksibel ialah bahu, tulang kipasdan tulang selangka. Manakala aktviti regangan semasa plank boleh meningkatkan flesibiliti bahagian kaki, peha dan juga badan.
7. Kesihatan Mental
Plan juga memberikan kesan secara tak langsung kepada sistem saraf. Dengan kesihatan sistem saraf yang baik, ia boleh meningkatkan kesihatan mental dan melegakan sebarang tekanan sama ada fizikal dan mental. Senaman plank juga mempunyai elemen ‘bertafakur’ yang boleh menenangkan fikiran anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siku yang berkerak dan hitam bukanlah penyakit yang kronik yang mampu meragut nyawa kamu pun tapi ia mampu mengurangkan keyakinan diri seseorang lelaki.
Malu nak pakai baju lengan pendek, sebab lengan hitam, berkerak dan rakan mula melihat dan tertawa. Jangan gusar lakukan empat ramuan istimewa ini segera!
Jus Lemon/Limau
Jus lemon atau limau mengandungi asid sitrik yang merupakan satu ejen peluntur
Cara-caranya adalah:semulajadi (dan tidak bahaya). Oleh itu, anda boleh memanfaatkannya untuk tujuan menghilangkan kegelapan di siku anda.
Potong buah tersebut kepada duaPerah jus, sehingga anda mendapat dua belah yang hollow, ataupun berbentuk “cawan”
Gosok buah tersebut pada siku anda.
Biarkannya selama 3 jam
Kemudian, bilas siku anda dengan air suam. Anda boleh juga melembapkan siku anda dengan pelembap kegemaran anda.
Ulangi langkah tersebut setiap hari sehingga warna gelap itu berkurangan. Anda boleh mendapat hasil selepas beberapa minggu mengamalkannya.
Cara ini juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan anda, tidak semesti siku dan lutut sahaja.
Buat Pes Dengan Susu & Baking Soda
Cara remedi membantu anda mencerahkan siku dengan bantuan asid laktik di dalam susu – mengurangkan pigmentasi kulit. Manakala baking soda boleh exfoliate sel kulit mati.
Cara-cara adalah:
Campurkan susu dengan baking soda sehingga menjadi satu pes
Sapukannya pada siku anda dan gosok secara perlahan-lahan.
Amalkannya sehingga anda mendapat hasil yang mahukan.
Campurkan Yogurt & Cuka
Kombinasi ini mengandungi asid laktik dan asid asetik yang mana boleh membantu mencerahkan tona kulit.
Cara-caranya adalah:
Campurkan satu sudu teh yogurt dengan satu sudu teh cuka.Gaulkan sehingga menjadi pes.
Sapukannya pada siku, dan gosok dalam bulatan. Biarkannya selama 20 minit.
Bilas, kemudian lembapkan dengan pelembap kegemaran.
Campuran Jus Lemon & Yogurt
Jika ingin menggunakan remedi ini, anda dikehendaki membersihkan sebarang kotoran pada siku anda sebelum menyapunya. Gunakan tangan anda yang bersih, ambil sedikit pes campuran tersebut dan sapu pada bahagian berkenaan. Biarkannya selama 20 minit sehingga ia kering. Kemudian, bilas dan basuh dengan sabun.
SUMBER : PANDUAN SAYA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk mendapatkan lower abs dan adonis belt yang cantik persis model adalah idaman semua lelaki. Bayangkan dengan perut six pack, ia pasti kelihatan sempurna di mata anda bukan?
Kali ini Jordan Yeoh tunjukkan beberapa gerakan dan senaman untuk anda yang mengidamkan garisan lurus ini.
Okay, tidak perlu membuang masa. Jom ikuti video senaman miliki adonis belt yang dikongsikan Jordan Yeoh ini.
Duduk lurus dengan tapak tangan lurus terus ke lantai. Perlahan-lahan tangan dan kaki (sebelah kanan) dibengkokan untuk menanpung berat badan sementara kaki kiri diluruskan selari dengan pinggul ke hujung kaki. Kemudian angkat kaki kiri hingga tegak ke atas. Ulang sehingga 8 kali untuk setiap kaki kiri dan kanan.
#2: Dynamic Plank
Kedudukan sama seperti plank, Cuma bezanya angkat kaki kiri, temukan lutut ke pinggang dan bawa lutut anda ke dalam pinggang. Kemudian ulang langkah yang sama dengan menggunakan kaki kanan pula. Ulang sehingga 10 kali untuk setiap setiap kaki kiri dan kanan.
#3: Flutter Kicks
Duduk tegak dan angkat kaki ke atas (30 darjah) kemudian ambil kaki kanan dan naikkan kaki tersebuta dalam masa yang sama turunkan kaki kiri seperti gerakan ‘cincang’. Ulang sehingga 30 kali.
#4: Lateral Knee To Elbow
Mengiring dan tahan berat badan dengan lengan dan kaki. Angkat badan dan bawa lutut kiri bertemu dengan siku tangan kanan. Ulang sehingga 10 kali untuk setiap setiap kaki kiri dan kanan.
#5: Knee Tuck Twist
Duduk dengan angkat kaki anda (20 darjah) dan pusingkan pinggang ke kiri dan kanan anda. Lakukan lima kali pusingan untuk kiraan satu. Setelah itu bawa peha anda rapat ke dada dan kemudian Kembali ke posisi asal, ulang beberapa kali step tersebut. Ulang sehingga 5 kali (20 kali pusingan).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sakit-sakit badan merupakan asas kepada kehidupan, tambahan lagi bila anda kerap bersenam. Mungkin anda pernah dengar tentang Pigeon Pose yang selalu digunakan di dalam yoga dan Pilates. Tahukah anda bahawa pposisi ini sesuai untuk dipakai oleh semua orang termasuk abam sado? Barulah badan tak sakit-sakit bila bersenam dengan besi.
Banyak manfaatnya jika anda lakukan senaman ini. Apa yang anda perlu buat adalah:
Mulakan dengan kedudukan seperti anda melutut, kemudian anda bersila dengan membiarkan kedududukan kaki kiri anda berada dalam posisi bersila. Silangkan kaki kiri dan letakkan di hadapan lutut kanan.
Turun perlahan-lahan dan meregangkan kaki kanan terus ke belakang. Letakkan bantal di bawah pinggul jika anda risau pinggul anda akan sakit.
Untuk menyelaraskan pinggul, serongkanbahagian kanan dada sedikit ke kiri, dan kemudian menurunkan dada ke kaki kiri. Siku harus diselaraskan di bawah bahu.
Letakkan siku di hadapan lutut kiri atau turunkan badan lebih rendahlagi jika pinggul masih dalam keadaan terkawal. Panjangkan lengan di lantai jika perlu.
Kekal di zon selesa sambil merasakan peregangan yang baik di pinggul kiri.
Luruskankedua-dua tangan di bawah bahu, dan angkat bahagian atas badan sambil menekan ke lantai, membawa dada seperti merpati dengan
Bawalutut kanan atau shinbone untuk kehadapan kaki kiri, luruskan kaki dan renggang kaki anda beberapa kali untuk keselesaan.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...