Baju kemeja putih memang agak sukar untuk dijaga namun memandangkan ia menjadi pakaian rutin sewaktu ke pejabat, warnanya memang perlu dijaga. Kemeja putih jika tidak dijaga dengan betul, warnanya boleh pudar dan kekuningan.
Bukan apa.. jika kemeja putih yang anda pakai itu kelihatan kusam, pastinya pandangan orang ramai terhadap kita akan jadi ‘macam-macam’.
Sehubungan itu, ini tips yang MASKULIN sediakan dan anda boleh ikuti:
Kalau anda nak basuh baju, pastikan baju berwarna putih diasingkan daripada baju berwarna lain. Ini kerana warna daripada baju lain boleh membuatkan baju putih jadi kusam.
2. Asing ikut material
Kalau sudah asingkan mengikut warna, anda juga harus tentukan materialnya seperti :
Acetates boleh digabung bersama acrylics
Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
Delicate perlu dicuci tangan
Jangan masukkan ke dalam satu mesin yang sama untuk kesan yang lebih berkesan.
Ads
3. Rendam dalam air suam
Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya setting terbaik untuk pakaian berwarna putih.
Ads
4. Guna lemon atau cuka
Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.
5. Periksa mesin basuh
Pastikan mesin basuh anda bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk penggemar keyboard yang mahukan keselesaan dan kepuasan untuk menaip atau bermain game, anda pasti akan melalui hari-hari dimana anda mahu keyboard tersebut, namun anda tidak mampu kerana harganya yang mahal. Sebenarnya jika anda pandai cari, anda akan temui keyboard yang murah dan sesuai dengan penggunaan anda. Apa yang penting, keyboard tersebut nampak cool je bila ia terhias dekat atas meja computer anda.
Kepada penggemar permainan berkomputer dan apa jua kerjaya anda yang melibatkan komputer, sudah tiba masanya untuk mendapatkan keyboard baru yang murah namun berkualiti.
Official Zee-Cool Zc-wkm8 Keyboard & Mouse Combo
Keyboard wireless terbaik
Disertakan dengan kemudahan plug-and-play untuk pengguna yang inginkan kemudahan ketika mengendalikan laptop atau komputer. Selain dari kelebihan keyboard yang mampu menahan percikan air, keyboard ini sangat ringan dan tahan lasak untuk digunakan bagi pengguna komputer yang sering terlibat dengan aktiviti pemprograman dan pengaturcara yang hardcore.
GENUINE KM33 Backlit Mini USB Wireless Keyboard
Keyboard komputer mini murah untuk iPad
Antara keyboard mini murah yang paling diari penggemar barangan berkomputer di pasaran. Bukan sahaja harganya berpatutan, tetapi persembahannya turut memuaskan hati setiap pengguna. Papan kekuncinya juga sudah dibuktikan tahan lasak serta memiliki sambungan USB untuk memudahkan penyambungannya ke peranti lain dengan cara yang paling mudah dan versatil.
Logitech Classic PC Keyboard K100
Keyboard PC murah
Keyboard nipis yang membantu pengguna untuk menjimatkan ruangan mereka di dalam bilik namun masih mampu untuk terus berasa selesa menggunakannya. Ia juga memiliki rekabentuk yang boleh mengelakkan keyboard tersebut daripada terkena tumpahan air supaya tidak merosakkan mekanisme dalamannya.
LED Water Resistant Keyboard and Mouse Combo
Keyboard mekanikal terbaik untuk gaming
Keyboard berbentuk multimedia yang dikhaskan untuk gaming dan penggunaan hardcore ini menjadikan ia suatu keyboard yang paling dicari oleh para gamer. Paling menarik adalah ia didatangkan dengan tetikus yang memliki design yang hampir serupa. Rasakan keselesaan luarbiasa ketika menggunakannya walaupun untuk sepanjang hari.
AN-300 IMICE Keyboard Rainbow Backlight
Keyboard murah dengan backlight
Rekaan kecil dan ringan yang cukup bersesuaian untuk kegunaan di pejabat. Mata kekunci yang mudah dikendalikan tanpa meletihkan pengguna jika perlu bekerja untuk suatu tempoh yang lama. Dengan backlight yang bewarna warni dan bergaya menjadikan cara bekerja anda ini lebih versatil disamping satu butang yang boleh membuka dan menutup fungsi keyboard.
*sumber: Productnation.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengambil inspirasi dari budaya dan warisan China, jenama pakaian sukan terkemuka global, PUMA melancarkan Koleksi Tahun Baru Cina SS24 pada 8 Januari 2024.
Dengan menyatukan gaya sukan kontemporari dengan budaya warisan Tibe, PUMA menyasarkan meraikan raungan naga dalam koleksi baru ini dan menyambut tahun kebersamaan. PUMA membawa kepada anda Koleksi Tahun Baru Cina SS24 yang dinanti-nantikan, mempersembahkan siri pakaian asal dan kasut yang menggabungkan simbol-simbol budaya Tibet dan corak etnik.
Tiada yang lebih mengalu-alukan Tahun Naga selain daripada logo PUMA yang direka khas dan perkataan dalam koleksi ini. Mereka menampilkan seekor naga bergaya Tibet yang melilit “P” bersama dengan sulaman perkataan PUMA dalam warna merah terang untuk menangkap intipati perayaan.
Koleksi ini menampilkan pakaian klasik seperti pakaian trek ikonik T7, baju panas leher bulat dengan seluar sukan yang sepadan, serta kemeja-T santai dan berkolar, sesuai untuk sebarang majlis dalam dan luar musim perayaan.
Dalam Tahun Naga, PUMA mengajak anda untuk mengambil langkah ikonik pertama dalam edisi Koleksi Tahun Baru Cina BLKTOP Rider yang satu-satunya. Kasut ini memberi penghormatan kepada warisan larian PUMA pada tahun 80-an.
Dengan garis merah bersih dan warna yang menonjolkan jalur PUMA dan kasut, BLKTOP Rider mewakili daya tarikan budaya Cina sambil tetap kontemporari untuk generasi hari ini.
Koleksi eksklusif Tahun Baru Cina PUMA SS24 boleh didapati di semua cawangan JD Sports, kedai PUMA dan PUMA.com mulai 8 Januari 2024.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jakel sekali lagi memperluaskan operasi perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan baru di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Perasmian pembukaan gedung pakaian terbesar itu diadakan pada 27 Mac dengan tawaran Harga Runtuh sehingga 85 peratus buat pelanggan-pelanggan yang hadir.
Apa yang lebih menarik lagi, kain-kain raya edisi 2018 dibawa masuk mendahului cawangan-cawangan lain ke dalam gedung ini secara eksklusif. Jakel BTHO yang mempunyai keluasan 30,000 kaki persegi ini menempatkan kepelbagaian fabrik di setiap atas mengikut kategori.
Aras bawah sekali menempatkan koleksi kain washable, kain bermeter baju melayu, koleksi pakaian siap lelaki dan wanita, dan banyak lagi. Di aras 1 pula lebih kepada koleksi kain fabrik sutera korea, fabrik plain, fabrik baju melayu songkit dan banyak lagi. Aras 2 pula menghimpunkan ratusan koleksi kain langsir, cadar penggantin dan cadar harian.
Bila kami bertanya kepada Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpula Jakel, lokasi BTHO ini dipilih bersesuaian dengan mereka-mereka yang tinggal berhampiran contohnya seperti di Cheras, Kajang, Balakong dan banyak lagi. Walaupun kawasannya tidak begitu meriah, dan padat, namun kawasan ini lebih selesa kerana kawasannya yang lapang dan kawasan parkir yang luas.
Di samping itu, pelanggan boleh turut menikmati 10,000 pasang kain secara percuma sepanjang tempoh minggu pertama pembukaan gedung. Kepada anda yang masih tidak mempunyai kain untuk Aidilfitri yang bakal menjelang ni, anda boleh Waze Jakel BTHO dan bolehlah dapatkan kain bermutu di gedung Jakel BTHO ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.