Sama ada menggayakan seluar chino, khaki atau jeans pastinya kadangkala anda akan melipat seluar untuk kesesuaian dengan sneakers atau kasut. Tapi apakah teknik lipat kaki seluar yang anda amalkan selama ini. Adakah ia sesuai mengikut gaya atau cutting seluar yang dipakai?
Melipat kaki seluar kini bukan semata untuk menguragkan keanjangan seluar semata. Ia kini telah dianggap sebagai salah satu teknik penggayaan yang boleh menyerlahkan penampilan lebih menarik.
Teknik lipat kaki seluar yang betul boleh menyerlahkan bukan sahaja gaya namun menjadikan outfit yang dipakai lebih menonjol. Namun sebelum anda melakukan lipatan kaki seluar beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Pertama jenis material kain seluar. Sebagai contoh denim yang berkualiti tinggi mempunyai berat yang agak tinggi. Jadi lipatan kaki seluar perlulah dilakukan dengan baik agar ia tidak nampak janggal atau nampak terlalu kembang.
Terdapat beberapa jenis teknik lipatan kaki seluar. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa teknik dan tip yang anda boleh ikut.
Ads
PINROLL
Lipatan ini sesuai digayakan dengan kasut yang lebih runcing dan slim. Sebagai contoh sneakers Nike Roshe Run atau Flyknit Racer. Walau bagaimana pun elakkan lipatan ini dengan kasut yang lebih bulky atau besar. Atau yang mempunyai tapal yang tebal.
Cara melakukannya ialah tarik kaki seluar kira-kira seinci ke dalam. Kemudian lakukan lipatan ke atas sebanyak dua atau tiga kali. Ia akan membuatkan kaki seluar menjadi lebih fit dan mencengkam bahagian atas buku lali. Jenis cutting seluar yang sesuai ialah slim dan regular cut.
LIPATAN BIASA
Ini merupakan jenis lipatan kaki seluar yang paling versatil. Boleh dikatakan ia sesuai digayakan dengan apa jua jenis kasut. Lipatan biasa juga boleh dilakukan ke atas semua jenis seluar tanpa mengira jenis kain.
Ads
Lakukan sekurang-kurangnya dua kali lipatan untuk gaya yang lebih kemas. Cutting seluar yang sesuai adalah regular, straight, slim dan skinny.
SKINNY ROLL
Paling sesuai dilakukan ke atas seluar skinny atau slim. Lakukan lipatan kecil dengan menggunakan kaki seluar. Namun ia tidak boleh dilakukan ke atas seluar jean atau denim tebal. Gaya lipatan skinny roll juga tidak sesuai dengan penggayaan kasut but atau sneakers yang lebar.
Ads
IRON WORKER
Sesuai dengan namanya, jenis lipatan ini popular suatu ketika dahulu di kalangan pekerja lombong. Lipatan yang lebih besar ini biasanya sesuai untuk dilakuka ke atas seluar jeas sahaja. Paling sesuai jika jean menggunakan kain denim yang tebal dan berat.
Semoga teknik lipatan kaki seluar ini boleh membantu anda mendapatkan gaya penampilan lebih menarik!
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki terkini.
https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=11s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dua nama besar dalam industri fesyen lelaki berganbung. Lalu menghasilkan koleksi eksklusif yang bukan sahaja hebat tetapi membawa elemen istimewa dengan setiap item mendapat sentuhan dua perekanya.
Itulah yang boleh kita saksikan menerusi koleksi terbaru kolbaorasi jenama Ermenegildo Zegna dan Fear of God, jenama yang diasaskan oleh Jerry Lorenzo.
Bukan senang untuk kita saksikan dua jenama hebat seperti ini melakukan kolaborasi dengan memperkenalkan koleksi yang cukup menarik. Bahkan ‘penyatuan’ dua jenama yang popular dari segmentasi berbeza dengan Ermenegildo Zegna fesyen high-end dan Fear of God, premium streetwear membuatkan ia lebih istimewa.
SENTUHAN SOFISTIKATED
Koleksi Ermenegildo Zegna x Fear of God mengetengahkan sentuhan klasik Pengarah Artistik Ermenegildo Zegna, Allesandro Sartori yang lebih besifat sartorial manakala Jerry Lorenzo pula membawa nafas streetwear dengan sofistikated dan lebih relaks dan essential.
Menerusi koleksi ini juga kita dapat menyaksikan gabungan rekaan daripada dua pengaruh kota fesyen berbeza iaitu Milan dan New York.
Keinginan menerapkan kolaborasi ini dicetuskan menerusi sentuhan artistik daripada Ermenegildo Zegna. Manakala ia direalisasikan bersama oleh antara nama terbesar dalam industri streetwear, Jerry Lorenzo.
Bagi anda yang berminat, koleksi eksklusif ini kini boleh didapati di butik Ermenegildo Zegna, Pavillion Kuala Lumpur.
Buat anda yang ingin mencari ite fesyen berjenama pada harga menarik pula boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat beberapa selebriti terkenal yang meninggal dunia, ketika mereka masih menjalani penggambaran atau sebelum sesebuah projek filem atau program itu sempat dihasilkan sepenuhnya. Ini termasuk yang terbunuh semasa berada di lokasi penggambaran. Pemergian secara mengejut figura awam yang menghiasi kaca televisyen dan layar perak ini pastinya akan dikenang sampai bila-bila. Jom kita lihat senarai tersebut.
Marilyn Monroe
Umur: 36 tahun (1926-1962)
Tempat lahir: Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Filem: Some Like It Hot, The Seven Year Itch, Gentlemen Prefer Blondes, How to Marry a Millionaire
Aktres berambut perang yang merupakan ikon Hollywood abad ke-20 ini ditemui mati di rumahnya di Los Angeles pada 5 Ogos 1962. Ketika itu, beliau sedang menjalani penggambaran filem komedi berjudul “Something’s Got to Give”. Monroe dijumpai mati di rumahnya di Brentwood, CA. Beliau ditemui terbaring di atas katilnya, dalam keadaan tanpa seurat benang dan memegang telefon. Terdapat beberapa botol pil kosong dibuang di sekitar kawasan biliknya itu. Selepas siasatan dijalankan, pihak polis menyimpulkan kematian Monroe adalah kerana pengambilan ubat penenang “barbiturates” secara berlebihan. Beliau berkemungkinan memang berniat untuk membunuh diri. Filem terakhirnya itu dilanda masalah sejak awal penggambaran lagi. Pada mulanya, Monroe dipecat dan akhirnya dimasukkan semula. Ini kerana pelakon Dean Martin enggan bekerja dengan mana-mana pelakon lain selain Monroe.
Penggambaran filem ini tidak sempat selesai, kerana pemergian mengejut Monroe. Pada tahun 2001, sebahagian filem ini dapat ditonton menerusi sebuah dokumentari berjudul “Marilyn: The Final Days”.
Paul Walker
Umur: 40 tahun (1973-2013)
Tempat lahir: Glendale, California, Amerika Syarikat
Filem: Fast and the Furious, Furious 7, Fast & Furious 6, 2 Fast 2 Furious
Pada 30 November 2013, bintang “Fast & Furious”, Paul Walker meninggal dunia dalam sebuah nahas jalan raya. Beliau ketika itu bersama bekas rakan pelumbanya, Roger Rodas. Mereka dalam perjalanan pulang dari menjayakan sebuah acara amal “Reach Out Worldwide” di Santa Clarita, California yang bertujuan membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina. Kereta jenis Porsche yang dipandu Rodas itu tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh sebuah pokok. Kereta itu dijilat api dan kedua-dua mereka disahkan mati di tempat kejadian. Filem “Fast & Furious 7” yang masih menjalani penggambaran terpaksa dihentikan buat seketika oleh Universal Pictures. Akhirnya, mereka meneruskan projek itu dengan kombinasi penggunaan kesan khas dan “stunt doubles”.
Pada masa itu, Walker telah menamatkan penggambaran filem bergenre sains fiksyen dan jenayah, “Brick Mansions” yang telah ditayangkan pada tahun 2014. Fast & Furious 7 pula menemui penonton pada 3 April 2015, dengan pulangan “box office”. Pada Mac 2015, bintang Fast & Furious 7, Vin Diesel telah menamakan anak perempuannya “Pauline”, sebagai tanda memperingati mendiang.
Heath Ledger
Umur: 29 tahun (1979-2008)
Tempat lahir: Perth, Australia
Filem: 10 Things I Hate About You, A Knight’s Tale, Brokeback Mountain, The Dark Knight
Pada 22 Januari 2008, Ledger ditemui dalam keadaan tidak sedar di atas katil oleh pembantu rumah dan tukang urutnya di apartmen beliau tinggal di Manhattan. Ketika itu, beliau baru sahaja tamat penggambaran filem “The Dark Knight” arahan Christopher Nolan dan sedang menjayakan filem “The Imaginarium of Dr. Parnassus” arahan Terry Gilliam. Gilliam membawa barisan teman rapat Ledger, seperti Johnny Depp, Jude Law dan Colin Farrell untuk mengambil alih watak Ledger, menerusi baki adegan yang tidak sempat dirakamkan mendiang. Pada November 2007, Ledger memberitahu The New York Times bahawa beliau sedang mengambil Ambien, sejenis ubat preskripsi untuk merawat gejala insomnia yang dialaminya, bagi jangka masa pendek.
Cory Monteith
Umur: 31 tahun (1982-2013)
Tempat lahir: Calgary, Kanada
Drama/filem: Glee, Monte Carlo, Final Destination 3, Sisters & Brothers
Bintang drama bersiri komedi muzikal, “Glee” ini ditemui mati di dalam bilik hotel Vancouver di Kanada pada 13 Julai 2013. Ketika itu, beliau sedang dalam tempoh berehat bagi penggambaran antara musim ke-4 dan ke-5 rancangan popular itu. Menurut pihak berkuasa, pelakon itu meninggal akibat kombinasi heroin dan alkohol yang sangat berbahaya. Namun, mereka menolak kemungkinan terdapatnya sebarang unsur khianat. Pada Mac 2013, Monteith kembali ke pusat pemulihan kerana penyalahgunaan bahan terlarang. Penerbit Glee menukar jadual beliau supaya membolehkannya mendapatkan rawatan. Pada April 2013, Monteith nekad meninggalkan “Glee”. Namun, beeliau dilaporkan kembali bersemangat. Monteith mengemaskini status di Twitternya: “Buat semua yang saya cintai, ucapan terima kasih atas sokongan yang berterusan. Ia sangat bermakna kepada saya”.
Pada 6 Julai 2013, beliau mendaftar masuk di sebuah hotel di Vancouver, Kanada. Monteith keluar bersama rakan-rakannya pada malam 12 Julai. Beliau kemudiannya dilaporkan kembali ke hotel tersebut berseorangan. Namun, Monteith gagal untuk mendaftar keluar pada keesokan paginya. Pemeriksaan di bilik beliau pada tengah hari mendedahkan bahawa bintang itu telah meninggal dunia. Menurut laporan Perkhidmatan Koroner Columbia British, analisis autopsi dan toksikologi mendedahkan pemergian Monteith adalah akibat overdos heroin dan alkohol. Beliau menyamakan situasi itu dengan watak “The Joker” dalam filem “Batman The Dark Knight”. Menurut beliau, watak itu digambarkan sebagai “psikopatik, pembunuhan secara beramai-ramai dan badut skizofrenia tanpa perasaan empati”. Menurutnya lagi, purata waktu tidur beliau hanyalah 2 jam setiap malam. Kematian bintang muda itu dipercayai berpunca daripada overdos pil tidur dan pelbagai ubat preskripsi lain yang dijumpai semasa proses bedah siasat.
Steve Irwin
Umur: 44 tahun (1962-2006)
Tempat lahir: Essendon, Australia
Siri televisyen/dokumentari: The Crocodile Hunter: Collision Course, The Crocodile Hunter Diaries, Ocean’s Deadliest, The Crocodile Hunter
Pakar hidupan liar dan pencinta haiwan kesayangan ramai, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai “The Crocodile Hunter”, terbunuh akibat disengat oleh seekor ikan pari sewaktu penggambaran sebuah dokumentari berjudul “Ocean’s Deadliest”. Kejadian malang itu berlaku pada 4 September 2006, dimana Irwin sedang terlibat dalam program berkenaan di luar pantai Port Douglas di Queensland, Australia. Ketika Irwin sedang bersnorkel, dadanya tertusuk duri ikan pari gergasi sebelum terkena pada jantungnya. Sejurus selepas itu, Irwin meninggal dunia dalam tempoh kurang 10 minit akibat serangan jantung.
Terkejut dengan berita itu, peminat Irwin berkabung dan memberi penghormatan terakhir di Zoo Australia, yang diuruskan oleh mendiang dan isterinya. Sehingga hari ini, Steve Irwin terus dikenang atas sumbangannya yang tidak terkira dalam bidang pendidikan dan pemuliharaan hidupan liar. Antaranya beliau telah membuka sebuah organisasi untuk menyelamatkan dan melindungi buaya. Selain itu, beliau juga menyokong pelbagai lagi kerja amal melibatkan haiwan. 15 November telah ditetapkan sebagai “Steve Irwin Day”, suatu pengiktirafan dunia terhadap mendiang.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bintang Hollywood terkenal Orlando Bloom telah diumumkan oleh BOSS Eyewear sebagai duta produk terbaru mereka bermula pada tahun 2020.
Jejaka tampan berasal dari England ini merupakan pelakon bintang yang terkenal menerusi filem-filem francais popular seperti ‘Lord of the Rings’ dan ‘Pirates if the Caribbean’.
Pengaruh serta populariti yang didukung oleh Orlando terutama dari segi penampilannya sebagai jejaka bergaya menjadikannya sebagai individu paling tepat dipilih oleh BOSS Eyewear untuk mengetengahkan koleksi Spring/Summer 2020.
“Cermin mata telah menjadi sebahagian daripada item penting penampilan saya. Sama ada ingin tampil dengan gaya lebih santai atau serius, cermin mata yang saya pakai memberi refleksi serta membantu menyerlahkan identiti fesyen. BOSS Eyewear memahami keigninan saya dan sebab itulah ia menjadi pilihan peribadi,” jelas Orlando Bloom menerusi kenyataan media rasmi oleh BOSS Eyewear.
Kerjasama ini juga menandakan jenama BOOS Eyewear lebih optimistik untuk memperkenalkan koleksi fusion pop color, lebih tenang dan memberikan gaya unik kepada pemakainya.
Koleksi Spring/Summer BOSS Eyewear akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.