Bagi generasi sekarang mungkin ramai yang tidak sempat melihat kelibat motosikal legenda ini di atas jalan raya.
Mungkin bagi anda yang berusia 30 dan 40-an masih sempat mengenali motosikal ini. Inilah antara model motosikal kapcai terawal diperkenalkan di negara kita. Malah ia juga menjadi kebanggaan generasi datuk nenek kita yang banyak memberi jasa.
Inilah HONDA C50 yang kini boleh kita anggap sebagai motosikal klasik. Tampil dengan rekaan yang cukup ringkas namun mendahului zaman pada era ia diperkenalkan.
Ads
Boon Siew Honda merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa motosikal ini ke Malaysia apabila diberi kepercayaan oleh syarikat gergasi Jepun itu untuk menjadi pengedar rasmi.
HONDA C50 merupakan antara model terawal diperkenalkan. Namun pada ketika itu HONDA C50 didapati tidak berapa sesuai dengan keadaan lanskap Malaysia pada ketika itu. Kemudian lahirlah Honda C70 yang menjadi motosikal paling popular pernah wujud di negara kita.
Ads
Jadi tidak hairanlah mengapa Honda C50 jumlahnya lebih sedikit atau ‘rare’. Pada masa kini Honda C50 cukup popular diubah suai terutamanya oleh peminat motosikal dragster.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang mendapati harga Honda C50 kini agak tinggi. Rata-rata harga bergantung kepada kondisi dengan harga di antara RM2000 sehingga mencecah RM11,000!
Ads
Siapa sangka motosikal kapcai seperti ini mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran sekarang. Buat anda yang mungkin mewarisi motosikal ini sekarang adalah masa untuk lakukan restoration semula.
Ini satu pelaburan yang berbaloi!
Mencari aksesori motosikal pada harga berpatutan? Anda boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dubai, Emeriah Arab Bersatu sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk mempamerkan kekayaan yang dimiliki. Jika sebelum ini Dubai terkenal di kalangan pelancong bahawa polis memandu kereta mewah seperti Aston Martin, BMW dan sebagainya, kini pasukan kecemasan mereka juga sudah memiliki kereta mewah baharu.
Menurut laporan portal automotif Mekanika Malaysia, Perkhidmatan Ambulan Dubai atau Pasukan Kecemasan Dubai baru sahaja menerima kenderaan terbaru iaitu sebuah Nissan GT-R dan Chevrolet Corvette C7. Lebih menarik, ia bukan Corvette C7 biasa tetapi sebuah model Grand Sport.
Ambulan Nissan GT-R
Walaupun begitu, ia tidak dilengkapi dengan katil pengusung sebagaimana ambulan lain, tetapi ia juga turut dilengkapi dengan peralatan CPR, tabung oksigen selain peralatan mudah alih lain untuk digunakan ketika kecemasan serta jika ada pesakit yang memerlukan bantuan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti kecemasan melibatkan masalah pernafasan serta kecederaan yang kecil. Selain itu, pekhidmatan ambulan Dubai turut menyatakan bahawa tempoh masa bertindak mereka berjaya dikurangkan sebanyak separuh dengan menggunakan kereta-kereta seperti ini.
Mereka juga turut pernah menggunakan kereta Supercar lain seperti Ford Mustang, Dodge Challenger dan Lotus Evora.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak salah kalau MASKULIN katakan, kereta merupakan antara harta kesayangan buat ramai lelaki. Jadi tak keterlaluan jika MASKULIN katakan kereta merupakan aset kedua paling bernilai selepas rumah.
Ia menjadi medium pengangkutan utama dan merupakan ruang di mana anda banyak masa terutamanya ketika memandu.
Jadi ramai pemilik kereta suka buat kereta mereka seperti stor penyimpanan.
Bukan sahaja pakaian malah segala macam perkakasan, kasut dan pelbagai lagi dimuatkan dalam kereta. Namun tahukah anda dengan cuaca negara kita yang sentiasa lembab dan panas boleh mengakibatkan barangan yang disimpan dalam kereta menjadi rosak.
MASKULIN ingin kongsi 10 barangan yang dilarang disimpan di dalam kereta.
1. Botol Air Plastik
Simpan air minuman dalam botol plastik dalam kereta adalah satu perkara yang boleh menbahayakan kesihatan anda. Kebanyakan botol plastik mengandungi bahan pollietilena terephtalate (PET) yang digelar penggangu endoktrin. Ia berpotensi untuk menggangu hormon pembiakan manusia.
2. Kaca Mata
Ini antara aksesori yang sering disimpan dalam kereta. Tapi sebenarnya perbuatan ini hanya merugikan anda kerana ia membuatkan kaca mata menjadi panas lalu cepat rosak. Apatah lagi jika bingkai kaca mata diperbuat daripada bahan seperti asetat atau nilon.
Tak kiralah apa jenis ubat pun anda dilarang menyimpannya di dalam kereta. Ini kerana bila kenderaan panas suhu tersebut mampu mengubah strukrue mokelul ubat. Akibatnya ubat tersebut jadi ‘tawar’dan kurang berkesan.
4. Telefon Pintar
Apa jua barangan elektronik terutamanya telefon pintar tak boleh disimpan dalam kereta. Selain membahayakan kenderaan dan menjadi sasaran mudah pencuri ia juga boleh merosakkan telefon pintar akibat cuaca yang panas. Apabila berada dalam suhu panas melampau, ia boleh merosakkan peranti-peranti yang anda simpan dalam kereta.
5. Penyembur Rambut
Mungkin ada yang trak tahu bahawa penyembur rambut mengandungi bahan yang mudah terbakar. Dan barangan seperti ini adalah dilarang sama sekali disimpan di dalam kawasan panas.
6. Pemetik Api
Begitu juga dengan pemetik api yang dengan jelas mengandungi cecair mudah terbakar. Ingat, walaupun ia bersaiz kecil namun impak jika ia terbakar sangatlah besar. Jadi jangan simpan pemetik api dalam kereta jika tak mahu kereta anda hangus dijilat api.
7. CD Muzik
Mungkin sekarang pengguaan CD semakin berkurangan dengan adanya pelbagai servis penstriman lagu. Namun, ia masih popular di kalangan penggemar muzik sejati. Jika sayangkan CD anda, elakkan menyimpannya dalam kereta. Suhu yang pana boleh merosakkan CD dan mengakibatkan ia melengekung.
8. Perfume
Perfume atau minyak wangi merupakan bahan wajib dimiliki oleh seorang lelaki. Untuk lelaki yang sering on-the-go biasanya anda menyimpan perfume di dalam kereta. Tapi ia sebenarnya hanya merugikan anda kerana suhu panas boleh membuatkan perfume menjadi kurang berbau.
9. Dokumen Penting
Anda perlu ingat segala jenis dokumen penting tak boleh disimpan dalam kereta dalam tempoh yang lama. Ini kerana dokumen-dokumen itu mengandugi pelbagai maklumat peribadi anda. Jika kereta anda kena pecah oleh pencuri, maklumat anda akan terdedah. Pastinya anda tak mahu perkara ini berlaku, bukan?
10. Pencucui Muka
Pencuci muka dan produk grooming yang lain juga tak boleh disimpan dalam kereta. Disebabkan suhu panasa, beli tak sampai sebulan produk-produk anda itu jadi rosak. Sebaliknya letakkan produk penjagaan wajah dan badan ke dalam beg khas yang mudah dibawa ke mana-mana.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara bahagian dalaman kereta yang jarang rosak tetapi akan rosak adalah tingkap di pintu kereta. Selalunya faktor kerosakan adalah disebabkan komponen dalaman sudah haus atau uzur seiring dengan usia kereta anda.
Masalah biasa yang akan berlaku adalah ia tidak dapat turun atau naik apabila diperlukan. Selain itu apabila rosak, ia akan tersekat di tengah bingkai pintu dan fungsinya tidak lancar seperti selalu.
MASKULIN ingin tunjukkan 3 perkakas yang anda kena periksa untuk ketahui masalah yang sedang dihadapi tentang cermin pintu kereta.
Cuba periksa bahagian fius. Anda boleh cuba gantikan fius yang lama dengan yang baharu tetapi jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas. Peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas ataupun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.
2. Voltan elektrik dan suis tingkap
Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa. Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.
3. Motor dan regulator
Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.
Jika segalanya sudah ditukar tetapi masih tidak berfungsi, cuba bawa ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik yang lebih pakar dalam isu ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.