WARDROBE, jenama eksklusif tempatan yang terkenal dengan penghasilan pakaian bespoke lelaki pada baru-baru ini telah melancarkan koleksi terbaru mereka yang cukup hebat.
Koleksi yang dikenali sebagai Capsule Collection 2019 itu telah dilancarkan dengan menampiljan 10 gaya terkini yang merangkumi 5 koleksi daripada lounge suit untuk lelaki. Gaya koleksi menampilkan lounge suit pelbagai fungsi sesuai untuk untuk urusan formal hingglah jaket sporty bagi penampilkan kasual kemas.
Lim Fong Heng, Ketua Pegawai Eksekutif WARDROBE Malaysia.
“Ini merupakan koleksi gaya yang wajib dimiliki oleh setiap lelaki untuk penampilan yang bergaya. Penampilan kasual kemas ada ketikanya sesuai digayakan tetapi bila bercakap tentang gaya foolproof ia adalah satu gaya sesuai sepanjang zaman dengan perincian jahitan amat penting sekali,” jelas Lim Fang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif WARDROBE.
WARDORBE Capsule Collection merupakan rujukan penampilan yang dikategorikan kepada 5 gaya berbeza yang diperlukan oleh setiap lelaki.
Pada pelancarannya, Lounge Suit diperkenalkan dahulu dengan menampilkan sisi ahli perniagaan dengan suntikan elegan. Ia menampilkan jaket dan seluar yang mempunyai warna sama serta fabrik bercorak sama.
Digayakan bersama kemeja dan tali keher, lounge suit ini biasanya digayakan oleh eksekutif, ahli perniagaan untuk majlis formal.
Ads
Koleksi lounge suit turut menawarkan waistcoat atau vest yang dipadankan dengan sut tersebut. Antara variasi lain lounge suit ialah double-breated suit.
Selain itu WARDROBE turut menampilkan Day Suit, The Blazer, Sports Jacket, Tuxedo dan Dinner Jacket menerusi koleksi yang cukup bervariasi.
Dengan 10 jenis looks berbeza, koleksi terbaru WARDROBE ini semestinya menjadi pilihan buat lelaki gentlemen yang inginkan gaya eksklusif, mewah, sofitikated dan sesuai untuk pelbagai jenis majlis atau acara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun lelaki tidak secerewet wanita dalam soal berpakaian, namun jangan sampai anda mengetepikan soal gaya sehingga membiarkan kesilapan fesyen ini menjadi habit dalam diri anda.
Ini kerana penampilan yang kemas melambangkan keperibadian diri lelaki. Jadi, jangan ‘tangkap muat’ apa sahaja fesyen yang anda suka tanpa memikirkan sama ada gaya yang anda pakai itu betul atau tidak.
Bukan apa, bimbang jika cara berpakaian itu menampakkan anda seorang yang pelik di mata orang lain.
Oleh itu, cuba semak kesilapan-kesilapan berfesyen ini. Jangan ulangi dan jadikan habit jika ada di antaranya yang pernah anda buat.
1. Pakai tali leher pendek
Selain jenis tali leher, kepanjangannya juga perlu diambil kira. Jangan pakai tali leher sekejap panjang dan sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher anda ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
2. Pakai lengan baju yang menutupi jam tangan
Bagi lelaki yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
3. Pakai baju berkedut-kedut
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
4. Pakai t-shirt berlengan besar dan labuh
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki, lebih baik anda memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja. Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
5. Pakai tali pinggang dan suspenders serentak
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders serentak kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi, pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
6. Salah ketika butangkan blazer atau kot
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
7. Masukkan kemeja ke dalam seluar
Sesetengah daripada anda masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
8. Pakai sut hitam setiap hari
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubal pakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
9. Pakai stoking berlubang atau koyak
Untuk menjaga penampilan, elak daripada memakai stoking yang koyak atau berlubang. Kesilapan anda ini akan nampak ketara lebih-lebih lagi ketika anda membuka kasut. Bimbang orang kata luar nampak segak tapi penampilan gaya yang orang tidak nampak seperti stoking, anda abaikan.
10. Pakai pakaian yang sudah berhari-hari tidak dibasuh
Jangan malas untuk menukar pakaian setiap hari. Mengulangi pakaian yang kotor akan memudahkan kuman dan bakteria daripada peluh yang melekat pada pakaian melekat pada kulit badan sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit.
11. Pakai stoking yang tidak sama jenis dan warna
Jangan main sarung sahaja stoking tanpa memadankan jenis dan warna yang sama melainkan anda sememangnya tidak perasan. Tidak dinafikan stoking lelaki nampak lebih kurang sama warna, jadi untuk memudahkan penyimpanan pastikan anda gulung stoking tersebut agar ia tidak mudah tertukar atau hilang.
12. Pakai stoking dengan selipar atau sandal
Sandal berfungsi untuk memberikan keselesaan buat kaki terutamanya ketika cuaca panas. Jadi jangan tambahkan rasa panas pada kaki anda dengan memakai stoking pula.
13. Pakai kasut sukan untuk semua gaya
Dah nama pun kasut sukan, sudah semestinya ia digunakan khusus untuk aktiviti sukan. Jangan pula anda menyarungkan kasut sukan untuk setiap penggayaan. Pakailah kasut mengikut gaya yang sesuai. Untuk aktiviti santai misalnya, anda boleh sarungkan sneakers manakala untuk aktiviti formal, anda boleh pakai kasut kulit.
14. Pakai baju berkolar V
Tak perlu nak dapatkan perhatian dengan menayangkan dada atau bulu dada anda untuk tontonan wanita. Sebaiknya sarungkan t-shirt berkolar bulat untuk gaya yang lebih selesa dan sedap mata memandang.
15. Pakai seluar skinny yang terlalu ketat
Pemakaian seluar skinny yang terlalu ketat menampakkan gaya anda seperti sarung nangka. Rasa terseksa kaki menyarungkan seluar yang sendat lebih-lebih lagi jika anda bertubuh besar. Sebaiknya, pakailah seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh anda agar penampilan anda lebih selesa dan memudahkan kaki untuk ‘bernafas’.
16. Pakai stoking putih untuk semua gaya
Jangan disebabkan nak mudah, anda sarungkan stoking putih untuk semua gaya fesyen anda. Ia sebenarnya satu kesalahan kerana stoking putih hanya boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam atau ke gym sahaja.
Ahli gusti paling terkenal abad ini John Cena telah menyambut hari jadinya di Gym! Cina yang telah memuatnaik videonya mengangkat berat menjadi bualan peminat yang menyangkakan Cena akan menyambut hari jadinya di pusat hiburan ataupun makan malam istimewa seperti orang lain.
Ahil gusti WWE yang juga seorang pelakon itu telah membuktikan kepada umum yang usia 40an hanya sekadar nombor. Anda dapat saksikan dalam video tersebut, beliau mengangkat berat sebanyak 160 kilogram tanpa sebarang masalah.
Selain daripada itu, dalam video lain di laman Instagramnya, dia juga turut ber deadlift sebanyak 500 pound. Walaupun sedih dengan perpecahan antara dirinya dan pemain gusti WWE Nikki Bella, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bemain di gym. Menerusi quote di laman Instagramnya, dia menyebut gym membantu seseorang untuk terus berjuang dan tidak berputus asa. Ia sebagai pusat pemulihan untuk para gusti untuk teruskan perjuangan walau apa keadaan sekalipun. Dia turut menjadikan The Rock Dwayne Johnson sebagai role model untuk teruskan perjuagan walaupun tidak aktif sebagai ahli gusti professional lagi.
Betullah kata orang, jika kita terlalu minat dalam sesuatu perkara, pada hari jadi kita pun, masih lagi kita memilih tempat itu. Semangat John Cena ni sebenarnya harus diterapkan dalam semua abang-abang sado diluar sana. Selamat hari jadi John Cena!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila berbicara tentang penampilan Lelaki Moden, cufflink adalah aksesori yang wajib ada dalam simpanan anda. Ia membantu dalam menguatkan personaliti anda sebagai lelaki gentleman serta membuatkan baju kemeja daripada nampak biasa kepada luar biasa. Jadi, kena pakai cufflink.
Dahulu bentuknya sangat straigthforward tapi kini dengan peralihan zaman, terdapat pelbagai bentuk sudah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat pakaian lelaki. Apa tunggu lagi, cuba pakai cufflink hari ini, pasti ada rasa beza.
MASKULIN senaraikan beberapa tatacara untuk memakai cufflink agar penampilan anda lebih outstanding daripada orang lain terutamanya ketika menghadiri majlis bersifat formal seperti makan malam tahunan dan sebagainya.
1. Pastikan ia sesuai dengan tali leher
Stail anda pasti gempak apabila segalanya yang ada di baju anda disuai padan. Cufflink warna perak sangat sesuai dipakai dengan tali leher berwarna perak. Selain itu, jika cufflink anda mempunyai batu hiasan, padankan ia dengan warna tali leher yang serupa dengan warna batu tersebut.
2. Jangan takut
Ramai orang takut untuk bereksperimen dalam soal bergaya. Tidak kira apa aksesori sekalipun, pakaikan ia mengikut kesesuaian serta kegemaran anda. Anda penentu penampilan yang ingin anda tampilkan kepada orang ramai.
Apabila anda memakai kemeja yang tidak ada lubang khas untuk cufflink, anda akan nampak sangat pelik. Ini kerana baju kemeja yang ada lubang khas untuk cufflink, rekaan baju juga lain daripada yang lain. TIdak salah untuk inverst sedikit untuk nampak lebih daripada orang lain. Pastikan, ada lubang, baru pakai, jika tidak tempah sendiri kemeja yang ada lubang khas untuk diletakkan cufflink.
4. Pastikan ikut koordinasi bahan yang betul
Kebanyakan besi yang dipakai pada badan seorang lelaki adalah sama seperti kepala tali pinggang, jam tangan, cincin, hiasan tali kasut klip tali leher dan sebagainya. Pastikan ia disuai padan dengan betul agar ia tidak mencemarkan penampilan anda. Jika dari tali leher guna besi perak, pastikan aksesori lain pun turut sama guna material yang sama dari atas hingga kebawah.
5. Elak mix & match cufflink
Jika hadir majlis makan malam formal, pastikan pasangan cufflink anda betul. Jangan sesuka hati mix & match cufflink tersebut. Ia seperti belah kiri lain warna, kanan lain warna. Melainkan anda menghadiri makan malam sesama keluarga itu lain kisahnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.