Siapa yang tidak bimbang jika umur belum masuk 40 tahun tapi rambut dah beruban dan putih. Tak pasal-pasal orang ingat dah berusia padahal umur masih lagi muda.

Tidak dinafikan rambut adalah aset bagi seorang lelaki. Jika tidak ‘dibela’ dengan baik, bukan sahaja cepat beruban, malah boleh menimbulkan pelbagai masalah rambut.

Tidak semestinya tua sahaja kerana rambut beruban juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Ini antaranya yang anda perlu jaga bagi mengelakkan rambut beruban dan putih terlalu awal.

1. Stres

Tak Semestinya Tua, Ini Puncanya Rambut Lelaki Cepat Beruban & Putih Terlalu Awal

Pernah tak anda mendengar orang kata, rambut beruban disebabkan oleh banyak berfikir? Ya, memang terbukti bahawa stres dan tekanan sedikit sebanyak menyumbang pada masalah rambut beruban. Faktor stres juga boleh menyebabkan rambut mudah gugur dan patah. Bahkan Dr. Kasey Nichols dari Rave Review menyatakan bahawa stres terjadi apabila adanya ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan di dalam badan yang disebut sebagai stres oksidatif (oxidative stress). Ia kemudiannya menyebabkan kerosakan pada tisu, protein dan DNA sehingga akhirnya berubah menjadi uban.

2. Genetik

Tak Semestinya Tua, Ini Puncanya Rambut Lelaki Cepat Beruban & Putih Terlalu Awal

Ads

Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga boleh terjadi jika anda mewarisi genetik cepat beruban daripada ahli kelurga. Secara tidak langsung, anda berisiko untuk berdepan dengan masalah rambut beruban sebelum waktunya.

3. Haba dari alatan elektronik rambut

Tak Semestinya Tua, Ini Puncanya Rambut Lelaki Cepat Beruban & Putih Terlalu Awal

Jangan terkejut kerana haba daripada peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut juga boleh menyumbang berlakunya rambut beruban terlalu awal. Jika anda selalu menggunakan alatan ini pada rambut, rambut anda akan menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas boleh mengganggu penghasilan melanin sehingga menyebabkan rambut cepat beruban.

4. Pewarna rambut

Tak Semestinya Tua, Ini Puncanya Rambut Lelaki Cepat Beruban & Putih Terlalu Awal

Ads

Rambut berwarna memang nampak cantik tetapi hakikatnya, pewarna juga boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya ia putih.

5. Merokok

Tak Semestinya Tua, Ini Puncanya Rambut Lelaki Cepat Beruban & Putih Terlalu Awal

Sebuah kajian yang pernah diterbitkan oleh J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut beruban (cepat beruban).

Ads

6. Ambil banyak makan segera

Tak Semestinya Tua, Ini Puncanya Rambut Lelaki Cepat Beruban & Putih Terlalu Awal

Mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan janjan akan merosakkan kesejahteraan tubuh. Dalam masa sama, ia akan memberi efek negatif terhadap penghasilan melanin di dalam rambut dan hasilnya rambut berubah warna menjadi putih.

7. Kurang asid folik dan zat besi

Tak Semestinya Tua, Ini Puncanya Rambut Lelaki Cepat Beruban & Putih Terlalu Awal

Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 di dalam tubuh akan melambatkan serta menjejaskan pertumbuhan rambut baharu yang sihat.

8. Kerap mencuci rambut

Tak Semestinya Tua, Ini Puncanya Rambut Lelaki Cepat Beruban & Putih Terlalu Awal

Kerap mencuci rambut juga antara faktor rambut cepat beruban yang berkait rapat dengan penggunaan syampu. Justeru, pilihlah syampu yang bebas daripada bahan kimia kerana bahan kimia boleh menyebabkan rambut beruban lebih cepat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI