Jika anda menggunakan kereta yang sudah berusia 5 tahun ke atas pasti berdepan masalah seperti ini. Ia adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada pemilik kereta.
Lampu hadapan yang semakin malap tapi bukannya disebabkan oleh mentol tetapi akibat proses pengoksidaan yang berlaku semula jadi.
Anda ingin memandu pada waktu malam tetapi dapati lampu hadapan tidak terang dan mengehadkan jarak pandangan anda. Ia agak bahaya untuk memandu kereta dalam kondisi seperti ini. Jadi apa yang boleh anda lakukan di saat kecemasan begini?
Terdapat satu cara yang mudah dan boleh memberikan kesan yang baik dalam jangka masa pendek. Anda hanya mencucinya dengan menggunakan ubat gigi!
Ingin tahu bagaimana caranya? Ikuti beberapa langkah MASKULIN kongsi di bawah.
Ads
LANGKAH 1: PERALATAN DIPERLUKAN
Pertama sekali anda perlu ada beberapa peralatan ringkas seperti berikut;
Ubat gigi
Tuala atau kain buruk
Bekas semburan yang terisi air
Berus
Anda juga boleh gunakan tuala dari jenis fiber untuk kesan yang lebih baik. Untuk ubat gigi pula anda boleh gunakan apa-apa jenis jenama dari jenis yang standard.
Ads
LANGKAH 2: GOSOK!
Picitkan ubat gigi ke atas kain. Sapukan ke atas lampu kereta dan gosok secara perlahan. Jika kotoran agak liat, sentalkan dengan lebih kuat. Anda juga boleh menggunakan apa jua jenis pergerakan tangan untuk menggosok untuk kesan lebih baik.
Ads
LANGKAH 3: ULANG
Perhatikan kotoran yang terdapat pada kain. Jika ia dapat disental keluar bermakna anda telah berjaya. Jika tidak anda boleh ulang langkah di atas sebanyak beberapa kali.
LANGKAH 4: KERINGKAN
Selepas anda selesa, keringkan dengan menggunakan tuala atau kain lain. Akhir sekali cuba buka lampu hadapan untuk melihat sendiri keberkesanannya.
Jika anda ingin mencari sabun pencuci kereta serba guna, boleh dapatkannya di sini.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nampaknya RODA PANAS 2 sudah sampai ke episod ke-9. Pelbagai tema serta jenis kenderaan yang telah ditampilkan dan mendapat jumlah tontonan cukup memberangsangkan.
Ini membuktikan ramai penggemar automotif di Malaysia cukup dahagakan kandungan eksklusif seperti dipaparkan menerusi RODA PANAS 2.
Aoabila kita membicarakan tentang tentang hobi permotoran automotif, secara tidak langsung kita tidak akan dapat lari daripada membincangkan topik modifikasi. Bukan sahaja di Malaysia malah penggemar automotif di seluruh dunia memang cukup fanatik dengan aspek mofifikasi.
Menerusi modifikasi inilah mereka bukan sahaja dapat meningkatkan kemampuan prestasi kereta tetapi menyerlahkan personaliti masing-masing. Di negara kita sendiri pelbagai jenis kereta tampil dengan modifikasi hebat unik serta sentuhan tersendiri.
Inilah tema yang akan dibawa pada episod ke-9 RODA PANAS 2 pada minggu ini! Bersama hos Fizo Omar, ‘RODA PANAS 2’ menampilkan dua buah kereta yang telah melalui modifikasi mantap iaitu Toyota Supra dan Mitsubishi Lancer Evolution.
Dalam episod kali ini pakar dan jemputan pada minggu ini, Nim Azath akan berkongsi tip serta info menarik tentang modifikasi kereta. Selain berkongsi tentang jenis-jenis modifikasi yang telah dilakukan pelbagai tip serta panduan menarik akan turut dipersembahankan menerusi episod ini.
Buat anda yang ingin tahu apakah jenis modifikasi tersebut jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS 2’ pada 13 Mac 2022 jam 6 petang di saluran Astro RIA dan platform Astro GO!
Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bateri biasanya boleh bertahan dari setahun setengah hingga dua tahun. Jadi sebagai pemilik kenderaan, anda dinasihatkan untuk menukar bateri jika kuasa bateri telah mencapai tahap 40% dan ke bawah.
Namun bagaimana anda ingin mengetahui bila bateri kereta anda perlu ditukar? Penting untuk anda mengenal pasti simptom-simptom awal yang bateri anda sudah lemah.
– Sistem penggera jadi tidak menentu seperti berbunyi tiba-tiba
– Keluar pelbagai mesej amaran secara rawak
– Radio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi perlu diset semula
– Jam perlu kerap diset semula atau tidak lagi menunjukkan waktu yang tepat
– Lampu kereta jadi malap dan terkedip-kedip
Namun jika bateri kereta anda terus kong, jangan bimbang. Ini adalah cara yang perlu anda ‘jump start’ dengan betul.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sempena perlumbaan MotoGP hujung bulan ini (27-29 Oktober) di Litar Antarabangsa Sepang, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model Y15ZR SE Edisi GP.
Versi 2017 itu tampil berbeza menerusi grafik baharu bertemakan Movistar. Sudah pun berada di pusat jualan Yamaha, model moped berkenaan dijual pada harga RM 8, 891.28 seunit. Harga berkenaan termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.
Pihak HLYM hanya melakukan perubahan penampilan dan bahagian mekanikal masih sama tanpa talaan baharu. Yamaha Y15ZR SE Edisi GP masih mempertaruhkan enjin 150cc SOHC penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 15hp dan tork 13.5Nm
Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 5-kelajuan.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.