Biasanya lelaki akan memakai cincin kahwin ketika awal-awal perkahwinan. Namun selepas beberapa bulan, tak ramai yang meneruskan pemakaian cincin kahwin kerana rasa kurang selesa.
Namun tahukah anda, dengan memakai cincin kahwin rupanya boleh buat isteri gembira Malah memakai cincin juga menjadi antara amalan Sunnah yang anda boleh dapat pahala, asalkan anda memakai cincin yang dibenarkan dalam Islam iaitu cincin perak.
Jadi bagi yang dah lama tak pakai cincin kahwin, apa kata pakai dan amalkan semula. Bukan je buat hati isteri ceria dan berbunga-bunga, malah pasti mengimbas kembali saat mula-mula isteri menyarungkan cincin kahwin di jari anda.
Perkongsian Bijen Mohd di laman Facebooknya mengungkap rahsia dan kelebihan suami memakai cincin kahwin. Bagi yang dah lama tak pakai cincin kahwin, jom amalkan semula!
BACA: Ada Hikmahnya Jodoh Lambat, Allah Nak Kau Baiki Diri Agar Kahwin Nanti Kau Ready!
Tak lama lagi, insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya lihat di jari, masih tersemat cincin perkahwinan kami. Romantik bukan? (Err…)
Bagi orang perempuan, pakai cincin kahwin itu biasa. Tapi orang lelaki, cukuplah pakai sebulan atau setahun dua saja. Bukan apa, tugas harian orang lelaki membuatkannya tak berapa relevan untuk dipakai sentiasa.
Tak percaya cubalah check tangan mereka, berapa kerat saja yang masih ada cincin kahwin di jari? Boleh kira dengan jari.
Saya sebenarnya pun sama, rasa geli.
Hinggalah pada satu hari, ketika daurah kitab Syamail Muhammadiah, tuan guru mensyarahkan bab cincin Nabi.
Beliau beritahu cukup seseorang itu memakai cincin pinjam walau seketika, dia sudah pun mendapat pahala.
Maksudnya di sini, Ali jumpa Abu. Ali cakap pada Abu nak pinjam cincin dia.
Abu melurut keluar cincin dari jarinya dan memberikan kepada Ali. Ali menyambut cincin tersebut lalu menyarungkan ke jari manisnya.
Selepas beberapa saat, Ali pun menanggalkan dan memulangkannya kepada Abu dengan ucapan terima kasih.
Itupun sudah dikira mendapat pahala Sunnah. Wahh! Mudah sangat nak dapat pahala.
Lepas dengar saja perkara itu, saya terus bersemangat nak beramal. Bila balik rumah, saya pun carilah apa cincin yang ada sehinggalah terjumpa cincin kahwin dulu kala.
Saya tabahkan hati memakainya. Niat nak amal Sunnah semata-mata.
Nak dijadikan cerita, isteri bila tengok kita pakai cincin kahwin yang dia bagi dulu, hatinya pun mula berbunga-bunga. Amboi!
Rupanya orang perempuan ni bahagia bila kita memakainya. Mungkin dia rasa kita akan sentiasa ingat padanya. Ataupun sebagai petanda kepada makwe-makwe di luar sana bahawa lelaki tersebut sudahpun berpunya.
BACA: Buat 13 Tip Ini Kalau Nak Kahwin Tapi Duit Masih Tak Nampak ‘Bayang’. No 3 Sah Lelaki Suka!
Kurang-kurang kalau lelaki dia nak pergi karaoke waktu dia tengah berpantang, tengok cincin teringatlah juga. Eh!
Tapi seriuslah. Bila pakai cincin kahwin ni rasa macam cinta tu segar-bugar saja. Rasa macam baru kahwin pun ada. Sudahlah amal Sunnah dapat pahala berganda, gembirakan isteri pun ada pahalanya.
Orang perempuan, setujukah anda?
Pengantin Baru Anak Dah Dua
#BijenMohd
#RumahTanggaKorporat
P/s: Ini heart beat cinta kanda bila teringatkan dinda
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI