PERCAYA BAU SEMULA JADI BADAN
Foto: wayhomestudio - www.freepik.com

Ramai lelaki sebenarnya tidak tahu bahawa bau semula jadi yang badan mereka keluarkan boleh menjadi senjata cukup ampuh boleh membuatkan pasangan mereka jadi tenang. Percaya atau tidak, terdapat kajian menyatakan bau badan lelaki terutamanya di bawah lengan mampu membuatkan seseorang wanita itu menjadi tenang sekali gus mengurangkan rasa stres yang melanda minda.

Ujar kajian Human Biology Department dari University Pensylvania itu lagi, aktiviti mencium bau ketika lelaki turut membantu dalam menyeimbangkan hormon wanita.

EKSPERIMEN AROMA 

Berdasarkan laporan Jurnal Biology of Reproduction America, bau ketiak lelaki yang asli serta tidak memakai deodoran telah dijadikan sebagai bahan eksperimen utama.

Bahan eksperimen itu kononnya dijadikan sebagai aroma minyak wangi baharu dan disapukan pada bibir wanita yang berusia 25 hingga 45 tahun.

Ads

Hasil kajian mendapati kebanyakan wanita yang terlibat dalam eksperimen itu bagaikan sedang tergoda selepas 6 jam dan mood mereka menjadi lebih baik berbanding sebelum kajian itu dilakukan.

BACA: 11 Kegunaan Hebat Listerine, Antaranya Kecutkan Jerawat & Elak Ketiak Berbau!

Ads
Percaya Atau Tidak, Bau Semula Jadi Badan Lelaki Boleh Tenangkan Pasangan
Foto: lookstudio – www.freepik.com

FUNGSI TERAPI

Menerusi kajian itu lagi, pengkaji mengesahkan bau ketiak lelaki yang dihidu wanita benar-benar berkesan dan berfungsi sebagai terapi, selain dapat mengatur perjalanan haid.

Ads

Sehubungan itu, kaum lelaki terutamanya suami digalakkan sentiasa membersihkan ketiak masing-masing agar ia dapat dihidu dengan tenang oleh pasangan anda pada setiap masa.

Tapi usahlah pula anda sengaja tidak memakai deodoran dan biarkan badan berbau busuk sepanjang hari. Berpada-padalah dalam berbangga dengan bau badan sendiri ya. MASKULIN percaya anda pasti pandai untuk seimbangkannya.

Jangan lupa ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI