Warga metropolitan hari ini ramai yang tidak sihat kerana tiada masa untuk bersenam disebabkan kesibukan kerja.
Tahap sibuknya itu hingga untuk berjoging dalam masa 10 minit pun tiada masa, apatah lagi nak naik tangga.
Sesibuk mana pun kita, senaman harus juga dilakukan untuk menjamin kesihatan badan agar berpanjangan.
Disebabkan itulah Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil dengan alasan kenapa senaman panjat tangga selain joging boleh membantu kesihatan anda.
Jom baca perkongsiannya.
“Jika anda sesak nafas setelah naik tangga 2 tingkat, anda mungkin ada masalah jantung!”
Masalah orang zaman sekarang, tak ada masa nak bersenam dan tempat nak bersenam. Terutamanya yang tinggal di bandar-bandar. Hasilnya ramai yang ada masalah kesihatan.
Jangan risau! Ada satu senaman ringkas yang sesuai untuk orang bandar macam kau orang ni!
Panjat tangga, Selamat Mencuba!
Ads
1. Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjoging.
2. Memanjat tangga ada senaman yang sesuai untuk orang bandar sentiasa yang kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah/ bersenam.
3. Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.
4. Memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja.
5. Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai 5 tingkat atau kurang.
Ads
6. Memanjat tangga memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar sekitar 7 kali lebih kalori daripada menggunakan lif.
7. Memanjat 20 anak tangga bakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.
8. Menuruni 20 anak tangga membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.
9. Menuruni anak tangga bakar kurang kalori, tetapi menguatkan otot berlainan dengan otot untuk memanjat tangga. Buat keduanya baru seimbang.
10. Memanjat tangga membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.
Ads
11. Memanjat tangga dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.
12. Memanjat tangga 7-10 minit sehari menurunkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
13. Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.
Memanjat tangga lebih mesra alam sekitar. Ia kurangkan pengeluaran karbon sebanyak 0.3-0.6kg CO2 sehari, melalui penjimatan tenaga operasi lif.
Ha! Dah tak ada alasan, kan? Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sihat Melalui Gaya Hidup
Nota: Jika kalian ada masalah jantung atau sendi, jumpa dulu doktor sebelum nak cuba senaman panjat tangga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara makanan atau minuman yang sering kali disebut bila ingin turun berat badan atau membina otot ialah protein shake.
Diet protein shake sebenarnya menggalakkan penurunan berat badan dengan mengawal selera makan serta mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan.
Walaupun ia boleh memberikan hasil yang sangat efisyen dan efektif adalah tidak wajar jika anda bergantung sepenuhnya terhadap protein shake dan menggantikannya dengan makanan seimbang yang lain.
Seperti mana yang kita tahu, protein boleh membina otot dan memainkan peranan sangat penting untuk kesihatan. Setiap orang mungkin memerlukan jumlah protein yang berbeza mengikut berat badan dan aktiviti harian.
Namun secara purata kita memerlukam lebih kurang 50 gram protein setiap hari. Jumlah ini boleh dicapai dengan pengambilan makanan mengandungiprotein sepero kekacang, telur dan produk tenusu.
Protein shake pula memberikan kandungan protein tetapi dengan jumlah kalori yang rendah.
FAKTA RINGKAS DIET PROTEIN SHAKE
Kebanyakan jenama protein shake menggalakkan anda untuk menggantikan makanan harian dengan minuman mereka.
Diet protein shake memerlukan anda mengambilnya sekurang-kurang sekali sehari.
Risiko diet ini adalah bila anda bergantung speenuhnya terhadap protein shake dan mengabaikan makanan lain.
Jika ingin mengamalkan diet ini anda harus periksa kandungan protein dan bahan-bahan yang terdapat di dalamnya.
BAGAIMANA PROTEIN SHAKE BERFUNGSI
Sebenarnya protein shake menawarkan bukan sahaja protein tetapi ia juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang biasa terdapat dalam buah dan sayuran. Kajian mendapati orang yang mengambil protein shake akan mudah rasa kenyang dan selera makan juga berkurang.
Seperti dinyatakan sebelum ini, protein shake mengandungi bukan protein semata-mata. Antara bahan yang terkandung ialah:
Vitamin B-complex
Zat besi
Zink
Vitamin E
Magnesium
Asid lemak Omega-3
Jadi bagaimana ia berfungsi dalam badan?
Bekalan protein mencukupi akan membantu fungsi organ dalam badan termasuklah membina dan membaiki tulang, otot dan kulit.
RISIKO DAN KESAN SAMPINGAN
Menggantikan makanan sebenar dengan protein shake merupakan satu langkah yang agak drastik terutamanya jika dilakukan secara menyeluruh. Anda harus ingat adalah mustahil untuk mendapatkan semua nutrien diperlukan badan dengan satu sumber makanan atau minuman sahaja.
Walaupun selera anda semakin berkurang namun badan akan sentiasa kelaparan nutrien lalu menyebabkan berlakunya masalah metabolism. Malah kasjian pernah dilakukan mendapati bahawa orang yang mempunyai lebih banyak jenis makanan dalam diet berdepan risiko paling rendah untuk obese.
Sesetengah protein shake menggunakan banyak gula untuk meningkatkan rasa. Secara tak langsung kadar gula dalam badan juga melonjak. Protein shake yang menggunakan gula alternatif pula boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan loya, muntah, perut kembung dan banyak angin.
Malah sesetengah protein shake didapati mengandungi bahan bahaya yang tinggi seperti;
Merkuri
Arsenic
Cadmium
LANGKAH SELAMAT
Untuk mendaparkan hasil yang memuaskan apabila mengambil protein shake rujuklah dengan pakar pemakanan terlebih dahulu. Ketahui sama ada badan anda sesuai atau tidak mengamalkan diet protein shake.
Jumlah perngambilan normal adalah tidak lebih satu atau dua kali dalam sehari. Anda juga harus tahu bahawa protein shake berfungsi untuk membantu diet anda bukan bergantung padanya seratus peratus.
Untuk memaksimakan anda turun berat badan makanlah makanan rendah kalori dan penuh nutrien di antara pengambilan protein shake.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lemak baik membantu menghapuskan lemak perut yang disimpan di sekeliling bahagian tengah badan anda. Telur adalah makanan yang hebat untuk dimakan semasa cuba menurunkan berat badan kerana mereka adalah nutrien-padat dan lebih rendah dalam kalori dan gula, tetapi kandungan nutrien yang tinggi seperti protein, besi, dan vitamin dan mineral penting. Dengan hanya 78 kalori dan lima gram lemak setiap hidangan, anda tidak boleh salah dengan makanan yang dibekalkan kaya dengan protein ini. Makan sebiji atau dua telur untuk sarapan atau rebus mereka untuk snek tengah hari!
BERI
Beri mempunyai jumlah tertinggi serat dan jumlah gula yang paling rendah dari semua buah-buahan, menjadikannya hebat untuk penurunan berat badan. Raspberi, blackberry, dan blueberries semuanya dimuatkan dengan antioksidan dan vitamin penting yang membantu melegakan keradangan. Anda boleh menambahnya kepada yoghurt, oat, salad, atau makan begitu sahaja untuk snek yang lazat.
KEKACANG
Makanan sihat, karbohidrat yang baik akan membantu anda berasa kenyang dan berpuas hati semasa berdiet. Makan karbohidrat yang kaya nutrien seperti kacang dan bijian. Mereka dimuatkan dengan lemak yang baik dan vitamin dan mineral lain yang diperlukan oleh tubuh anda, tanpa bahan buatan.
YOGURT
Yoghurt Yunani lebih baik untuk anda daripada yogurt biasa. Ia rendah lemak, dipenuhi dengan kalsium, dan kalium, dan sumber protein yang hebat. Cari pilihan yang rendah gula dan kemudian tambah buah sendiri untuk menaikkan nilai pemakanan.
UBI KELEDEK
Ubi keledek sangat baik untuk dimasukkan ke dalam diet anda kerana mereka sangat serba boleh. Anda boleh memakannya untuk setiap hari dan memasaknya dalam pelbagai cara. Karbohidrat perlahan ini serba boleh, semulajadi manis dan badan kami mencernanya secara perlahan-lahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekiranya anda seorang lelaki yang rajin berjoging, anda memang beruntung. Bukan sahaja menyihatkan tubuh badan dan mengeluarkan peluh, berjoging juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih tampan dan awet muda.
Bukan itu sahaja, ada lima lagi manfaat yang anda boleh dapat daripada berjoging. Jadi mulakan senaman joging anda hari ini.
JANTUNG LEBIH SIHAT
Joging juga akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen yang lebih tinggi semasa anda bersenam. Secara tidak langsung ini akan menjadikan jantung lebih sihat.
MENGUATKAN OTOT
Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit namun lama-kelamaan, badan anda akan akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
Tulang anda akan menjadi semakin kuat kerana ia selalu menerima rintangan. Begitu juga dengan tulang kaki yang akan mendapat manfaat paling besar untuk senaman berjoging ini.
MEMBAKAR KALORI
Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah satu yang sia-sia. Dengan berjoging, tubuh akan membakar kalori sekali gus membantu menurunkan berat badan anda.
Anda boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal atas tujuan berbeza. Setiap tujuan itu juga mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza. Contoh teknik joging berbeza mengikut tujuan adalah:
1. Meningkatkan stamina
Sekiranya anda baru sahaja ingin memulakan senaman berjoging, mulakan dengan berjalan laju dahulu. Kemudian, barulah anda beralih kepada berlari anak sebelum menambahkan tempo larian anda.
2. Turunkan berat badan
Kalori lebih banyak dibakar apabila kelajuan bertambah kerana simpanan tenaga dalam bentuk lemak akan digunakan. Jika anda inginkan hasil yang lebih berkesan, kawal jumlah kalori daripada pemakanan anda.
3. Tambah kenalan dan teman sosial
Sukan sememangnya medan yang sangat baik dalam menambah kenalan kerana ia adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Malah senaman brjoging juga tiada teknik khusus untuk tujuan ini. Jadi anda bebas menyertai mana-mana kelab joging atau larian amal yang dianjurkan secara umum.
4. Menyertai pertandingan
Ini sudah tentu memerlukan latihan sesuai mengikut jenis pertandingan. Jika anda menyertai mana-mana kelab, ia kebiasaannya menyediakan panduan dan latihan. Bagi pertandingan terbuka, anda boleh jalani latihan sendiri.