Sebenarnya bukan mudah nak pilih cermin mata yang ideal dengan bentuk wajah. Jika tidak berhati-hati, anda boleh tersalah pilih dan tidak sesuai dengan bentuk wajah.
Apatah lagi apabila terlalu banyak pilihan bingkai di optometri, boleh naik buntu nak pilih cermin mata yang berkenan di hati.
Oleh itu, jangan main pilih cermin mata mengikut apa yang anda suka sahaja kerana tidak semua cermin mata yang ada itu sesuai dengan bentuk wajah.
Lain orang, lain jenis bentuk wajahnya. Jadi sebelum nak pilih cermin mata, sebaiknya anda ketahui dahulu jenis bentuk wajah anda untuk memudahkan pemilihan.
1. Jenis Wajah Segi Tiga
Bingkai cermin mata dengan bahagian atas yang lebih lebar berbanding bahagian bawah sesuai digayakan jika anda miliki bentuk wajah segi tiga. Jenis bingkai nylor atau half frame sesuai dengan bentuk wajah ini, manakala bingkai dengan pemegang yang lebar perlu anda elakkan kerana ia tidak sesuai dengan anda.
2. Jenis Wajah Oval
Anda bertuah miliki bentuk wajah oval kerana hampir semua jenis cermin mata sesuai dengan bentuk wajah anda. Cuma elakkan daripada menggunakan cermin mata dengan bingkai berbentuk ekstrem dan lebarnya melebihi bahagian terluas wajah.
3. Jenis Wajah Oblong
Bentuk wajah oblong atau panjang boleh menggunakan cermin mata berbingkai kotak dengan pemegangnya lebih rendah. Jenis cermin mata ini dapat membuatkan wajah anda nampak lebih lebar dan pendek. Elak menggunakan cermin mata dengan bingkai yang lebih lebar daripada wajah kerana ia tidak sesuai dengan anda.
4. Jenis Wajah Hati
Bagi lelaki yang mempunyai bentuk wajah hati, pilihlah cermin mata tanpa bingkai (frameless). Ini akan membuatkan dahi dan rahang anda lebih seimbang. Hindari cermin mata dengan posisi pemegangnya yang tinggi.
5. Jenis Wajah Bulat
Bagi yang memiliki bentuk wajah bulat, pilihlah cermin mata berbentuk persegi atau segi empat tepat (kotak) dengan tepi atasnya tinggi serta tajam. Jenis cermin mata ini akan membuatkan wajah anda nampak lebih panjang. Elak memilih cemin mata dengan bingkai yang bujur atau bulat, berwarna gelap dan pemegangnya tebal.
6. Jenis Wajah Segi Empat Sama (Kotak)
Pilihlah bingkai cermin mata berbentuk oval atau bundar, jika anda miliki bentuk wajah segi empat sama (kotak). Jenis kaca mata ini dapat menyamarkan garis wajah, memberi garis lengkung wajah dan membuatkan wajah tampak lebih panjang. Namun jangan sesekali menggunakan cermin mata bingkai segi empat sama (kotak), gelas bujur atau bulat kerana ia sama sekali tidak sesuai dengan bentuk wajah anda.
7. Jenis Wajah Berlian
Anda yang miliki bentuk wajah ini boleh memilih bingkai cermin mata dengan bahagian atas yang lebih lebar berbanding bahagian bawah. Ini dapat mengurangkan bentuk wajah anda yang bersudut.
Sumber: jurnal.maskoolin.com
Follow Instagram MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI