Anda wajib minum air putih secukupnya kerana ia merupakan keperluan penting untuk tubuh badan.

Selain banyak manfaat, minum air putih juga untuk menjadikan badan kekal sihat, perut kenyang dan melancarkan proses penurunan berat badan.

Ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan dan memudahkan lemak-lemak degil disingkirkan dari tubuh badan.

Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk minum air putih, jangan jadikan alasan kerana lapan waktu ini merupakan waktu terbaik untuk anda amalkan.

1. Bangun tidur

Waktu Terbaik Untuk Minum Air Putih Agar Kekal Sihat & ‘Maintain’ Berat

Selepas bangun dari tidur, inilah masa terbaik untuk anda minum air putih. Segelas air pada waktu pagi membantu badan untuk mudah bangun dan bergerak. Di samping itu, kehadiran air membantu tubuh menolak radikal bebas dan sisa-sisa dari kalori yang dibakar untuk metabolisme badan dalam sekelip mata.

Ads

2. Sebelum makan

Seterusnya minum air putih sebelum makan. Ini akan membantu anda berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan akan kurang. Minum air putih sebelum makan juga akan melembapkan lapisan perut. Ini membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa makan.

3. Apabila perut rasa lapar

Waktu Terbaik Untuk Minum Air Putih Agar Kekal Sihat & ‘Maintain’ Berat

Ya, bila mula terasa lapar kerana tidak makan, cuba minum segelas air putih. Cuba mulakan dengan minum 500ml air 30 minit sebelum makan. Air putih akan membuatkan perut lebih kenyang dan mengurangkan selera makan.

4. Sebelum melakukan aktiviti sihat

Sebelum melakukan aktiviti sihat seperti bersukan, anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh terhidrasi dengan baik, malah peredarannya juga lebih terjaga dan lancar.

Ads

5. Selepas bersenam

Waktu Terbaik Untuk Minum Air Putih Agar Kekal Sihat & ‘Maintain’ Berat

Selepas bersenam, jangan lupa minum air putih dengan banyak. Ini bertujuan untuk menggantikan cecair dlaam tubuh badan anda yang hilang. Jumlah air yang diminum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar. Namun pastikan anda tidak tergesa-gesa minum air kerana ia boleh menyebabkan kekejangan perut.

6. Apabila anda dikelilingi orang sakit

Jika anda berada di sekitar orang sakit sama ada di hospital, tempat kerja atau sekolah, anda dinasihatkan untuk minum air putih lebih daripada kuantiti biasa. Tujuannya bagi membantu membersihkan kuman dan virus yang tersebar.

Ads

7. Ketika anda sakit

Waktu Terbaik Untuk Minum Air Putih Agar Kekal Sihat & ‘Maintain’ Berat

Apabila anda sakit, minumlah banyak air putih agar kesihatan anda menjadi lebih baik. Ambil lapan gelas air putih setiap hari (8 auns setiap gelas) untuk kesan yang baik.

8. Apabila anda rasa penat

Waktu Terbaik Untuk Minum Air Putih Agar Kekal Sihat & ‘Maintain’ Berat

Tahukah anda, keletihan adalah salah satu tanda dehidrasi? Untuk itu, minumlah satu atau dua gelas air putih ketika anda dalam kepenatan.

Tip:

Jika anda tidak lalu untuk minum air putih, anda boleh masukkan sepotong lemon untuk menambahkan rasa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI