tabiat sihat lelaki
Foto: marymarkevich - www.freepik.com

Ketika usia muda memang ramai lelaki berasa diri mereka cukup kuat. Kalau bab makan memang tiada pantang. Apa sahaja ada di depan mata dimakan dengan penuh selera. Begitu juga dengan waktu tidur. Berjaga malam tidak tidur seharian itu perkara biasa. Tapi sampai bila mampu bertahan dengan tabiat seperti itu?

Lelaki bila sudah memasuki usia 30-an akan mula merasakan perubahan bukan sahaja dari segi luaran malahan dalaman itu sendiri. Tanggungjawab semakin meningkat dan stres juga seriring naik bersama. Jadi amat penting untuk anda sebagai lelaki yang pentingkan kesihatan mula mengubah tabiat harian.

Sebenarnya tidak banyak perlu anda ubah. Hanya perlu lakukan perubahan sedikit yang sentiasa diamalkan mereka yang sihat. Jadi apakah tabiat harian yang mampu meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan anda? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.

TIDUR SEBELUM 10PM

Ramai tidak sedar apabila usia semakin meningkat penting untuk mendapatkan tempoh waktu tidur mencukupi. Tidur yang tidak cukup boleh mengundang penyakit jantung dan masalah darah tinggi. Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari untuk rehat fizikal dan mental yang mencukupi.

Ads

TARIK NAFAS

Bagi sesetengah warga bandar melakukan aktviti yoga merupakan rutin senaman dan kerohanian yang cukup menenangnya. Bagi majoriti umat Islam pula dengan solat lima hari setiap hari sudah mampu memberikan banyak ketenangan. Tahukah anda sewaktu solat nafas kita akan lebih tenang dan boleh menenangkan jiwa dan minda.

JAGA HUBUNGAN

Jangan pisahkan hidup anda dengan orang lain. Hubungan yang baik di antara ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja mampu meningkatkan kualiti hidup. Terdapat kajian mendapati bahawa hubungan sosial di dalam kehidupan seharian boleh mengelakkan seseorang berdepan risiko penyakit kronik. Malah mampu memberikan dorongan seperti berhenti merokok.

Tabiat Harian Lelaki Sihat Lakukan Setiap Hari, Antaranya Tidur Awal
Foto: nensuria – www.freepik.com

MAKAN KEKACANG

Tambahlah makanan dri jenis kekacang dalam diet harian anda. Ia dipercayai boleh mengurangka risiko anda berdepan dengan penyakit kardiovaskular selain mendapat kelebihan khasiat yang lain. Kekacang boleh membantu mengawal berat badan, meningkatkan kesihatan metabolik, memelihara kesihatan mata dan juga otak.

Ads

DUDUK DENGAN BETUL

Bagi anda yang bekerja di pejabat pastinya cukup masak bila bercakap tentang duduk dengan lama di atas kerusi. Apabila duduk dalam waktu yang lama kita sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada badan terutamanya di bahagian tulang belakang. Jadi untuk mengurangkan tekanan itu lakukanlah rutin meregangkan badan selama beberapa minit dalam selang satu jam.

Tabiat Harian Lelaki Sihat Lakukan Setiap Hari, Antaranya Tidur Awal
Foto: yanalya – www.freepik.com

KETAWA

Hidup ini akan lebih ceria jika kita lebuh banyak ketawa. Usah segan dan malu untuk zahirkan perasaan gembira dengan ketawa. Anda tidak perlu rasa tidak matang untuk ketawa. Selain boleh menghilangkan stres, ketawa juga boleh meguatkan otot perut. Malah ketawa juga dikatakan boleh meningkatkan tahap memori.

Ads

MEMASAK

Hidangan makanan terbaik ialah makanan yang dimasak sendiri di rumah. Selain anda dapat menjimatkan wang, anda juga sebenarnya boleh menentukan sendiri kandungan bahan masakan seperti tahap garam dan gula. Memaak juga merupakan rutin yang dapat menghilangkan stres dan mengalihkan tumpuan daripada hal kerja atau pun perkara luaran yang lain.

KELUAR BERSOSIAL

Lelaki yang sihat tidak akan terperap di rumah. Jika ada masa terluang di hujung minggi luangkanlah masa dengan aktiviti sosial. Paling tidak pun melakukan aktiviti berjalan di sekitar tasik atau balapan berdekatan. Terdapat kajian mendapati individu yang suka memencilkan diri dan terperuk di rumah lebih mudah dan cenderung untuk berfikiran negatif.

Semoga perkongsian di atas boleh memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video-video menarik!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI