Selain jeans di antara jenis seluar yang wajib ada dalam almari dan koleksi pakaian seorang lelaki adalah seluar khaki atau chino. Penggayaan seluar ini jika mengikut panduan yang betul dapat menyerlahkan sisi tampan pemakainya.
Sama seperti pakaian yang lain memilih seluar khaki yang sesuai mengikut jenis bentuk badan sangat penting. Ia bagi memastikan gaya atau fit yang anda ingin paparkan tampak lebih kemas, bergaya dan segak. Dan memilih khaki sesuai ini tidak mengira peringkat umur.
Bagi anda yang tidak berapa jelas tentang khaki dan chino, ia merupakan sejenis seluar panjang yang kebiasannya diperbuat daripada fabrik cotton. Kebiasaannya ia tampil dengan warna kelabu, coklat cair atau pun navy.
Jadi apakah panduan memilih selua khaki yang sesuai mengikut bentuk saiz badan. Ikuti perkongsian MASKULIN pada kali ini.
PINGGANG DAN CAWAT
Sama seperti seluar anda yang lain, khaki yang anda ingin pilih haruslah memenuhi beberapa kriteria saiz yang sesuai. Ia harus mempunyai saiz pinggang yang sama padan dengan pinggang. Dalam erti kata lain ia tidak akan terlondeh jika dipakai bersama dengan tali pinggang.
Ads
Bagi seluar jenis khaki dan chino, kedudukan pinggangny lebih rendah berbanding seluar sut. Anda juga boleh memilih seluar yang pinggangnya sama seperti jeans yang selalu dipakai.
Manakala di bahagian cawat pula anda harus pastika ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pastikan cawat seluar yang ingin dipilih memberikan ruang selesa di bahagian punggung. Jika ia kelihatan terlalu padat bermakna seluar itu ketat. Manakala jika ia terlihat ada banyak kedutan di bahagian punggung bermakna cawat seluar terlebih besar.
Jika perkara ini berlaku mungkin anda boleh turunkan setengah saiz seluar. Dan jika ia tidak berhasil juga anda boleh bawa seluar ke kedai tukang jahit untuk melakukan sedikit ubah suai.
BAHAGIAN PEHA & KAKI
Satu perkara anda harus ingat. Jangan jadikan seluar khaki atau chinos seperti skinny jenas. Sepasang seluar khaki hendaklah selesa dipakai dan tidak terlalu ketat. Kebanyakan jenis kain yang digunakan untuk hasilkan khaki bukanlah jenis mudah regang.
Ads
Berbeza dengan jeans, seluar khaki perlu ada sedikit ruang di bahagian peha. Jika ditarik ia seharusnya berukuran 1 inci dan tidak lebih 1.5 inci. Sama juga di bahagian kaki, jangan pakai seluar khaki yang terlalu ketat seperti skinny jeans.
LABUH SELUAR
Kita sebagai orang Asia selau berdepan masalah labuh seluar yang berlebihan. Ini terutamanya apabila membeli seluar khaki atau chinos jenama luar negara dari Eropah atau Amerika Syarikat.
Usah khuatir kerana kini semakin banyak jenama yang sudah cakna dengan saiz lelaki Asia. Dan jika ia terlalu labuh anda boleh bawa ke kedai tukang jahit dan dapatkan labuh yang sesuai.
Jika anda menggyakan kasut dengan gaya sockless, pakailah seluar khahi yang agak senteng dengan kedudukan labuhnya sedikit di atas buku lali. Jangan biarkan ia menjadi terlalu labuh kerana ia hanya mewujudkan lipatan yang tidak enak dipandang. Ingat, khakis bukan seluar jeans.
Ads
Manakala bagi gaya yang lebih konvensional pula labuh seluar perlu berada di atas buku lali. Jika anda terasa ia sedikir labuh, lipat kaki seluar tidak melebih dua kali.
Semoga perkongsian panduan gaya ini memberikan manfaat buat anda.
Jangan lupa untuk ikuti dan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup lelaki.
https://www.youtube.com/watch?v=hZG-6TWE09w
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Filem ini telah dibuat pada tahun 2007, ketika itu Umie Aida masih tidak berhijab dan Elyana sedikit berisi. Menurut sumber, filem ini dekat dengan sejarah yang menimpa negara kita sekitar tahun 90an. Kerana filem ini dikaitkan dengan kes berprofil tinggi, maka keluarga pihak terbabit mengharamkan filem ini ditayangkan. Setelah pihak Astro Shaw berjaya membuktikan bahawa filem ini tidak begitu berkait rapat dengan kes terbabit, masing-masing mencapat kata setuju untuk tayangan filem ini.
Video Viral Kebaya Merah
Baru-baru ini kecoh satu Malaysia tentang video viral gadis berkebaya mereh yang dijumpai oleh seorang pemandu berkali-kali sepanjang pemanduannya. Sebenarnya netizen tertipu dengn helah yang dibuat oleh pihak Astro Shaw sendiri kerana ia merupakan gimik untuk mempromosikan filem ini. Namun, netizen tidak langsung dapat mengaitkan gadis berkebaya merah itu dengan filem Dukun yang telah mula ditayangkan pada hari ini.
Filem tersebar sebelum tayangan
Hakikatnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan filem tersebut sebelum hari tayangan rasminya. Jika anda melihat filem yang tular di sosial media tempoh hari, pasti anda akan melihat perbezaan dengan filem sebenar. Dalam filem yang tular tersebut, anda akan dapat melihat filem tersebut dipotong pada penghujungnya. Ada segelintir pihak mengatakan bahawa filem yang tular itu merupakan salah satu gimik Astro Shaw untuk mempromosikan filem Dukun.
Para Pelakon mengalami gangguan ketika di set
Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh Umie Aida dan Elyana. Menurut cerita Elyana beliau sepatutnya ke set pengambaran pada jam 4 pagi, dan ketika dalam perjalanan ke sana, banyak bunyi-bunyi pelik yang didengarinya. Mendengar cerita dari pelakon hebat Umie Aida pula, dia hampir histeria di scene-scene terakhir filem ini. Ini berikutan Umie Aida harus menjiwai watak Diana Dahlan dimana dia perlu melakukan ritual-ritual pelik sepanjang pengambaran.
Filem berdasarkan kes berprofil tinggi Mona Fendi
Walaupun filem ini dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan kes seorang bomoh terkenal, namun seluruh Malaysia tahu ia berkait rapat. Jika anda pernah menonton dokumentari Mona Fendi, pasti anda dapat gambaran filem ini. Mona Fendi merupakan seorang penyanyi pada tahun 90an, namun telah menukar profesionnya dengan menjadi seorang bomoh dengan mengamalkan ilmu hitam. Mona bersama suaminya telah disabitkan kesalahan dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah ketika itu. Kes yang melibatkan seorang ahli politik Mazlan Idris yang mayatnya telah dikerat 18 dan dijumpai di sekitar kawasan perumahan Mona Fendi. Walaupun motif sebenar filem ini berbeza dari kisah benar, namun penceritaannya masih sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam tempoh 15 minit, hampir separuh puding dan kuih-muih jualan Dayang Senandung atau nama sebenarnya, Zarima Zakaria yang berusia 34 tahun habis terjual. Gerai beliau yang terletak di Bazar Ramadan Garden Homes, Seremban dikatakan antara produk kuih paling dicari oleh orang ramai. Menurut sumber Harian Metro.
Ini merupakan tahun keenam dia berniaga di bazar Ramadhan. Tidak perlu menjual makanan lain seperti nasi ayam atau makanan berat kerana saya tahu juadah ini pasti laris. Beliau juga berkata setiap kali Ramadan, puding dan kuih-muih dijual di gerainya menjadi pilihan ramai pelanggan tetap sejak mula berniaga pada 2012.
Katanya, dia turut menjual sebanyak 20 jenis puding dan kuih tradisional antaranya kole kacang, nona manis, tepung pelita, popiah sire, puding cendol dan puding marble. Antara kuih yang mendapat sambutan hangat ialah tepung pelita, nona manis, dan kole kacang. Katanya, setiap hari dia menjual 1,000 biji kuih dan puding di mana kebiasaannya habis terjual dalam masa sejam.
*sumber Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.