Bayangkan anda sedang memandu dengan begitu syok sekali dalam perjalanan menuju ke destinasi ditujui. Kemudian anda memasuki plaza tol. Tingkap diturunkan dan anda menyentuh kad Touch ‘N Go untuk berlalu pergi. Tiba-tiba power window meragam. Tingkap kereta kaku tidak bergerak seperti anda yang terkelu di hadapan gadis idaman.
Lebih malang lagi tiba-tiba pula hujan lebat turun melimpahi bumi. Jarak hentian lebuhraya pula masih jauh. Memang tidak keruan dibuatnya!
Sesiapa pun tak ingin berdepan dengan masalah power window meragam dan rosak. Namun kebiasaannya power window tidak akan rosak secara total secara tiba-tiba. Sebelum rosak ia pasti akan menunjukkan petanda seperti sukar untuk diturunkan atau dinaikkan.
Apabila ini berlaku anda seharusnya dengan segera memeriksa untuk menukar apa yang patut di power window. Jadi bagaimana nak periksa power window yang rosak? Ikuti beberapa step mudah seperti dikongsikan di bawah.
TEST DAHULU
Pertama sekali anda perlu pastikan bahawa power window kereta anda rosak atau tidak. Cuba tekan untuk turunkan tingkap untuk kesemua tingkap di panel kawalan sebelah pemandu. Jika ia degil dan berkeras tak mahu turun itu bermakna suisutama power widow kereta anda sudah rosak.
BUKA BAHAGIAN PANEL
Kebiasaannya kereta seperti Perodua MyVi, panel kawalan power window terletak di sebelah kanan atau pemegang pintu pemandu. Buka skru yang terdapat di dalam lumbang pemegang. Tarik panel ke atas perlahan-lahan dan anda akan dapat lihat komponen power window.
SUIS UTAMA
Buka main switch atau suis utama yang berbetnuk segi empat. Buka soketnya dengan perlahan-lahan dan juga skru di bahagian suis utama. Tanggangkan suis utama yang kebiasaannya berwarna hitam.
PASANG BARU
Bila sudah pasti suis utama rosak, itu bermakna anda perlu menukarnya dengan yang baharu. Suis utama power window boleh di dapati di kedai-kedai hardware kereta dengan mudah atau secara online.
SEBELUM PASANG
Sebelum anda pasang dan ikat suis utama periksalah dahulu sama ada ia berfungsi atau tidak. Sambungkan wayar dari kereta ke suis utama. Buka atau ON kunci kereta dan tejan butang turun dan naik untuk kesemua tingkap. Pastikan ia turun dan naik dengan lancar. Jika semuanya okay itu bermakna suis utama yang anda beli berfungsi dengan baik.
PASANG SEMULA
Selepas melakukan ujian tersebut anda boleh pasang semula soket dan skru suis utama ke bahagian panel kawalan. Masukkan ke dalam bracket dan tekan dengan perlahan-lahan. Skrukan semula dengan kemas agar ia tidak bergegar dan rosak pula nanti. Akhir sekali selepas siap pasang cuba tekan turun dan naik. Jika okay semuanya settle!
Jika anda ingin dapatkan sparepart suis utama power window pada harga menarik boleh dapatkannya di sini.
Untuk rujukan lebih visual anda boleh ikuti tutorial video di bawah;
Kredit: Spnar 2u
Selamat mencuba.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI