Berikutan penularan pandemik Cocid-19 sepanjang tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari. Ia bagi meringankan beban kepada pencarum yang terjejas akibat kesan ekonomi daripada wabak ini. Kini, satu lagi skim pengeluaran diperkenalkan iaitu i-sinar. Namun sebelum memohonnya ada beberapa perlara perlu anda tahu.
KELAYAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN
Seperti mana kita semua sedia maklum menerusi pembentangan belanjawan baru-baru ini kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP. Akan tetapi permohonan hanya dibenarkan kepada syarat kelayakan iaitu:
Ahli kehilangan pekerjaan
Diberi cuti tanpa gaji
Atau tiada sumber pendapatan
Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
10 PERKARA PERLU ANDA TAHU
1. Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020.
Ads
2. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
3. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.
4. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
5. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Ads
6. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
7. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
8. Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.
Ads
9. Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
10. Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Buat anda yang terjejas dan layak memohon semoga skim yang diperkenalkan ini mampu meringankan beban anda. Namun sebelum itu pastikan anda benar-benar layal sebelum memohon. Sama-sama kita terus tabah dan menghentikan penularan wabak Covid-19.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki terkini.
https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=10s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejauh manakah anda rasa keadaan trafik di negara kita. Bagi pengguna jalan raya yang melalui hari demi hari pasti bersetuju bahawa kondisi kesesakan trafik semakin hari semakin teruk.
Keadaan ini semakin buruk berlaku di bandar-bandar utama di seluruh negara terutamanya di Lembah Klang. Perjalanan dalam jarak 10km pun boleh mengambil masa sehingga satu jam. Begitulah jika ia benar-benar sesak ketika di waktu puncak.
Kesesakan jalan raya di kenal pasti sebagao antara punca menyebabkan pemandu di negara kita alami stres yang cukup tinggi. Dalam kajian terbaru oleh yang dikongsi oleh confused.com terhadap 48 buah negara mendapati Malaysia merupakan antara negara paling teruk di mana pemandunya mengalami stres.
Lebih tepat, Malaysia berada di kedudukan ke lapan sebagai negara yang pemandu atau pengguna jalan rayanya berdepan stres paling tinggi. Dengan sebanyak 72 poin ia juga menjadikan Malaysia sebagai negara pada kedudukan tertinggi di Asia Tenggara.
Selama ini mungkin ramai yang berpandangan negara lain di rantau ini lebih teruk keadaannya. Namun ia tidak menggambarkan rasa stres sepenuhnya.
Sebagai contoh, Singapura berada di tangga ke-17. Malaysia pula mencatatkan purata 91.5 buah kereta setiap satu kilometer berbanding 192.3 buah bagi jarak sama di negara jiran tersebut.
Jadi apakah punca menyebabkan pemandu di Malaysia sentiasa berdepan stres. Pada pandangan MASKULIN ini 10 punca utama yang menjadi penyumbangnya.
1.
Terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam tempoh yang lama
2.
Berdepan dengan karenah pembuli jalan raya dan pemandu agresif
3.
Kurangnya kesedaran untuk menggunakan ‘signal’ bila ingin menukar lorong
4.
Kenderaan yang tidak mengikuti arahan lampu isyarat dengan baik
5.
Berdepan pemandu yang suka memotong barisan
6.
Di lebuh raya bila berdepan kereta dari belakang yang mengekori rapat atau ‘mencucuk’
7.
Meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya
8.
Kenderaan yang ‘double park’
9.
Berdepan situasi brek mengejut dengan kerap
10.
Bila mengekori kereta yang memandu terlalu perlahan terutamanya di lebuh raya
Semoga kita semua menjadi pemandu yang lebih berhemah di jalan raya. Nak tahu sejauh mana anda stres ketika memandu? Periksalah kadar denyutan jantung menggunakan jam pintar ketika memandu. Pasti anda pu akan terkejut melihat betapa lajunya jantung anda berdegup kerana stres.
Jom subscribe YouTube dan Telegram MASKULIN untuk seleksi kandungan menarik tentang gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Euwww gelinya, pengotor. Jangan gelak jika kami katakana bahawa memang ada lelaki yang memakai seluar dalam berulang kali tanpa dicuci. Pelik tapi benar. Ada hal yang lebih tragis perlu korang tahu. Pernah tak dengar soal side A dan side B seluar dalam? Ya, bagi lelaki yang pemalas, mereka akan memakai seluar dalam yang sama dengan hanya menterbalikkan bahagian seluar dalam tersebut tanpa dicuci.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh Philip Tierno, director mikrobiologi di New York University dan merupakan seorang penulis bagi buku The Secret Life of Germs, rata-rata daripada seluar dalam yang sudah dipakai mengandungi sisa kotoran yang dikeluarkan oleh penis sehingga 1/10 gram. Ini kerana kadang kala berlaku pada mereka yang tidak bersih mencuci setelah membuang air.
Oleh sebab itu, WAJIB bagi korang untuk menukar seluar dalam selepas setiap kali dipakai dan lebih baik jika dicuci seluar dalam tersebut dengan air panas agar lebih bersih.
Kesalahan Mengering
Nak sangat cepat kering, ada yang mengambil langkah mudah dengan mengeringkan seluar dalam dengan suhu yang terlalu tinggi di mesin pengering. Guys, cara ini tidak salah tapi ia akan membuatkan bahagian getah seluar dalam tersebut menjadi longgar sehingga senang untuk melorot. Oleh itu, better korang keringkannya dengan suhu yang lebih rendah atau lebih baik lagi jika dikeringkan secara alami, iaitu di bawah sinaran matahari.
Pilihan warna yang salah
Pakaian putih mudah terkena kotoran, begitu juga dengan seluar dalam. Jika tidak mahu seluar dalam korang tu bercop-cop dengan kotoran degil, maka janganlah gatal-gatal nak pilih warna putih. Tak seksi la kan kalau seluar dalam penuh dengan kotoran. Geli wey. Jadi untuk tip selamat, pilih warna-warna gelap seperti hitam, biru tua atau pun kelabu. Confirm tampak lebih jantan. Hiks!
Terlalu ketat
Kalau korang rasa dengan memakai seluar dalam ketat buat korang lebih seksi kerana ‘barang baik’ lebih menonjol, korang memang silap besar. Memakai seluar dalam ketat hanya akan ‘melemaskan’ penis dan tidak baik untuk kitaran darah korang. Apa kata pilih ukuran yang sesuai seperti jenis boxer kerana ia lebih ia lebih selesa untuk dipakai.
Material yang tidak sesuai
Sebelum membeli, check terlebih dahulu material yang digunakan. Ingat, seluar dalam berfungsi untuk melindungi daerah sensitif korang, so pilih material yang sesuai seperti kain cotton kerana ia lebih ringan dan sejuk. Apabila kawasan sensitif korang tu mula berpeluh, lembap dan mengeluarkan bau, pasti tidak menyenangkan bukan? Jadi, kerana itulah bahan cotton dilihat sangat sesuai untuk material seluar dalam kerana ia dapat membantu menyerap peluh dengan baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelik tapi benar, itulah yang berlaku pada lelaki yang berusia 62 tahun ini,Malcolm Applegate. Akibat bosan dengan isteri yang kuat membebel, lelaki ini mempunyai cara untuk mengelakkan bebelan itu.
Dia telah membungkus kain baju dan terus masuk ke dalam hutan dan paling mengejutkan dia mendedahkan sudah 10 tahun tinggal di dalam hutan bersendirian.
“Saya berkahwin dengan dia selama tiga tahun, tapi malangnya ini yang berlaku. Saya bertemu dengannya di Birminghan.
“Selama tiga tahun semuanya ok, tetapi dia mula berubah apabila saya bekerja lebih masa sebagai tukang kebun dan ini menyebabkan kami bertengkar,’’ katanya yang meninggalkan isterinya secara diam-diam.
Malcolm berkata selepas sekian lama cuba bertahan dalam perkahwinan berkenaan, dia memutuskan untuk keluar dari perkahwinan itu dan menghilangkan diri selama 10 tahun.
“Tanpa sepatah perkataan, saya tinggalkan semua,’’ katanya. Malcolm juga terputus hubungan dengan kakaknya hinggakan wanita itu menyangka Malcolm telah meninggal dunia.
Namun kini Malcolm telah keluar dari persembunyiannya dan sudah bertemu semula dengan kakaknya.
Sumber : Mstar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.