Di negara kita motosikal kini dianggap sebagai antara kenderaan yang penting dalam kehidupan seharian ramai orang. Sama ada ia dijadikan kenderaan utama atau kedua, motosikal mempunyai peranan cukup penting dalam komuniti kita. Jadi buat anda sebagai pemilik motosikal amat pentting jika anda sekurang-kurangnya tahu servis basic.
Jangan pula anda menjadi rider yang selalu beranggapan asal motosikal boleh bergerak, itu sudah memadai. Kalau sentiasa dengan mentaliti begitu nampak gayanya motosikal anda memang tak lamanya nak tersadai akibat rosak. Dan apabila rosak kos untuk meperbaikinya juga akan menjadi sangat mahal.
Ramai yang leka dan buat-buat tak tahu akan kepentingan rutin servis secara berkala dan berjadual. Terdapat 5 jenis rutin servis yangs ering dipandang remeh oleh penunggang motosikal.
SELANGGARA SISTEM BREK
Tanpa sistem brek yang baik dan sempurna anda boleh berdepan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawaa. Jadi anda harus sentiasa peka dengan kondisi brek. Antara komponen yang perlu diberi perhatian ialah brek dram, brek pad dan brek cakera kerana ada tempoh tertuntu untuk pastikan ia tidak haus.
Ads
Antara masalah brek dram kerap berlaku ialah ia mengeluarkan bunyi nyaring motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bila ke bengkel anda boleh minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.
PELINCIR
Bila bercakap tentang motosikal semestinya ia lengkap dengan pelbagai komponen seperti hendal, tongkat, suspensi dan pelbagai bentuk skru serta nat. Kesemua komponen yang dilihat ringkas ini sebenarnya sangat penting. Anda boleh menjaganya dengan sentiasa meletakkan pelincir. Jika dibiar lama ia boleh berkarat dan sekaligus menyebabkan sukar dibuka serta boleh jadi reput.
RANTAI PACU
Jangan sesekali anda biarkan rantai pacu menjadi terlalu longgar atau ketat. Antara yang kerap dibiarkan ialah rantai pacu yang longgar. Tahukah anda bahawa rantai pacu yang longgar boleh jejaskan prestasi motosikal. Jadi tak guna kalau motosikal cantik dan berkuasa besar tapi bab rantai pun tak boleh nak jaga.
Ads
Selain itu anda juga perlu memastikan rantai sentiasa diletakkan pelincir khas untuk rantai. Cuba elak guna minyak hitam terpakai atau pelincir lain yang bukan dikeluarkan untuk kegunaan rantai pacu.
MINYAK HITAM
Ini antara servis basic yang boleh dikatakan semua orang tahu. Menyelenggara minyak hitam bukan sekadar tuang dan tukar saja ya. Apatah lagi jika motosikal anda guna pelincir sintetik dengan tempoh penukaran lebih lama. Periksalah kondisi minyak hitam sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk anda perhatikan sebarang tanda yang mungkin oleh memberi indikasi keadaan enjin.
JAGA TAYAR
Tanpa tayar yang sempurna perjalanan anda dari poin A ke poin B boleh mengakibatkan anda berdepan risiko tinggi kemalangan. Namun begitu masih ramai yang mengabaikan kepentingan penjagaan tayar. Untuk pastikan tayar sentiasa berada dalam keadaan baik anda perlu pastikan tekanan tayar sentiasa berada pada tahap optimum.
Ads
Tayar yang tidak mempunyai angin mencukupi boleh menyebabkan motosikal sukar dikawal terutama apabila berada di kawasan selekoh. Pastikan anda periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pam angin di dalam tayar dengan tekanan yang ditetapkan. Tahap tekanan boleh dirujuk seperti biasa yang terdapat pada tayar.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda terutamanya yang memiliki motosikal. Selamat menunggang dengan selamat.
Ikuti channel YouTube MASKULIN untuk video-video menarik tentang gaya hidup lelaki.
https://www.youtube.com/watch?v=OkmUu0aCUac&t=7s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengeluar topi keledar, HJC mendedahkan grafik baru bertemakan Star Wars. Tema pertama X-Wing ditawarkan pada helmet ‘open face’ FG-70S. Kemudian ia dipadankan dengan visor berwarna oren.
HJC FG-70S diperbuat daripada kevlar terkini dan komposit matriks gentian kaca. Helmet itu juga dipadankan dengan rekaan pelapik Silvercool anti bakteria yang dapat mengurangkan kelembapan pada bahagian dalam.
Pelapik berkenaan boleh ditanggalkan dan dibasuh. Manakala pad pipi boleh digunakan pada semua saiz helmet. Harga model tersebut ialah £249.99 (RM 1,418.20).
Manakala tema kedua menggunakan skim semburan cat Kylo Ren pada topi keledar RPHA 11. Tema ini lebih merujuk kepada kuasa-kuasa sisi gelap dalam Star Wars. Helmet RPHA 11 menggunakan bahan-bahan gentian karbon, aramid dan gentian karbon-kaca hibrid yang menyumbang kepada berat lebih ringan.
Helmet berkenaan didatangkan dengan pilihan visor berwarna jernih atau gelap sebagai standard. Harga helmet tersebut lebih mahal iaitu £579.99 (RM3,290.29).
Selain tema Star Wars, HJC turut menawarkan topi keledar inspirasi filem dari produksi Marvel antaranya Spider-Man, Venom dan Ironman.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sempena perlumbaan MotoGP hujung bulan ini (27-29 Oktober) di Litar Antarabangsa Sepang, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model Y15ZR SE Edisi GP.
Versi 2017 itu tampil berbeza menerusi grafik baharu bertemakan Movistar. Sudah pun berada di pusat jualan Yamaha, model moped berkenaan dijual pada harga RM 8, 891.28 seunit. Harga berkenaan termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.
Pihak HLYM hanya melakukan perubahan penampilan dan bahagian mekanikal masih sama tanpa talaan baharu. Yamaha Y15ZR SE Edisi GP masih mempertaruhkan enjin 150cc SOHC penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 15hp dan tork 13.5Nm
Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 5-kelajuan.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Model kereta Honda Civic sememangnya cukup popular dan sangat dekat dengan peminat automotif di negara kita. Peneraju kereta segmen C tempatan ini kini tampil dengan varian terbaru yang menjanjikan spesifikasi lebih baharu dan dipertingkatkan.
Hari ini, Honda Malaysia mengumumkan Civic bakal hadir dengan varian baharu RS yang dikuasakan oleh e:HEW powertrain.
Lebih menarik tempahan awal untuk varian diperkenalkan turut dibuka bermula pada hari ini. Ia merupakan varian pertama 2.0L e:HEV powertrain yang diperkenalkan untuk Civic di Malaysia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata,” Generasi ke-11 Civic yang dilancarkan pada awal tahun ini telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan oleh rakyat Malaysia. Sehingga kini lebih 6,000 unit telah dijual sejak Januari dan September 2022.
“Bagi memperkuatkan pasaran model ini, kami dengan terujanya memperkenalkan varian baharu buat pertama kalinya di Malaysia. Masih mengekalkan DNA Honda Civic. model e:HEV RS ini bakal memberikan pengalaman pemanduan lebih mengujakan dan elegan. Kami juga percaya pengenalan ini mampu melonjakkan segmen C di pasaran”.
Varian terbaru ini juga hadir dengan prestasi cukup hebat dengan torque maksima 315Nm dan 184PS output kuasa maksimum. Ia dihadirkan bersama Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT) dan juga Intelligent Power Unit (IPU) dikuasakan oleh bateri lebih ringan, lithium-ion berefisien tinggi.
ELEMEN BAHARU
Ia juga buat pertama kalinya memperkenalkan Key Card yang membenarkan pengaktifan enjin tanpa menggunakan sebarang kunci dan juga fungsi start.
Elemen penampilna luaran juga mendapat sentuhan yang tersendiri dengan sentuhan Blue H Mark dan gril hadapan krom yang nampak lebih sporty. Melengkapkan penampilannya yang ‘garang’ pula rim 18-inci Dual Tone Allow Wheels.
Manakala bahagian dalamannya pula lengkap dengan skrin 9 inci Advanced Display Audio dengan sokongan Wireless Apple CarPlay dan juga sokongan Remote Engine Start, di mana pengguna boleh menghidupkan atau mematikan enjin tanpa perlu masuk ke dalam kabin.
Teknologi keselamatan diperkenalkan Honda, SENSING turut melengkapkan ciri menarik model Civic terbaru ini. Berikut merupakan beberapa ciri keselamatan yang ditampilkan:
Lead Car Departure Notification System (LCDN)
Adaptive Cruise Control (ACC)
Low Speed Follow (LSF)
Collision Mitigation Braking System (CMBS)
Forward Collision Warning (FCW)
Lane Keep Assist System (LKAS)
Road Departure Mitigation (RDM)
Lane Departure Warning (LDW)
Auto High Beam (AHB)
Adakah ia akan menjadi model Civic yang paling mesra pelanggan dan pemandu? Sama-sama kita nantikan.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.