Dalam tempoh beberapa hari ini peminat automotif negara begitu teruja dengan pengumuman rasmi Proton X50 di laman media sosial.
Tapi MASKULIN yakin pasti ramai yang tertanya-tanya tentang spesifikasi, harga dan juga pelbagai varian serta warna.
Tidak dinafikan keterujaan ini menjadi penanda aras positif untuk Proton terutamanya bagi pasaran tempatan.
Memetik laporan dari Astro AWANI, hari ini merupakan pra-pelancarannya di Tanjung Malin yang dihadiri beberapa pengamal media membuat liputan dan meilihat secara dekat Proton X50.
Nak tahu spesifikasinya? Ikuti di bawah!
SPESIFIKASI BASIC
- Proton X50 mempunyai empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.
- Ia ditampilkan dalam enam warna berbeza iaitu jet grey, ocean blue, passion red, silver dan oren.
- Proton X50 dilengkapi empat mod pemanduan – standard, eco, sport dan terkini, mod khas.
- Terdapat enam beg udara disediakan bagi ciri keselamatan.
- Ruang dalaman menyaksikan ada lapan ruangan pemegang cawan, 3+1 USB, dua tone warna untuk varian premium dan flagship.
SPESIFIKASI ENJIN
- Jentera ini menggunakan enjin SUV yang dibangunkan 100 peratus oleh Volvo dengan enjin model XC40.
- Enjin 1.5 liter turbo (mengikut varian) serta transmisi tujuh gear.
- Timing belt dikemaskini daripada model-model terdahulu untuk mengurangkan getaran di bahagian enjin dan papan pemuka.
- Penggunaan petrol satu liter mampu bergerak sejauh 16 kilometer dengan 6.4 liter untuk 100 kilometer.
CIRI-CIRI EKSKLUSIF
Selain itu ramai pasti teruja dengan ciri-ciri eksklusif yang dibawa oleh Proton X50, Antara yang paling menarik perhatian ialah sistem mengesan manusia dan objek, berbeza dengan X70 yang hanya mempunyai sistem mengesan objek sahaja.
Bahagian sunroof pula hanya ditawarkan untuk varian premium dan flagship sahaja. Cerminya lengkap 90 peratus tinted dan serta dilindungi sinaran ultra violet (UV).
Manakala beberapa ciri-ciri lain termasuk Advance Driver Assistance System (ADAS) 2.0, kamera bahagian depan dan belakang kenderaan (model Executive ke atas mempunyai kamera 360 darjah).
Penampilan Voice Command kini dihadirkan dengan suara perempuan berbeza dengan Proton X70 yang menggunakan suara lelaki. Bagi model premium dan flagship, ia disertakan skrin infotainment 10.25 inci manakala standard dan executive 8 inci.
TEKNOLOGI DITUNGGU RAMAI
Antara teknologi yang cukup dinantikan ramai ialah auto parking. Proton X50 turut menyediakan teknologi ini bagi memudahkan proses meletak kenderaan. Ia pastinya menggembirakan ramai pihak.
Teknologi hebat lain yang tidak kurang hebatnya turut disertakan pula ialah pemanduan automatik. Teknologi ini membolehkan Proton X50 ini mengikut arah yang dipandu kereta di hadapannya dan sangat sesuai untuk mereka yang gemar berkonvoi.
Ciri ‘Lane departure’ pula membolehkan kenderaan sentiasa mematuhi dan berada dalam laluannya, sekiranya tersasar ia akan berbunyi dan stereng akan bergegar.
Sekiranya berlaku kemalangan ia dibina untuk keselamatan automatik membolehkan lampu kecemasan bernyala, bahagian enjin akan jatuh dan tertutup sendiri.
Perbezaan dengan Honda HRV hanyalah ruang bonet belakang.
Walau bagaimanapun setakat ini harganya masih dirahsiakan. Jadi anda semua harus tunggu pengumuman rasmi dari Proton!
Jika anda mencari aksesori kereta yang berharga hebat, boleh dapatkan di sini!
Sumber: Astro AWANI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI